Monday, October 25, 2010

Bront Palarae Pelakon Lelaki Terbaik FFM23 - Osman Kabilah (Drama Chinta Slot Akasia) Jual Mi Bandung?


Memang televisyen berpengaruh.
Geram betul aku.
Buang buku lima.

Oh, tahniah kepada Bront Palarae.
Menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23.

http://2.bp.blogspot.com/_4LrAkzfpSmM/THVdmMvSVbI/AAAAAAAAJRc/22LxxwZbu2U/s1600/Belukar+(2010).jpg

Oh ya, tahniah pada Daphne Iking juga.
Senyum.

Baiklah.
Tengah hari tadi selepas membuat kunjungan (serta mengajar adik lelaki aku Matematik) di MRSM, dalam perjalanan pulang, berbual dalam kereta bersama keluarga. Sedang bercakap mengenai roti sebenarnya dan entah bagaimana, boleh termasuk bahagian makanan.

Mak : Rempah mi bandung ada dalam peti ais. 
Aku : Tak sempat nak pos pada kawan. Eh, cakap pasal mi bandung, tak pernah sangka Mak akan puji mi bandung kedai sedap.
Mak : Kedai yang tempat Abah beli memang sedap.
Aku : Hari tu ada teman kawan makan, sedap juga.
Mak : Apa nama kedai tu?
Aku : Lupa pula, Osman rasanya... Lupa apa nama Osman tu.
Mak : Kedai mana?
Aku : Ingat ada nama Osman, tapi lupa Osman apa.
Adik : Osman Kabilah agaknya?
Aku : Oit! (ketawa)
Abah : (ketawa) Betullah tu. Dia kan nak buka kedai makan di Australia, tapi tak sempat sebab Amar mati.
Aku : Ceh!


Drama yang aku tengok setiap hari - Chinta.
Banyak sangat orang yang dah mati dalam cerita ini. >.<

Satu kereta ketawa. Walaupun Abah dan Mak bukanlah menonton sangat drama ini, aku tak sangka yang mereka boleh menangkap apa yang berlaku. Selalunya jam tepat jam 7 malam, Abah akan suruh kami tukar saluran lain agar dia boleh menonton berita sebelum ke surau. Jadi aku dan adik akan pergi ke televisyen depan untuk menonton. Duduk di situ dan Mak akan suruh kami bersiap-siap pergi solat. 

Senyum.
Selalunya Maghrib aku dan adik aku yang berumur 10 tahun adalah pada jam 7.30 malam.
Tahan sahaja kalau Mak sudah mula membebel.

Nota Kaki :
Sedang menyiapkan sesuatu untuk murid aku esok.

Zara : Dasar memerhatikan matahari terbit mungkin tidak sesuai lagi buat aku. Itu sahaja.

14 comments:

Lelord said...

heheheh best ke drama tu? akak ne la leh tgk tv mesia kat doha ni. klau bukakn tv3 on9 tu pun adehhhhh asik x leh bukak jek

♥-- emieysandra --♥ said...

nak sgt tgk citer tu, w'pun xsuke fasha..
tapi..sebab dok asrama, xleh tgk tv time mgrib..
emmm, budak baik ni patuh je la..(-_-')

Ummi Hanie said...

LOL ...osman kabilah the gengster jual mi bandung... ;p

sy pun jarang miss tgk Chinta walopun hati memaki2 (opsss..) watak Chinta itu...huhu

h A n Y S said...

besarnye pengaruh drama melayu skang ea..sampai terbawak2 ke realiti.. haha~
btw, suke cite CHinta ni! XD

Anez said...

saya pun folo citer Chinta ni walaupun sume housemate mara2 tgk muka fasha sandha tiap2 ptg tapi saya tak pedulik. haha.
kalo ter-miss mesti tgk TONTON kt website tv3 tuh. suka sebab ada adi putra :p watak amar dah mati tapi nanti ada watak adi putra ke-2 plak!

suffer8zine said...

hehe gengster! :P

Kasi Pecah! : http://goo.gl/TOwP

Sca Ndx said...

aah cerita chinta ni banyak tol orang mati, nak kawen je mati. aduhyai. tapi bukan ade cerita sepattern camni ke dulu.
sorang perempuan. ramai-ramai lelaki

Ashiya Mizuki said...

chinta best..ada masej tersirat..

Anez said...

Sca Ndx : aah. setuju. citer matahari kot :p

LyNn HaMzAh said...

x sabar nak tahu kesudahan cerita ini...

chacha said...

samelah. kami serumah jarang miss tengok cerita CHINTA nih. walaupun ramai sangat yang dah mati. =)

eNaSaN said...

penanGan citer Chinta.....wlaupon xsuka sgt Fasha..tp jln citer tue wat ok juga..cuma apesal byk sgt yg mati...hahhaha

Qaseh said...

Drama Chinta mmg xleh ketinggalan menarik sgt

fndrocka said...

Kau jangan main2 dgn Osman Kabilah..dia gangster besar