Wednesday, September 29, 2010

Mana Ada Benda Senang Di Dunia Ini? Nak Berak Pun Susah Kawan, Apatah Lagi Mencari Rezeki!


Apa kau ingat berak senang?
Susah kawan.
Lebih-lebih lagi kalau kau kena sembelit. Boleh bercinta di dalam tandas.
Kalau kau cirit-birit pun susah, apa kau ingat gembira berulang-alik ke dalam tandas dan kehilangan banyak air dalam badan?

Senyum.
Mana ada benda senang kawan?

http://farm4.static.flickr.com/3403/3589315399_d2cfe79020.jpg

Jadi, bila kau terasa bila aku menulis tentang "Bosanlah Jadi Cikgu! Nak Layan Kerenah Murid Lagi. Ada Kerja Lain Gaji Tinggi Dan Senang Tak?" - kau tiba-tiba mahu sentap dan melatah, ada aku kisah? Aku menutup pengenalan diri kau dengan bersahaja, tidak aku dedahkan kau siapa kepada umum. Alasan aku mudah, aku masih punya rasa kasihan pada kau walaupun kau mengeluarkan pernyataan yang semua orang baca pun rasa menyampah. Macam sampah.

Kau : Kenapa kau tulis macam tu? Kau tak puas hati dengan aku ke?
Aku : Ada ke aku kata tak puas hati?
Kau : Itu pendapat peribadi aku, kau kenapa nak peduli?
Aku : Ada aku kata aku menulis tentang kau?
Kau : Tengok ayat pun tahu!
Aku : Bukan kau seorang yang bersikap macam tu.
Kau : Pandailah kau, kau tulis tentang aku kan?
Aku : Aku tak kisah apa kau nak cakap, aku ada simpan bukti. Nak aku sebarkan?
Kau : (tak balas-balas)

Ketawa.
Aku adalah jenis manusia yang memandang tinggi nilai pekerjaan aku. Kerjaya aku yang banyak menyumbangkan kepada siapa aku hari ini. Ada kenalan aku menyatakan, betapa aku sudah berubah menjadi seorang yang lebih matang dalam meneruskan kehidupan bila aku bertapak dalam kerjaya ini. Ini kerjaya yang mulia, dan aku lebih suka mengambil pendekatan, kalau kau tak suka, masih ramai lagi yang sudi memegang jawatan dalam kerjaya ini.

http://whi.s3.prod.lg1x8.simplecdn.net/images/837549/poo08_large.jpg?1255339689

Tidak ada jalan pintas.
Alangkah telur pun ambil masa menetas.
Jangan nampakkan sangat yang kau tidak cerdas.
Bila ditembak berdas-das.

Kau kata itu kesukaan kau bila berbicara.
Aku katakan betapa itu mengundang celaka.
Bukan setakat pada masa hadapan negara.
Lebih-lebih lagi pada anak-anak harapan bangsa.
Jangan musnahkan impian lain manusia.
Dengan sikap kau yang mengundang rasa kecewa.

Zara : Dalam proses akhir menulis untuk sesuatu. Masih lagi membawa satira realiti sebuah kehidupan yang meralitkan diri serta mematangkan pemikiran dalam menongkah sebuah arus cabaran. Hidup ini sesuatu yang indah, lebih membahagiakan bila sudah punya sebuah lara.

6 comments:

cinta said...

Betul ke org tu seorg guru? Responnya kebudak-budakkan.

Cik Norfa said...

kalau ye pun tak perlu la melata soal itu. kenapa mesti terasa kan? jika terasa, benarlah dia terlalu banyak mengeluh tentang kerjaya. benar, tiada kerja yang mudah. orang yang senang lenang sekarang pun bermula dari bawah..melainkan jika mereka guna cara kotor dengan menipu.

joegrimjow said...

bab dui ni mmg semua nak susah
klu senang
mesti org xde yg miskin

Amira Amair The Poyos said...

Adik aku selalu bgtau,ada seorang cikgu muda kat skool dia ckp mcm ni

"kalau saya dapat kerja lain,saya tak hingin kerja cikgu ngajar awak semu"

Wah..sedapnya mulut dia.Orang macam dia la yang nak merosakkan anak bangsa.

Dia ingat semua kerja senang..try panjat tiang tgk..baru dia tau..

Legasi Piston Pecah said...

rezeki masing-masing kan...
ish...redha je la..
mula-mula susah...mungkin satu masa nanti akan senang...sape taw kan?

syaftome said...

good...u r bold n confidence...
stand for what u believe in...