Thursday, October 21, 2010

Ada Yang Tidak Mempunyai Masalah Dan Cerita Dalam Hidup? Aku Ada, Kau Ada? | Jerebu Di Muar


Salam.
Hari ini aku bercuti disebabkan seluruh sekolah di daerah Muar dan Ledang diberikan cuti. Jerebu yang sudah meningkat ke paras bahaya membolehkan kami diberi cuti. Aku rasa yang paling teruk adalah pada hari Selasa, terpaksa memandu dengan memasang lampu walaupun sepatutnya matahari sedang menyinar terik.

http://th01.deviantart.com/fs21/300W/i/2007/239/1/f/life_is_sweet_by_spelii.jpg

Citarasa.
Dunia Sebelah Zara adalah sebuah tempat di mana aku menulis segala macam benda mengenai hidup aku dan manusia di sekeliling aku. Sebab itu ia dipanggil dunia sebelah. Mungkin tidak terus di sebelah aku, tetapi masih di kawasan lingkungan diri aku. Maaf, mungkin citarasa aku dan kamu yang membaca tidak sama.

Pembaca : Kenapa kebelakangan ini dalam blog cerita kisah cinta?
Aku : Kebetulan kawan aku mengalami hal begini.

Pembaca : Semua kawan-kawan kau ada masalah cinta?
Aku : Tidak. Ini cuma sebahagian.

Pembaca : Kau menulis ibarat mengumpat tahu?
Aku : Menulis sesuatu di dalam perspektif aku dan dalam pengetahuan kawan-kawan aku. Aku tidak menulis nama atau kawasan tempat tinggal mereka, bahkan tidak mengkritik. Hanya berkongsi kisah masyarakat.

Pembaca : Nasihatkan kamu supaya berhenti menulis pasal masyarakat. Nanti orang benci.
Aku : Ajaibnya aku dapat lebih ramai kawan apabila cerita yang aku paparkan dekat dengan masyarakat. Masyarakat berkongsi cerita mereka pula dengan aku.

Pembaca : Nanti ramai yang marah-marah, maki kamu.
Aku : Manusia-manusia Tanpa Nama (baca : anonymous) langsung tidak wujud melemparkan cercaan seperti biasanya. Tiada. Mungkin itu yang lebih dekat dengan naluri manusia mereka.

http://fc04.deviantart.net/fs42/f/2009/160/1/a/Love_me_by_Alephunky.jpg

Masalah Dan Cerita.
Ada orang mempunyai masalah dan dipendamkan. Memilih manusia tertentu untuk meluahkan, berkongsi cerita suka dan duka. Seorang kawan pernah menyatakan pada aku begini.

"Jujurnya kamu seorang yang baik. Seorang yang suka memendam rasa, sentiasa mahu gembirakan hati orang lain walaupun tiada siapa yang jaga hati kamu. Kamu nak Bonda terutama sekali keluarga kamu gembira, dan kalau kamu tak suka dengan seseorang sekalipun, kamu tetap akan buat baik dengan dia dan simpan perasaan marah itu dalam-dalam"

Ada orang lebih suka pendam.
Aku suka menulis sebagai satu bentuk perkongsian kerana aku percaya, di luar sana, masih ramai yang mempunyai masalah tersendiri dan mencari ruang untuk berkongsi. Bila kita terjumpa mereka yang berkongsi pengalaman dengan kita, kita lebih mudah atur bicara dan meluahkan segalanya.

Sekurang-kurangnya, itu apa yang aku rasa.
Tidak, aku bukan marah sesiapa.
Aku gembira sebenarnya.
Kerana aku punya tempat meluah bicara.

Mengenai peristiwa meluahkan perasaan yang aku tulis kelmarin, nampaknya, F belum meluahkan isi hati kepada manusia yang dia sukai dalam diam. A cuba untuk membantu.

A : Mana teman istimewa awak?
F : Mana saya ada teman istimewa?
A : Yang awak simpan perasaan itu?
F : Saya malu. Saya segan.
A : Janganlah segan. Awak nak saya tolong?
F : Tolong apa?
A : Biar saya beritahu dia. Siapa nama dia?
F : Tak boleh tahu.
A : Cakaplah...

