Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H - Prolog Seorang Manusia Beku Di Pagi 1 Syawal Yang Hujan Renyai


Salam.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.
Maaf zahir dan batin jika sepanjang aku mencoretkan kalam di sini ada yang terluka ataupun terasa.
Senyum.

Pertama Kali Memberikan Duit Raya.
Baiklah, ini tahun pertama aku bakal memberikan duit raya kepada anak saudara, sepupu, pakcik dan makcik , nenek serta mereka yang berkenaan. Eh, isteri ataupun suami kepada pakcik dan makcik? Nanti kalau ada lebih, baru aku beri.


Ini diambil pagi tadi. Gila berselerak dengan sampul dan duit raya. -_-"

Ya, kelihatan senarai nama-nama penerima. Pembahagian kepada 4 peringkat umur serta pangkat sebenarnya.
1. Budak kecil dan sekolah rendah.
2. Sekolah menengah, universiti, kolej ataupun bekerja.
3. Pakcik dan makcik.
4. Nenek.

Baiklah. Mana Abah, Bonda dan adik-adik aku? Oh, itu bahagian khas. Sudah datang bersama dengan material sekali. Ketawa. 

Bila melihatkan Abah menggunakan beg duit yang aku hadiahkan kepada dia, sumpah, aku terharu yang amat sangat. Dia memang tak kata apa-apa, tapi bila aku menjenguk dia di bilik, dia sedang memindahkan segala benda dari beg duit lama ke beg duit baru, aku jadi terharu sendiri. Air muka dia nampak gembira. Itu sudah cukup buat aku. Bonda ketawa girang dengan hadiah aku berikan untuk dia. Dia kata warnanya terlampau terang, tetapi aku rasa biasa-biasa sahaja. Belum tahu apa dia rasa lagi, tunggu dia pakai nanti.


Ini sahaja hadiah buat diri sendiri sempena raya. Tahun ini semua kena beli sendiri tanpa sebarang suntikan modal luar. Ketawa.

Bonda : Tu kasut kamu, Along?
Aku : Ya.
Bonda : Tinggi yang amat, nanti sakit pinggang.
Aku : Pakai sekejap-sekejap sahaja.
Bonda : Macam mana nak memandu? Jangan pakai kasut itu.
Aku : Nanti memandu pakai kasut 'jantan'.

Bukankah ini prolog?
Panjang pula kan?
Ketawa.

Ucapan Khas.
Buat semua pembaca yang sudi menjengah Dunia Sebelah Zara, terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan buat kalian. Kalau mahu datang ke rumah, silakan. Beritahu aku dulu ya?

Kawan-kawan yang sedang beraya di luar negara, ingatlah bahawa kalian terlepas daripada makan makanan yang berlemak dan berminyak seperti yang aku hadapi hari ini (ayat penyedap hati sebenarnya ini). Ketawa.

Pengunjung daripada Newcastle, Newcastle Tyne Upon, Sheffield, Durham, London, Tokyo, Nagoya, Kyoto, serta mana-mana pelusuk Jepun, Mesir, Oslo, Jakarta, Dublin, Auckland, Wellington, Adelaide, Moscow, Sydney, Melbourne, Sydney dan mana-mana lagi (sekadar menulis yang mana aku teringat dan ternampak), Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Amir Oh Malaysia, Izulman DKDM, Helmi Bogus Circus, Lumut, Zack Insan Tinggi, Arc, Sheri Sylver Room, Syahmi Moscow, serta mana-mana kawan yang lain yang mungkin aku terlupa untuk menulis nama kalian, pagi raya di sini, makan ketupat daun yang sangat enak. Tidak termasuk segala rendang, kuih muih, kuah lodeh, ayam masak merah dan segala macam makanan. Ketawa.

Buat penulis-penulis blog di Malaysia, aku sayang kamu semua juga! Betul. Kalau berani, jom datang rumah beraya.

Dan tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja yang menyambutnya!

Zara : Buat pembaca yang tanya aku apakah warna pakaian aku di 1 Syawal, aku pakai baju warna biru. Adakah kita sedondon? Senyum.


7 comments:

chentaMAYA said...

wah wah! duit raye! nak gak! hee. kasut! pewittt~ aq pn hadiahkan diri sndrik wedges saje~

The Poyo Me said...

Kasut semasa memandu? oh, saya tak pakai apa2. baru boleh feel gegaran clutch dan break. hehehe

salam hari raya zara. saya tak ada suara hari ini, so saya ucapkan ikut taip muka saja. LOL

kasih said...

yeay! kita sama. blue is cool..

MK Kimi said...

Selamat hari raya? Baju raya kamu warna biru? eh sedondon lah kita.haha!

kaler biru aku biru laut..mungkin kaler kamu biru gelap kot.

BTW, maaf zhr batin andai aku wat silap selama ini. ;)

g0m0k9enDek said...

samat hari raya cik zaraaa!

Ms J said...

uu... banyaknye agihan duet raya~!!

btw, kasut zara sgt gojes! ~jeless~

[z@ck] said...

selamat hari raya sayang =)