Thursday, October 07, 2010

Budak Hantaran 20 Ribu - "Kalau Awak Tak Mampu, Ramai Lagi Nak Saya Di Tempat Kerja Tu"


Aku menulis kisah kawan.
Berkongsi dan mahu pendapat orang lain.
Bukan untuk ditembak dan dihina sesuka hati oleh mereka yang tidak berpuas hati (dan aku sendiri tidak pasti mengapa orang begitu marah yang amat sangat).

Ini kisah seorang kawan.
Terima kasih yang sudi berkongsi dan mengutarakan komentar serta pendapat masing-masing.

Kawan itu tadi meluangkan masa mendengar aku menyatakan pendapat yang aku dapat di Mukabuku, blog dan beberapa sesi dialog dengan rakan-rakan lain. Dia dengan senang hati menyatakan betapa dia berterima kasih dengan pendapat kalian semua. Terima kasih.

Dia : Kau tulis di blog kan?
Aku : Mana kau tahu?
Dia : Don cakap.
Aku : (ketawa) Benda kusut perlu dileraikan.
Dia : Teman wanita aku ada cakap sesuatu.
Aku : Apa dia?
Dia : (Mengeluh) Dia kata kalau aku tak mampu, ramai lagi nak dia di tempat kerja tu.
Aku : Siapa? Jurutera? Warga-warga asing?
Dia : Entahlah. Aku pun tak tahu.
Aku : Biarlah dia. Kau fikir masak-masak. Banyak benda lain yang patut jadi keutamaan.
Dia : Betul kata kau tu.
Aku : Mungkin dia bukan untuk kau.
Dia : Orang lain bercinta lama pun tak kekal kan?
Aku : Takdir masing-masing. Kita kena terima qada' dan qadar.



Apa yang aku paparkan hanya sebuah kisah kehidupan yang dialami oleh kawan yang sudah aku kenali di matrikulasi. Itu mungkin bahagian dia, dan dengan ujian kecil ini, aku harap dia mampu melunaskan apa yang dia fikirkan sebagai kepentingan utama. Biarlah apa yang orang mahu katakan.

Aku manusia yang terbuka dalam perbincangan. Diherdik, dimaki dan dicaci sepanjang aku menulis blog sudah terlampau lali. Dan berikutan isu hantaran 20 ribu ini, aku tidak terlepas dengan kata-kata marah yang ada terselit untuk hinaan.

1. Zara, kau tu anak dara tua.
Terima kasih buat yang mengirim ayat ini. Buat pengetahuan pengirim, aku baru berusia 23 tahun dan kalau aku sudah dilabel anak dara tua dalam usia begini, aku terima sahaja. 

2. Memang patut makcik itu cakap begitu dengan mak lelaki. Memang susah nak besarkan anak.
Pernah aku keluarkan kenyataan senang untuk membesarkan anak? Tidak pernah. Aku anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Dari kecil hingga sekarang, aku masih lagi melihat bagaimana Abah dan Emak bersusah payah nak membesarkan kami semua. Tidak ada yang senang dan mudah di dunia ini.

3. Kau berat sebelah menulis. Kau tak fikir perasaan makcik itu!
Aku menulis dari pihak lelaki, kawan aku. Makcik itu mungkin punya alasan tersendiri, tetapi aku memikirkan juga mak lelaki. Adakah dia layak menerima ayat sebegitu daripada mak perempuan? Sudah kenal bertahun-tahun, adakah mak nya layak dikatakan begitu? Padahal, dia juga datang daripada keluarga yang besar dan mampu menyara anak-anaknya. 

Mungkin penat membesarkan anak itu boleh diterima, tapi sehingga menutup pintu perbincangan dan bertanyakan tentang harga cincin merisik, itu sudah kurang sesuai diterima akal aku yang logik ini.

