Monday, September 20, 2010

Shinkansen Harapan : Menunggu Kereta Api Datang Sambil Berharap Akan Disambut Oleh Lelaki Idaman.


Berjalan kaki berteman.
Berdua menaiki kenderaan.
Menikmati pemandangan.
Sambil menanti kedatangan kereta api harapan.
Disambut oleh jejaka idaman.
Yang menyembunyikan hadiah di sebalik tangan.
Dia yang setia mengukirkan senyuman.

Tangan dihulurkan.
Perlu ada sebuah ikatan.
Bukan sekadar berpasang-pasangan, penuh dengan adegan cintan.
Tetapi dengan jalinan ikatan yang dipanggil pernikahan.
Termeterai janji dengan mahligai perkahwinan.
Mencari kesucian sebuah hubungan.
Tidak pernah berhenti menikmati kebahagiaan.

Baiklah, itu prosa pendek pantas dan penuh angan.
Ayat mudah, berangan!
Ketawa ringan.
Bicara di atur agar sentiasa bersopan.


Masih menunggu Shinkansen Harapan walaupun telah membeli kereta. Boleh?
(Nota Gambar : Shinkansen Harapan - ada dinyatakan di dalam satu episod komik GTO. Nampak sangat aku sangat terpengaruh dengan komik dan rancangan televisyen)

Akhirnya aku rasa aku jumpa kembali semangat untuk menulis. Pemikiran sudah dilapangkan dari segala benda yang menyesakkan kepala. Tiada lagi manusia-manusia yang boleh buat aku berpaling dua kali hanya untuk mendengar khabar mereka. Sudah aku bersihkan dari dalam kepala. Biarlah, aku masih yakin pada cakap Abah, aku masih yakin pada diri dan hati aku secara seluruhnya.

Pemilihan perkataan Shinkansen adalah disebabkan aku suka dengan benda yang menggambarkan kelajuan (dan mengaku sahajalah Zara yang kau gilakan pelakon-pelakon Jepun serta drama dan lagu-lagu mereka). Tiada sebarang skandal dengan mana-mana pembaca yang datang daripada Jepun. Siapa yang datang dari Jepun semasa membaca perenggan ini hendaklah meninggalkan komentar (Sila abaikan kalau anda rasa menyampah). Sedang aku menulis ini, ada seseorang yang muncul daripada Utsunomiya, Tochigi. Kalau anda sedang membaca juga, terima kasih aku ucapkan, bila mahu makan nigiri?

Senyum.
Cuti ini aku ada banyak berjalan dan walaupun langkah panjang sampai ke Melaka (jarak ke Melaka pergi balik, lebih sedikit daripada jarak aku ke sekolah. Nampak sangat sekolah aku jauh) sampai dua kali dalam seminggu bertemankan sepupu yang berlainan, aku tetap bahagia dengan diri aku. Perjalanan aku ke Melaka pada 16 September adalah berlainan daripada perjalanan aku pada 18 September. Tujuan berbeza dan ditemani oleh sepupu yang tidak sama.

Aku terbaca sebuah penulisan yang menggarap tentang ciri-ciri lelaki idaman. Secara jujurnya, seperti mengulangbalik pembacaan di sekolah agama suatu ketika dahulu. Tidak mengapa, masih ilmu yang berguna tentunya, dan penulis tersebut ada berkias mengenai wanita yang mendambakan lelaki sebegitu, haruslah mempunyai sifat yang serupa juga. Baiklah penulis, disebabkan aku mengenali kamu secara permukaan sahaja, aku tidak mahu mengulas panjang kerana kamu sudah menemui pasangan yang sepadan dengan kamu bukan?
Ketawa.

Walaupun seperti biasanya soalan perkahwinan melingkari hidup aku yang biasa-biasa ini, aku hanya tunduk dan ketawa seorang diri jika ditanya oleh golongan yang lebih tua. Soalan-soalan begitu tidak akan menemui noktah sehinggalah masuk ke liang lahad agaknya. Jujurnya aku sudah melalui sebahagian daripada persoalan itu dan pastinya, sekarang aku sedang terberhenti dan tersekat pada soalan yang besar pengertiannya. Mari kita lihat antara soalan-soalan yang pernah aku lalui (dan aku pasti kalian pernah juga ditebak begini).
1. Peperiksaan dapat nombor berapa?
2. UPSR berapa A?
3. PMR berapa A?
4. SPM berapa A?
5. Lepas SPM masuk mana?
6. Lepas matrikulasi, dapat masuk universiti mana? Ambil kursus apa?
7. Dah habis belajar bila nak kerja? Tak sambung belajar?
8. Dah kerja dah ke? Kerja apa?
9. Bila nak beli kereta?
10. Dah kerja, dah ada kereta, bila nak kahwin pula?

