Thursday, October 14, 2010

Aku Masih Menyukai Dia Walaupun Aku Akan Berkahwin 23 Oktober Ini. Bagaimana Ya?


Salam.
Berita gembira bila diselang dengan berita yang kurang menyenangkan acapkali boleh membuatkan air mata berlinang. Entah kenapa saat aku girang dengan berita seorang teman yang dilamar dengan penuh kiasan dan hikmah, ada pula yang menyalut derita dalam hati mereka.

Ah.
Sewaktu rehat tadi, aku menerima panggilan telefon daripada seorang rakan. Rakan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Oktober dan majlis persandingan di pihak dia akan berlangsung pada 24 Oktober, hari Ahad nanti. Kad jemputan sudah diterima di rumah, dan aku sudah meletakkannya sebaris dengan kad yang perlu dititipkan hadiah perkahwinan.

A : Kau dah dapat kad?
Aku : Dah. Terima kasih ya?
A : Sama-sama. Maaf, bukan aku yang kirim. Bakal isteri aku yang kirim.
Aku : Tak mengapa. Aku ada beberapa majlis yang perlu dihadiri pada hari berkenaan.
A : Jadi kau datang tak?
Aku : Kalau sempat, aku datang. Kalau tak, aku kirim hadiah sahaja boleh?
A : Kalau kau datang, ajaklah M sekali.
Aku : Kau hantar kad pada dia?
A : Hantar. Aku hantar guna tangan lagi.
Aku : Dia cakap apa?
A : Tahniah pada aku.
Aku : Sememangnya patut begitu pun. 
A : Aku masih suka dia.
Aku : Jangan main gila. Kau dah nak kahwin!
A : Tahu, aku tengah cuba lupakan dia, tapi tetap tak boleh.
Aku : Apa perasaan bakal isteri kau kalau dia tahu? Janganlah begini.
A : Segala macam tentang M masih dalam ingatan aku. Bukan sekejap bercinta dahulu. Lama.
Aku : Tahu, tapi janganlah begini. Kasihan pada bakal isteri.
A : Bakal isteri tak tahu apa-apa.
Aku : Faham, tapi tolonglah. Zahirkan kasih sayang dan cinta kau pada bakal isteri sahaja.
A : Kalau kau datang, bawa M sekali ya?
Aku : Untuk apa?
A : Biarlah aku tengok dia untuk kali terakhir.
Aku : Adakah itu dapat menjamin yang kau akan lupakan dia?
A : Aku tak tahu, aku cuba.
Aku : Ini bukan soal cuba atau apa, ini usaha.
A : Hati tak boleh dipaksa.
Aku : Boleh. Paksa diri kau jangan fikir benda ni lagi.
A : Tak boleh.
Aku : Kenapa?
A : Sebab aku rasa M tetap sayangkan aku.
Aku : M kata begitu?
A : Tak, tapi aku tahu, aku dapat rasa.
Aku : Mungkin itu perasaan yang palsu. Mana kau tahu kan?
A : Sampai hati kau cakap begitu.
Aku : Tak cukup sampai  hati untuk biarkan bakal isteri kau terluka.
A : Cuma kalau kau nak datang, bawalah M.
Aku : Tak janji.
A : Tolonglah...
Aku : Jangan minta sesuatu yang berat.

http://www.cravingtech.com/blog/wp-content/uploads/image/2008-February/ponzi_ineedyou.jpg

A dan M adalah dua kawan aku yang baik. Mengenali kedua-duanya yang sempat bertunang sewaktu di zaman pengajian tetapi putus di pertengahan jalan selepas masing-masing memasuki alam pekerjaan. Sebab musababnya biarlah hanya mereka yang tahu. A sudah jumpa dengan perempuan baru apabila berpisah, dan aku tidak mahu menebak menyatakan perempuan itu sebagai punca kerana A bertemu gadis itu setelah bertukar tempat kerja agar lebih mudah dia meneruskan pengajian sarjana.

M masih lagi meneruskan kehidupan seperti biasa. Enggan mahu memikirkan lebih disebabkan dia sendiri sebagai seorang perempuan, menanggung malu yang bukan sedikit apabila tali pertunangan putus dan panas yang diharap sampai ke petang, rupa-rupanya mendung (dan hujan ribut serta banjir) di tengah hari. Aku sebagai kawan hanya mampu mendoakan yang terbaik.