Serta pelbagai lagi yang malas untuk aku titipkan di sini. Pokok pangkalnya, seperti yang aku nyatakan, kalau mampu, silakan. Kalau tidak mampu, benda baik ini buatlah secara sederhana. Yang penting, sebuah perkahwinan itu diredhai dan direstui.



Sakura : Adakah kasih sayang mampu dibeli dengan wang?
Kenzo : Mungkin ya, mungkin tidak.
Sakura : Kalau boleh, mungkin terlampau ramai akan membeli.
Kenzo : Kalau ada yang menjual.
Sakura : Duit tidak boleh membeli segalanya.
Kenzo : Tapi dengan duit, ada manusia boleh gembira, ada manusia yang berduka.
Sakura : Setiap benda, ada baik dan buruknya.
Kenzo : Itulah dunia.

Zara : Aku mungkin bukan yang terbaik dalam berkongsi sesuatu, tetapi ini caranya aku melihat dunia yang penuh dengan warna. Mungkin hari ini warna itu bukan milik kita semua, tapi mana tahu, ada percikan yang mengenai perlip sebuah marga. 

51 comments:

Paan Ovrtd said...

This is trolling in real life la kak, as you can see. Memang akan banyak perdebatan. Ada yang sokong lelaki tu, ada yang sokong mak awek dia tu. Macam2. People can say whatever they want because they are not in the middle of the situation. I'm strongly on your side in this one.

23 tahun anak dara tua? I LOL'D! For me, there's no such term as anak dara tua. 'Belum sampai jodoh' is better I guess.

L said...

Anak dara tua?
Fuck that answer babe!

Azrul Hisham said...

sape kata umur 23 dah jadi anak dara tua? meh abang bagi fire skit...haha

kalau umur 32 tu boleh la label camtu...

haipp....lantak ka orang nak kata apa kat kita :)

Raybond said...

kalau belum kawin perangai macam 2.. lpas kawen nanti camne la... naseb baik nampk perkara ni sblm kahwin.. kalau dah kahwin.. memang kesian la dkt kawan cik zara 2...

Hazzy Ishak said...

yeahh kita masih muda zara.hehe
zaman skg ramai yang memikirkan kebendaan/kemewahan, tu memang tak leh disangkalkan lagi.

namia said...

saper yang kata 23 tahun anak dara tua .. mari sini sy lempang mulut dia sampa bisu.. thehehehehhehe

Najwa cik Qaseh said...

hurmm...
23 thn dikate anak dare tua..
tak patut..tak patut..
klu 21thn ank dara tua gak ke???...
hehe :P

Cikgu Nurin said...

ugutan tuhh..suh jer kawan awak tu tinggalkan dia...tengok siapa nakkan dia...kalau sikap mata duitan macam tu...alamat suami dia makan ati laaa...suh je kawan awak cari lain...belum kawain dah pandai ugut,esok dah kawain,gaduh sket ugut,gaduh sket ugut..baik tak yahhh..

awak bukan anak dara tua...biarlah anak dara tua pun,janji klasss..

Amira Amair The Poyos said...

Cilaka..dia kata umur 23 anak dara tua.Aku umur 23..aku dikira anak dara tua jugak la..cinabeng btul..siapakah nenek tua yg berani kata begitu!!

Sat-sat..aku rasa kan zara,perempuan tu ada dah laki lain kat tempat kerja dia,nak minta putus dia tak sanggup,jadi dia buat akai baik punyerr..
see..kawan hang mesti tak jadi nak kawin dengan dia,secara otomatik hubungan putus..
Pandai tak otak keling perempuan tu..??

Cari ja perempuan lain..
walaupun pun aku perempuan,tapi aku tak nafikan perempuan zaman skrg kebanyakkannya materialistik..

Senang-senang hang jela jadi pasangan kawan hang.

cIKGU SAMA CIKGU..
bAIK PUNYERRR!!!
HEHEHEHE...

izulman said...