Nota Kaki :
Di kawasan aku seperti kurang jerebu cuma langit mendung. Bila mahu turun hujan agaknya?

Zara : Melalui suatu proses mematangkan diri sejak mula serius dalam menghasilkan sesuatu sebagai tempat melarikan diri daripada kesakitan yang membunuh dalam diam.

16 comments:

Paan Ovrtd said...

Mereka tak nak akak bercerita tentang kritikan masyarakat mungkin kerana apa2 yang akak tulis tu terlempar ke muka mereka. Shame on them.

INTANKUTERPILIH said...

biasala...ada orang suka, ada yang tak...pedulikan apa orang kata, yg penting kita tau apa yg kita buat.

tulipsufie said...

batu pahat jerebu xx??? plan nk balik batu pahat hujung minggu ini..hehehehe

owh, teruskan je menulis dunia sebelah kamu itu.. mungkin yg banyak kritik tu..dia suruh kamu tulis tetang dunia dia pulak...(kira tompang glamer kot..hahaha)

Misz Sephia said...

Saya juga pernah diugut utk disaman kerana menulis kisah masyarakat. Ironinya, tiada nama, tempat dan masa yang dipapar. Ibarat 'Siapa makan cili, dia terasa pedasnya'.

Selamat bercuti, hujan pun sudah alhamdulillah turun.
(Saya tinggal di Muar tetapi kerja di Melaka, bertuah kerana kedua-duanya cuti..smile!)

MK Kimi said...

rilek...

"u cannot be what everybody want u to be"

p/s: skudai pon dh truk jerebu

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

tak apa,

masih ramai yang suka dengan cerita2 ini..

memang dekat dengan kisah yg terjadi dalam kehidupan kita..

cuma mungkin,

kita belum atau pernah alaminya

Emora Valeria said...

melaka juga jerebu kak.musim jerebu agaknye.
btw kak,biarin aja apa orang kata.ni hak kita jga nak menulis.selagi tak dimention nama atau segala info tentang orang itu,tak salah.
teruskan menulis gaya sebegini.saya suka penulisan akak.masuk ke sanubari jiwa saya. =)

Izzie Hirasawa said...

Oh ok...
perbulan last tu bebijik sejebon perbualan saya dengan rakan saya semalm dlm ym. sesungguhnya sayalah F. ohhh!!

p.s. zara, teringin tak nak buat ruang "surat dari pembaca"? sebab saya ingin gak nak tanya zara pasalh masalah cinta kawan (kawan ok, yg sy punye cerita lain). nak tulis kat blog sendiri rasa cam lari topik pula. hoho

g0m0k9enDek said...

dekat dimata, dekat di hati penulisan kamu. huhuhu~

Anonymous said...

sapa laa komen cite eko tu...hmmm
ak sronok jee bca entry2 ko...ok jee dr bca entry org yg tak senyonyoh....
best ape...kite leh share pngalaman....
tq zara....buat lg entry yg best yee...
(t-sya)

ima said...

kite tulis bukan nak penuhi hati semua orang. kalau namanye blog, terpulang pada penulis nak tulis apa. kalau xnk baca, sila tanda pangkah di ats sebelah kanan.

heeee~

Rebelle Me said...

ohh..
sensitif ke entry2 tu?
rs mcm ok je kot..
i like!
2 thumbs up!
(:

biussaraf said...

uhhh...
raseye kat johor n melaka ni memang da teruk ar jerebu-_-''

M.D 沙美美 said...

citarasa manusia lain2. ada yg suka, ada yg tak. yg penting mimi suka. haha :)

kat kedah tak jerebu pon... nak cuti jugak. :p

takky said...

kenape mereka perlu membenci entry kak zara????
....
pengalaman ialah satu pengajaran....
walaupun ianya pahit...
pengajaran tetap satu pengajaran...

bukankah itu juga satu tanggungjawab sebagai guru???
mengajar org lain mengenai kehidupan...
betul x????

Nasz said...

Iya, aku juga menulis kerana aku suka. Aku rasa puas bila menulis. Teruskan menulis! Peduli orang kata apa.