Aku : M, tadi pagi A telefon aku.
M : Kenapa? Nak bagi kad kahwin ke?
Aku : Dah dapat dah. Cuma dia minta aku bawa kau sekali.
M : Aku tak nak pergi.
Aku : Aku faham, cuma itulah, dia berdegil.
M : Aku mungkin kirim hadiah sahaja.
Aku : M, kau beritahu dia sendiri.
M : Tak nak. Kau tolong beritahu.
Aku : Kalau kau tak nak pergi, aku pun tak nak pergi.
M : Janganlah sayang. pergi demi persahabatan kau dengan dia.
Aku : Dan kau tak kecewa?
M : Aku dah cukup kecewa. Aku ingat aku kuat, tapi bila dapat kad dari dia, aku tewas. Aku masih lemah. Tak sanggup aku nak tengok dia bersanding.
Aku : Kalau begitu, jangan pergi.
M : Tidak, aku takkan pergi.
Aku : Baik.
M : Kirimkan hadiah aku nanti.
Aku : Ada juga hadiah kan?
M : Tanda ingatan.

http://cdn.buzznet.com/assets/users16/nitemareb4xmas/default/pon-and-zi--large-msg-118954141455.jpg

Semoga mereka sama-sama tabah.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
Kerja sudah selesai. Tinggal membuat aktiviti pengukuhan sahaja.

Zara : Kegembiraan hari ini biarlah berpanjangan sebagai penawar untuk segala kepayahan yang entah bila akan menghilang. Aku jujurnya sangat sayang dengan sebuah kehidupan.

23 comments:

Paan Ovrtd said...

A, you are so pathetic! I'm ashamed because he is a guy! He accidentally makes most of us men look totally tak boleh harap.

This is rage.

Kak, bagitau A, ini bukan caranya kalau dia nak lupakan M. Tell him, "my lil' brother was so ashamed of your words", itu pun kalau dia tanya la kenapa M x datang. :)

aliesha kirana said...

sudah terlambat nk hrpkn apa2 lagi.. for M, move on.. jgn ingatkan lg A...

A pulak, please la..dh nak kwen jgnlah dok pk prempuan lain..dl mase die dlm genggaman awak, awak lepaskan, sekarang awak nk teringat die lagi knape?

ceh...

*tetiba emo bace entry ni..haha..sorry zaara*

izulman said...

why it sounds like they still love each other??

One thing to remember kahwin bukan main2x, its a bout future life where u share lots of things. n one principle, never invite ex to yr wedding, esp bile bakal isteri/suami tak tau ape2x!

HEMY said...

bagus M..patutnya mmg tkyah datang..kang malam pertama ngn wife..imagine M pulak bawak hari sanding...demmmm

L said...

That guy is so stupid!

INTANKUTERPILIH said...

pernah juga terjadi pada diriku suatu tika dulu...

cKyN WaN said...

hooooooooooooooooooooh! kenapakah ada semua ini!!!
eceh emo tetibe hahahaha

aigoo. teruk lah si A ni tapi tu la bukan mudah nak lupakan kalau cinta pertama.

kalau aku jadik M pon kompem2 la aku xdatang. ye x?

wAtashiwa Nemo-cHan said...

owh my~~~ kalau Nemo adalah si M, apa yang harus daku lakukan?

1) memang tak payah pergi... tp hantar adiah...

2) Tak pergi... dan xantar hadia...

3) patut x maki hamun jer si A yg budus tuh?

4) santau?


5) bunuh?

6) ikat dn cmpk dlm lombong?

7)mercun taik anjing?

hm~~~ susah nk pilih... nemo nk buat semua... tp rasanya nemo pilih no 1 dan 7. kenapa? sbb... nemo nk pergi dan kirim hadiah ISTIMEWA utk si M iaitu Mercun TAIK ANJING pd majlis PERSANDINGAN dia... hakhakhak~~~~

~♥ iella ♥~ said...

