Thursday, September 16, 2010

Sekuat Mana Awak Menangis, Dia Tetap Bukan Milik Awak Saat Ini. Bila Bunga Melayang Ke Tanah Rahsia


Awak.
Saya mendengar setiap esakan yang awak luahkan. 
Tidak terlalu nyata dan juga tidak terlampau perlahan. Masih jelas kedengaran sebenarnya.
Diam.

http://thenewagenda.net/wp-content/uploads/2009/04/dreaming_girl-500x375.jpg

Dia dah terbang hilang.
Terbang meninggalkan daerah kesayangan sebuah hati yang pernah dicemari dengan pelbagai noda dan dosa serta kesakitan yang berpanjangan. Termenung jauh kesepian dalam mengubati hati yang sering luka dengan gelagat manusia yang tidak pernah henti dalam menabur benih benci tidak berkesudahan.

Aku : Kau akan pulih.
Kawan : Mungkin.
Aku : Aku percaya kau akan.
Kawan : Berapa lama agak kau?
Aku : Bergantung kepada diri kau sendiri.
Kawan : Jujurnya?
Aku : Ambil masa yang lama.
Kawan : Kalau tipu?
Aku : 2 saat sahaja kau dan pulih.
Kawan : (ketawa) Kau selalu gila.
Aku : Setiap saat sebenarnya.

Awak.
Comot tahu?
Bila tengok gambar awak makan tembikai dengan air menitis di tepi bibir, mulut mungil itu dipenuhi dengan serpihan buah tembikai yang merah menyala. Tangan awak buat tanda jempol, sebagai tanda berpuas hati saya rasa.

Manusia akan sentiasa berubah.
Hari ini dia mungkin senyum dan ketawa riang bersama.
Esok mungkin dia akan menjadi seteru yang nyata.
Bergantung kepada jiwa.
Terserah kepada pemilik marga.

Zara : Esok mungkin mahu ke Melaka sempena Hari Malaysia. Ada sesiapa yang mahu pergi bersama?


6 comments:

MuNsYi SaMa said...

singgah kalau ke melaka :)

Izul said...

hati kacau ek?

Btw, Story of A Life has come back Alive.

So glad.. :)

en_me said...

aisehh nk gi melaka afasal x ping ping me.. ehehe

Mr. J pengeRindu said...

Pergi KK ... laggi syiok tgk Hari Malaysia...


* Kerana Ain 90 ,Pemuda bunuh diri.

Izzie Hirasawa said...

kalau lelaki itu kita anggap yang terbaik,
maka kita sukar untuk melepas kan dia.

syaftome said...

manusia memang akan berubah...
kerna terbawa-bawa oleh kemajuan...
maju mengejar cita-cita dan impian...
sampai terlupa asal-usul tanah tumpahnya darah, bumi tercinta...