Isteri yang terbaik adalah isteri yang selalu melapangkan dada suaminya, menenangkan suami sewaktu kesusahan, dan tidak meminta-minta..

Kalau ciri2x ni takde pada perempuan tu, jgn risau, seeloknya dibiarkan, sebenarnya ada hikmah bende ni, yang lebih baik menunggu sbnrnya kt depan tu.. Percaya dgn ketentuan Ilahi :)

" Menangis kerana hilangnya mentari hari ini, rupanya pelangi esok untuk aku"

salam drpd sydney,
izulman.

ps: Izul yg macho, howt single, tak anak dara tua, happy sentiasa, berjaya dlm hidup, so what?? abaikan mereka yg pesimis zara. hahaha.

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

ada jodoh tidak ke mana....amin..

23 tahun...time tu akak baru nak kenal cinta dek....

LyNn HaMzAh said...

saper la yang cakap zara nie anak dara tua...huhuhuhu...23 thn still young ok...

miss cremooreo said...

mereke sangat tak patut kate kakak begitu.abaikan ok. mulut orang kan. mmg tempayan yan yan. sangat susah nak puas hati kan sume orang yang busuk hati same kite ni. so be strong ok kakak! abaikan saje mereke itu. belum sampai seru lagi untuk bekawen bukan nye anak dare tue lagi. ataupun possibility untuk yang megatekan kakak anak dare tue sebenarnye die adelah anak dare tue. faham ke? heh. papepun be stong ok! insyallah ade jodoh kakak.kakak tetap akan ade orang yang nak nnti bukan? :)

h A n Y S said...

what??!! 23rd dikatanya anak dara tua?? sungguh pemikiran lapuk!! *geram*

♥CIK SHA♥ said...

Kalau tidak mampu, benda baik ini buatlah secara sederhana. Yang penting, sebuah perkahwinan itu diredhai dan direstui.

i love that words..^_^

hello..kau baru 23 die kata dah tua zara..kalau aku yg 26 ni die nak kata ape pulak??gile punye orang..aiyooo..

better kawan kau tu tinggalkan je perempuan tu..bagi aku die bukan perempuan yang baik..ni belum kawen dah demand..dah kawen nnt tak tahu la..die ingat die artis nk berpuluh ribu hantaran..haishhh..

MissNera said...

salam zara..

23 tu anak dara tua? ooohhh akak ni anak dara terlebih tua lah erk? hahaha... term anak dara tua dah tak boleh pakai sekarang ni!

btw, penat/letih/derita memang terasa bila membesarkan anak. tapi pelik kan, bila penat membesarkan anak patutnya lebih faham. nanti anak dan menantu nak besarkan anak-anak merangkap cucu-cucu tu macam mana dengan hutang keliling pinggang semata kerana duit hantaran.

mak dan ayah akak pun bukan orang senang. susah payah besarkan kami adik beradik. tapi alhamdulillah dorang tak pulak demand sampai macam tu semata-mata memikirkan penat dia membesarkan kami.

p/s: zara, jangan di layan pada orang yang suka menghentam dengan niat dengki tu. =]

hana devushka said...

23thn tu anak dara tua ke?..kalau 40++ tu maybe la..
mulut org, mmg xley nak tutop..

diba said...

aish..geram plak bce..tpi cm2 la org skrang..hu

nikamirul said...

aku still tak paham , yang mana satu yang mintak 20k nie ? you or your friend's gf? gila blurr huhu

ps : lau sudi , jawap la dkt cbox kat blog aku :)

nikamirul said...

aku still tak paham , yang mana satu yang mintak 20k nie ? you or your friend's gf? gila blurr huhu

ps : lau sudi , jawap la dkt cbox kat blog aku :)

nur anis said...

sebenarnya tak boleh buat macam tu..nak tetapkan harga mahal2..macam nak jual anak pulak..sepatutnya belah perempuan terima je lah apa yang belah lelaki nak bagi..untung2 ada yang nak kat kita..kalau nak mahal sangat, tak kahwin-kahwin baru tau..

