Thursday, September 02, 2010

Pernah Jumpa, Pernah Berbual, Pernah Bergambar Bersama Tetapi Kami Tidak Akan Muncul Berdua.


Sistem audio bergema.
Tekan butang biru.
Kalau orang luar tengok, mungkin akan anggap gila sebab tidak nampak tangan pegang apa-apa. Tidak mengapa, nama pemanggil juga tidak dijengah. Malas perkara pertama, kedua, jalan raya sesak, malas mahu menggapai telefon yang melorot di hujung tepi sana.

Suara : Salam Zara, kenal aku tak?
Aku : Siapa ya?
Suara : Apa kau tak simpan nombor aku?
Aku : Maaf, aku tak tengok nama atau nombor siapa tadi.
Suara : Ini aku, X.
Aku : Oh, kamu. Kenapa?
Suara : Tadi aku baca blog W, dia ada tulis sesuatu dan aku nampak kau ada ulas blog dia.
Aku : Dah tu kenapa?
Suara : Kau pernah jumpa Y?
Aku : Kenapa?
Suara : Aku saja nak tahu.
Aku : Pernah. Baru sekali.
Suara : Guna Skype?
Aku : Kalau guna komputer kira jumpa, aku dah jumpa berapa ramai orang?
Suara : Jumpa depan-depan?
Aku : Ya.
Suara : Bukti mana?
Aku : Ada gambar kot.
Suara : Tak pernah nampak kat blog kau.
Aku : Sebab aku tak pernah letak.
Suara : Pelik. Biasanya kau akan letak gambar orang yang kau jumpa.
Aku : Rasa tak nak letak.
Suara : Gambar intim?
Aku : (Ketawa) Gila!
Suara : Sudah tu?
Aku : Malas.
Suara : Pelik.

http://2.bp.blogspot.com/_SNqGUT98XVk/Shcd838B0iI/AAAAAAAABM8/bA6YDEGHcb8/s400/shy+couple+printable.jpg
Tiada gambar begini ya? [Penghargaan]

Kadangkala dalam hidup ini, aku lebih suka duduk dan simpan rasa hati paling dalam dengan menjadikan diri manusia beku yang paling tabah. Aku tidak mencampuri urusan yang bukan aku, dan aku dengar keluhan demi keluhan anak-anak yang meningkat dewasa seprti aku dalam menongkah arus dunia. Dan aku, adalah manusia beku yang acapkali sarkastik bila aku punya peluang untuk bersuara. Kalau ia benar, aku layangkan sahaja, kalau ia menyakitkan, aku bunuh hati aku yang paling dalam dan biarkan ia cedera.

Suara : Kau menyimpan rahsia.
Aku : Hidup aku sendiri punya nama tengah rahsia.
Suara : Kau menulis blog, hidup kau bukan rahsia.
Aku : Masih lagi rahsia, orang bukan tahu aku pakai baju warna apa setiap kali aku menulis blog.
Suara : Gila.
Aku : (ketawa)

Zara : Cuaca redup tetapi bahangnya entah mengapa, menggigit setiap inci tubuh aku. Duit bayaran 'suami' untuk bulan pertama sudah aku lunaskan. Menitik peluh dingin tatkala wang yang sepatutnya digunakan untuk berhari raya bertukar tangan sekelip mata.

9 comments:

vidadarisakura said...

"Masih lagi rahsia, orang bukan tahu aku pakai baju warna apa setiap kali aku menulis blog"



ailaiike.hee

molmolla said...

opssss! siapakah? bila kita nak jumpa ni. hahahah :D

The Poyo Me said...

betullah...
blogger bukan milik orang awam.
ada benda yang tak perlu nak di share. heheheheh

merah_s said...

Salam ramadhan n slmt brpuasa ya. Biarla rahsia apa yg rahsia. Segala yg baik d kongsi bersama..

merah_s said...

Salam ramadan n slmt brpuasa ya. Biarla rahsia apa yg rahsia. Segala yg baik d kongsi brsama..

LaiLiE iZaNi said...

heheheh..certain things better keep 2 ourself jela kan zara...even sharing is caring kn...=))

Hizami Rahim said...

yep.
ada cerita boleh kongsi.
ada cerita biar di hati.
:)

J.M.R said...

mmg best dpt berbuka reramai kan..

Cikgu Nizam said...

hahahaha... best btul kan jawap tipon sambil drive...

Apepun, sesetengah perkara biarlah menjadi rahsia