Saturday, September 04, 2010

Ramadhan #25 : Aku Memang Dasar Anak Yang Malas Dan Aku Jumpa Jalan Mengatasinya.


Salam semua.
Bagaimana dengan hari kamu semua? Baik sahaja?
Aku baru pulang dari membeli belah. Ya, membeli dan rasa nak membelah mesin duit supaya duit itu berbalik semula kepada aku. Ketawa.

4 jam di dalam Mydin MITC, dan anehnya, hanya 2 barangan peribadi aku iaitu pewangi bilik dan tudung. Itu sahaja, serta 'sumber tenaga rahsia' akibat cuti. Ketawa. Itu barang rahsia, dan sebahagiannya sudah selamat mendarat di kawasan kenyal berlemak dalam sistem badan dan pencernaan. Ketawa. Keji betul rasanya menulis sedemikian rupa. 

Oh, aku pergi dengan Bonda, Abah dan adik bongsu aku. Orang lain semua punya urusan masing-masing, makanya, hanya kami sahaja yang berbelanja untuk hari raya. Baiklah, mari lihat bagaimana aku mengatasi rasa malas yang menimpa aku.

Beli kuih raya berbalang-balang.
Ketawa.
Disebabkan aku seorang yang malas untuk membakar biskut kerana orang yang datang rumah untuk beraya kebanyakannya adalah budak-budak yang sukakan gula-gula dan entah apa-apa lagi itu, aku telah belikan Bonda beberapa jenis kuih tadi. Maksud aku, biskut raya. Ada 3 jenis yang aku suka, dan itu yang aku beli  beberapa balang bagi setiap jenis (Gila keji, macam nak makan sendiri pula)
1. Mama Carrie
2. Cappucino Brownish
3. Biskut Dam bersalut coklat.

...dan disebabkan Bonda juga ada beli sedikit, kira elok aku tambah-tambah biskut raya disebabkan malas nak berguling buat biskut di dapur. Raya aku lebih gemar membuat kek. Yeah! Tak sabar nak buat kek. Biskut kalau aku buat nanti adalah Almond London dan Empingan Jagung Bermadu (sengaja tulis begini).

http://www.glogster.com/media/1/3/8/38/3083854.jpg
Budak-budak yang datang beraya suka makan gula-gula. Sama macam gambar ni kan?

Balang kuih setengah dozen.
Dah kalau beli kuih, tak belikan balang kuih baru, nampak kurang kacak di situ. Maka, belikan juga balang kuih walaupun hakikatnya tidaklah banyak kuih raya. Ketawa. Tidak mengapa, yang penting adalah balang kuih. Isinya kita boleh fikirkan kemudian. Bukan setakat biskut, segala macam kerepek, kacang dan sebagainya, bolehlah dimasukkan dan dihidangkan kepada tetamu. Sengaja menambah bilangan balang kuih di rumah sebab yang tahun lepas punya ada aku seludup bawa ke sekolah (letak biskut atas meja). Ketawa. Eh, itu rahsia.

Set gelas.
Sengaja berikan sebagai hadiah buat Bonda. Dan macam biasa, aku kalau beli memang ikut suka hati aku. Warna biru disebabkan aku suka biru. Bonda redha sahaja agaknya sebab aku rasa corak dan bentuknya menarik. (Ayat puji diri sendiri).

Ketupat segera.
Ini bukan pemalas. Ini namanya aku tiada kemahiran menganyam ketupat. Dah mencuba berjuta kali tetapi memang dasar tangan tiada seni agaknya, aku tidak pandai menganyam ketupat. Bonda dan adik lelaki aku memang hebat buat benda ini. Disebabkan itulah, aku sengaja beli ketupat segera. Jadi, tidak perlu mereka menganyam ketupat banyak sangat. Baguskan cadangan aku ini?

Itu antara benda yang aku belikan untuk keluarga sempena hari raya ini. Oh, perlu hulurkan sedikit juga buat jamuan pagi raya. Bonda dan Abah tidak pernah meminta, tetapi sekadar tanggungjawab aku rasa. Nama sudah bekerja, dapat berikan sesuatu untuk berkongsi dengan semua, sudah cukup buat aku bahagia.

http://files.myopera.com/nhokcan/albums/777201/6.jpg
Aku sedang bahagia gila begini. Boleh? [Penghargaan]

Terima kasih pada dua orang gadis yang menegur aku tadi. Maaf kerana aku bermuka merah bila kalian menyapa dengan nama "LORD ZARA". Aku memang begitu sebenarnya jika terjumpa dalam keadaan yang agak pelik (sedang memegang perut lembu di kawasan sejuk beku). Terima kasih kerana sudi tunggu aku basuh tangan sebab nak bersalaman. Terima kasih ya?

Zara : Menyesal pula beli dua sahaja benda jumbo itu. Rupanya ada rasa keju dan lada hitam. Kalau tahu, mesti beli banyak tadi. Ketawa.


6 comments:

Hizami Rahim said...

wah.
dah buat persiapan raya.
:)
zami x start lagi.

hans said...

ku xfikir apa2 lagi

meh komen kejap pasal iklan raya tv3 yang baru nih

P/S : Iklan Raya Aidilfitri TV3 Tahun Nih Macam Ada Tak Kena! Ini Bukan Hari Natal....

MuNsYi SaMa said...

woot2, ade org tegur :P

jgn hidang gummy bear je nnti kalo ade open house. sian org dtg jauh2 dr melaka

PinQib said...

takpa.. asal ad duit.. semua jalann..OK..

dyra said...

kenapa lah lelaki pandai anyam ketupat ? kat kg ramai couin lelaki yg pandai anyam ketupat , yg pompuan ramai tak reti trmasuk lah aku skali T.T

fanadz said...

tak reti jugak anyam ketupat..tiap2 tahun mesti refer balik dengan mak came nak anyam.hehe. ketupat palas a.k.a yang pulut punya senang sikit nak buat.