Cikgu Mizi said...

isu hot ni.. tapi mmg xpatut a pompan tu.. kbhgiaan mne leh dinilai dgn wang hantaran.. apa yang pnting kap ba ro kap ta alif nun=keberkatan.. perkahwinan tu sendri adalah rezki, Allah dah janjikan itu semua.. xperlu takot dan xperlu gusar...

✿ Nadya Ahern ✿ said...

Aaaaa...23tahun dah anak dara tua..
Apa punya statement daa..
Anak dia tu artis ke nak hantaran mahal²..
Kuat agama tak?Pandai masak tak?pandai buat kerja rumah x?Pandai jg maruah suami tak?Pandai macam² lg la..

Kalau semua pandai,boleh la bg 20k..

Hizami Rahim said...

hurm.
yep.
perempuan tu bukan isteri yg baik kalau dia kata mcm tu.
=_=!

MuNsYi SaMa said...

ramai yg dh bg pandangan. Pandanganku sama sj.

Perempuan yg baik,rendah maharnya.

kalau si gadis dah kata macam tu, biarkan saja. Suruh si jejaka cari yang lain. Sebab ramai lagi di tempat kerja si gadis yg kaya raya,harta juta2. tu kerja kat situ,sbb dh byk sgt duit.

Si jejaka, kumpul dulu wang, insyaAllah, along the way he will meet someone who is perfect for him. yang terima seadanya.

sampaikan salam padanya. harap bersabar.

~Bercinta lepas kahwin itu lagi indah. Percayalah. Cari yg baik2 utk dapatkan zuriat yg baik2,keturunan yg baik2~

noor afzan said...

oohhh nooo..
20 ribu ka? tak sepatutnya.

23 tahun anak dara tua.
25 tahun amcam mana pula?
huhu!

sHankS said...

20k? murah say...
lepas kawin...pompuan ni layak bg mkn pasir.

aLya said...

mak aihh..dunie skarang ganas seyh..
pmpoan 2 cm x nk jek..
lau x, xkn la die ckap cm2..huhu
ckap kat kwan k.zara, bek cari len jek

takky said...

rase ye bek kak zara bgi title anak dara tua 2 kt org yg minx 20k 2....
baru sesuai.....

dye minx 20k...
dye ingat bakal mertua dye 2 cop duit ke....
SENGAL BETUL....

Lee Zha said...

scr jujur..

kalau m.cik tu tny sal keta o rmh..mhkin aku blh trima lg..ye la..dia nak anak dia ada tpt tgl utk hdp bdikari. itu satu.

dua. klau dh tny sal hrg cincin, what for?? nk gtau jiran tetangga hrg cincin mahal, cenggitu? so, xptt.

tiga. hantran byk2 wat apa? 20k? mbazir gila. lps kwen, nak pkai brg hantaran tu pn, lau tym da sesak, ley gadai balik ke? xkn? so..membazir sgt2!

empt. kalau pmpn tu btol2 syg kwn sis, dia xkn ckp rmai lg yg nk kn dia. oh! laku sgt la tu? muka awek tu mcm mn?? angelina jolie o anjilina juling??? hahaha..

lima. lau blom kawen pn da mtk bagai kawen an anak raja, cik abg tgu la da kawen nnt. silap2, bla xnk ikut apa is3 nak, mak dia cmpur tgn. ini bkn cobaan, ini btol2. hehe.

enam. even sy pmpn, tp nk nsht ckit kt cik abg, utk apa kawen an pnpm yg sah2 nmpk xkn hdp ssh sng dgn cik abg?? da sah2 kn. so..tglkn je la..lau dia kata ramai org nkkn dia..ckp je.. - ada aku kisah????

hahahaha...btol gk kt dorg ek, ssh2 sis zara je la kawen an cik abg tu. nahahahahaha

nurayunni said...

atas diri pasangan masing2..
klu masing2 stuju xde hal tapi jgn sampai aibkan pihak lelaki bile hantaran xmampu..
pernah terjadi kt jiran aku..
mak die mintak hntaran 15k..smpai mase ari pernikahan lelaki tue lesap..malu gile pompuan tue..
sptutnyer bile dah xmampu bgithu awl2 n berbincang..jgn sampai timbul isu lain kali..btl x cik zara??