Sepatutnya..rasanya..patut dilupakan kisah silam tue..anggap ja tak da jodoh...mungkin hodoh gn org len lbh membhgiakan kita..

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

aduhh parah tu,,,

The Poyo Me said...

sedap jer marah-marah ye korang. stupid, stupid...

honestly, kalau cinta yang disulam begitu lama, memang ada perasaan yang mendalam segala, dan sampai tahap nak kahwin pun, memang akan teringat sampai bila-bila.

dalam hidup kita akan ada satu cinta hati yang memang kita sukar lupakan. pergilah jumpa orang lain macam mana pun, hati kita tetap pada dia.

it's not a good thing, obviously, but it's not too bad either, it's a normal feeling for human. kalau kau pernah ada, kau sure tahu rasanya.

tak percaya? aku pun begitu jugak.

aku datang majlis dia. selamba. dengan hadiah.

ada kau berani?

MuNsYi SaMa said...

M tak payah pergi,tak payah bg hadiah. Ucap selamat dah cukup. Utk kesejahteraan rumah tangga A jugak. hmm.

Kalau A dah buat keputusan kahwin dgn bakal isteri dia tu, be a gentleman. buat apa nak lukakan hati M lg.

nama.aku.lynn said...

argghh..tak leh trima!sedih22..
ksiann M...
pls send my regard to her and say..
'be strong girl..u deserve somenbody better than A..'

The Sharkox said...

Ish ish ish....nak kawen dah kot...kalau i la laki tu, memang i tak jemput M tu pasal kalaulah M tu pergi jugak, for surelah, dia takkan dapa lupakan M...just my two cents

noor afzan said...

kesian pula kat deme..
nak wat camne..bukan jodoh masing2..

syaftome said...

rasa macam novel cinta jer...
yg dah lama aku x baca...

x sangka...in reality...
perkara ini memang terjadi...
membuatkan aku terfikir...
apa bezanya realiti dan fantasi...

its easy for us to say anything...
but the truth is...
berat mata memandang...
berat lg bahu yg memikul dan merasa...
so, aku sokong kau, "The Poyo Me"...

just one thing...there is still time for him to reconsider his future...

MiYOKO TACHIBANA said...

aku paham perasaan M...

kalo aku jd M, aku takkan pegi kenduri A..biarlah aku tak tau dia kawen pun takpe...

sedih.pilu. :(

~emi~ said...

sdey nye..
dorg still saling sayang..

rimieilya said...

sedih je cite ni..novel baru ke?eh,bkn..cerpen baru ke?hehe..

kl aku kt tmpt M tu,for sure aku xkn pegi,even bg hadiah skalipun. but inside my heart still pray for both of them happiness forever..

for A, mengingati tak salah tapi jangan sampai bakal isteri kecewa. bila A dh buat keputusan utk kawen dgn bkl isteri, means die dh blh lupakan ksh slm d buka lembaran baru..xperlu smpn rasa syg pd M lg d curahkn spenuhnya ksh syg pd bkl isteri..

smg kwn ko tu berbahagia selamanya dan selamat pengantin baru utk A

(^_^)

♥-- emieysandra --♥ said...

sedih..:-(

aqma_aquarius88 said...

sedihnya baca post zara kali ni... doakan A bahagia dengan wifenya n semoga M tabah....

harap2 benda mcm ni x jadi pada saya... kita hanya mendoakan tapi Kuasa Tuhan penentu segalanya.....

:miZ suE: said...

dh jdh x de...spttnye A menerima takdir ni..n usaha utk lupakan M.. cian bkl wife dia klu th dia A msh ingat kan M...huhu...kawin bkn benda yg main2..bkn utk bersama 2 3hr...tp klu boleh smpai akhir hayat..

Sidratul Muntaha said...

Assalamualaikum.

Kewujudan lelaki bernama M membuatkan hati perempuan bernama F ini sakit walaupun tiada kaitan dan A lebih memahami rasa 'sakit' itu sebab yang menangunggnya dia.

Buat A.Semoga dia semakin kuat dan tabah dan bertemu jodoh yang baik-baik kerana M tak layak untuk dikenang dalam hati.Insya Allah.Ameen.

P/S:Kak zara :)