Sekarang soalan itu sudah tergantung di soalan nombor sepuluh yang pastinya akan ada sambungan jika nombor sepuluh telah dilalui. Sebagai contohnya yang sering berlaku di depan mata.
11. Dah kahwin, bila nak dapat anak?
12. Dah dapat anak, bila nak tambah lagi?
13. (Bila anak dah besar, dewasa) Bila nak bercucu ni?
14. Dan banyak lagi....

Bukankah aku sudah nyatakan yang soalan begitu tidak akan pernah berhenti? Sentiasa ada sambungan, cuma mungkin dalam pelbagai versi dan variasi.

Soalan penting : Apa kaitan tajuk penulisan kali ini dengan isi yang cuba aku sampaikan dengan terperinci? 

Jawapan yang mungkin kurang penting : Aku sendiri kurang pasti, cuma mungkin sebagai peringatan, jangan pernah membuatkan andaian yang aku sudah punya teman istimewa sesuka hati hanya dengan melihat gambar-gambar aku bersama rakan dan juga ahli keluarga.

Nota Kaki :
Menjaga hati perempuan memang susah. Aku sudah penat mahu memikirkan hati wanita-wanita yang kononnya rasa tercabar apabila aku berkawan dengan teman lelaki mereka. Aduhai, bukankah kamu lebih mengenali dengan siapa sebenarnya kamu bercinta?

Zara : Lebih senang menjaga hati sendiri dan manusia yang penting serta signifikan dalam hidup aku yang membeku sehari demi sehari.


14 comments:

Uruchimaru @ kf said...

zara !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KACAK BERGAYA MU..hihihi =)

Hizami Rahim said...

cikgu,
hati perempuan sukar dijangka.
;)

Amira Amair The Poyos said...

Nak tunggu entri terbaru hang bkn main payah aihh...

Hang boleh jd model keretapi tanah melayu weh..
kikikiiki

syaftome said...

Benar.
Dalam hidup, tidak pernah habis soalan diaju.

Dan Benar.
Aku juga begitu. Agak sukar untuk menjawab dan agak sukar untuk ditelan.

Tetapi.
Aku terpikir. Sampai bila harus aku jadi begini. Sampai bila harus aku menongkah arus. Arus laju menghalang perjalananku. Mudah-mudahan air yang deras menjadi perlahan menyenangkan perjalanan hidupku.

noor afzan said...

ZARA..
Pasal soklan tu mmg macam tu la.
tak ada putusnya hinggalah kita dah tak mampu nak mendengar.
haha!

cKyN WaN said...

hai zara. saya komen dr jepun ni hehehe

aritu blk tak naik shinkansen pun. nek tokyuu densha je dr epot smpai fukui..
hehe

izul said...

i like the las bit, its along this line " bukankah kamu tahu dgn siapa kamu bercinta"

to me, love to human is jus a biological need. im happy wth who i am n who i have now in my circle. they are awesome.

cinta? wait until it comes on its own, i wnt bother to seek. life is only once, lets make full of it :D

HEMY said...

soklan lazim orang melayu..hehehhe. sabar je la kan..byk peringkat akan kena soal spnjg hidup ni

Yayayong said...

kak zara, soalan untuk saya stuck kat nombor 5. :D

soffya cik bulan said...

zara...
jrg2 drop komen tp selalu dtg bc..
pasal jodoh...rajin2 bc nie k..
http://soffya86.blogspot.com/2010/08/kaulah-calon-isteri-aku.html

skdr perkongsian...=)

Andrik McVean said...

hi zara..i dah follow u..hopefully u can follow me as well..thanks zara..u really have a nice blog here

diba said...

kak zara..jwab soklan mne yg mmpu je..he

Super Nia Hana said...

yupe..hati perempuan mmg sukar dijaga.

sokong tanpa sempadan

Shairazi Saidin said...

NAK TAHU SOALAN YANG PALING BEST SELEPAS ITU??? Bila mu nk mati??? itu soalan yg agak kurang ajar kan? huhuhuhuhuhu...