AREku said...

hantaran 20k???
WTF!

nak mintak byk2
kalo diri tu still 'fresh' bley la
ni da jadi 2nd hand or ber'hand2'
nak letak tinggi2
suh member tu carik laen je

nice blog ;p

Drama Mama said...

memang adat ni, asam garam dunia. frankly, i was with the idea of love is more important than money. masa i nak kahwin pun, memang with someone i really love regardless of his harta benda or culture or bangsa.

after dah kahwin, reality hits. not to say that i'm not happy, i am. but terlalu banyak dugaan that i thot i would be able to go thru breezily with my love by my side, but apparently not. even when they're by ur side, dugaan tu tetap pahit untuk ditempuh. still susah. and sometimes it makes u both unhappy when u start bitching bout it n all bila dah tak tahan. and at times it kinda make u wonder what if u've made a diff choice in life. what if u listen to ur parents instead of ur heart desire.

sorry off topic pulak. what i'm trying to say is, i guess all parents memang risau pasal anak so they try their best to give the best to the kids. tapi cara tu memang tak kena lah. melampau sangat. some parents sbb terlalu concern they act irrationally. bila jadi camtu, they don't realize that yang rugi tu anak diorang and they all sendiri jugak. huhu

just my 2 cents

http://twinkywinkystars.blogspot.com

eNaSaN said...

erkkk 23 tue muda la...ade di kata anak dara tua..klu aku nie mgkin dilabel sbgitu..



kkdg hati org x same ngan hati kita...

biarkan mereka2 nk kata ape yg pnting kita tahu sape kita...lalalala

Aini said...

biasanya wang hantaran kan dihabiskan untuk perbelanjaan kenduri kahwin yang sehari itu sahaje.

Jadi adalah lagi baik berpada-pada bebelanja untuk kenduri kahwin yg sehari itu. Kena pikirkan hari2 yang mendatang selepas kahwin lagi banyak nak pakai duit..

Jangan melampau.. Susah senang kena bersama =)

INTANKUTERPILIH said...

nak kawen, perlu ada persefahaman antara 2 belah pihak...jgn terlalu mendesak, dan jgn terlalu menekan...

sorang sahabat lelaki, betul2 nakkan si perempuan, ibu si perempuan letak hantaran tinggi, sahabat lelaki nie kerja pagi petang siang malam semata-mata untuk dapatkan si perempuan..akhirnya usahanya berjaya...

tapi lepas bernikah, rupanya sahabat lelaki nie masih menyimpan dendam dengan ibu mertua, maka si isteri di haramkan untuk balik ke rumah mertua menjenguk ibunya...si isteri terpaksa patuh dengan perintah suami...

so, sape yang rugi..??

Jerung Rimba Putih said...

diorang nak banyak harta, nak kaya tapi biar kita kekalkan kaya ngan akal fikiran, budi dan pekerti.
Kalo ada pun 20k tu. tak berbaloi kawin jugak.... suka mata duitan... duit satu kilang sure tak PERNAH cukup.

Shahrul Shaharuddin said...

Salam Zara,

Aku jarang nak komen benda2 pedas nie, tapi kalau dah meletop (sekali-sekala) Mungkin kau pon ssh nak publishkan komen aku nie.

herm, pasal 20K.. aku ada juga kawan yang alami masalah cam nie, mungkin sikit lebih dari kawan kau nie. Dan aku nasihatkan dia sama seperti kau nasihatkan kawan kau.

Perlukah hantaran tinggi walhal, perkahwinan itu yang wajib hanyalah akad nikah, lain2 bagi aku adalah ADAT saja. Mungkin pemikiran orang2 lama yang NAK kan NAMA pada masyarakat umumnya begitu bangga jika anak2 mereka di-per-kahwinkan dengan keadaan super mewah! Walhal, bukan mewah mane pon.

Lagi, dengan ekonomi dunia yang tak menentu, aliran masuk duit kedalam negara pun berkurangan, menghadkan pencarian wang saku lebih untuk menyimpan HANYA untuk berkahwin. that's is nonsense to me. Banyak benda lain nak diutamakan, aku setuju!

Kepada lelaki2 lain yang mempunyai masalah sepeti ini, aku harap dapat berbincang dengan pasangan the best way how to solve this matter. Jangan disebabkan duit saja, cinta pon melayang, heh? what the simple like that meh?

yours
SH

Rebelle Me said...

ohhh..
sgt ta ptt!
im 23 jgk..
so kre ank dara tua la ni?
demyu!
opsss~
sowi..
(:
nway..
its up to her parents la na jual ank ke ape..
law ta laku t..
slh diorg gak la..
(:
we want happiness instead of money..

Nana said...

ramai lagi nak dia kat tempat kerja? eihhhh. suruh dia pergi jauh2 lah. ada ke pulak ckp mcm tu? =.='

iEn said...

dah lame jdi silent reader..tpi citer psl ur fren ni sgt menarik..ade sembang ngn cikgu2 senior kt skolah psl ni..n diorg kate, mak budak prmpn tu memg saje letak tinggi2 sbb memg taknak kt lelaki tu..so better that guy find another girl lah..becinta lame tu memg lah saket kalo putus di tgh jalan..tpi semoga dia berbahagia dgn org lain yg tahu menghormati dia sbg seorg lelaki dan jugak keluarga dia..

fQ said...

20K is just numbers..
But the effort to actually combine those numbers? Phew..like sucking all the blood out.

Kering darah beb membacenye!

Tuan Auz said...

hahahaha! mungkin 'jutawan' nepal kat tmpt kerja dia nkkan dia kot~ vietnam bangla mari~ perghhh

tulipsufie said...

zara.. 23 tu org kata kamu anak dara tua?? org tu yg tua kot?? hehehe..akak kawen umor 25...sepupu akak kawen umor 31 then, boleh je melahirkn melahirkan anak(jodoh,pertemuan DIA tentukan)..owh, org yg berkata bgitu...mgkn perlu pergi kem motivasi :D

pernah jd dlm famly..cousin(lelaki) kwen, hantaran 14k..bapak perempuan sangat2 berlagak siap nk tgk slip gaji my cousin..sudahnye my cousin loan bank..semua famly tahu..at last, kami semua agak memandang sinis dgn itu perempuan.....

Ashizu said...

yang penting utk kahwin is nikah and kenduri je..yg lain tu..donya semata

Kitty Nini said...

just leave that girl. blom kawen dah nampak perangai buruk + mata duitan. lepas kawin? confirm la suami yang sengsara.

btw, gile ke ape yang cakap umo 23 dah anak dara tua? bongoks.

Rina said...

bagusla sblm kawen dh tunjuk belang..syukur alhamdulillah..kalau x menyosa kawan zara tu kawen ngn dia

Scha Abd. Ghani said...

Sadis...huhuhu...

wawamagic said...

ayah sy prnh ckp, "malu tau ltk hrga tinggi melampau ni, mcm org xde duit je, igt nk jual anak apa."

plus, kalau ikut hukum islam, hantaran adalah hadiah yg nilainya ditetapkan seikhlasnya dr pihak lelaki, bkn spt yg dituntut oleh pihak perempuan.

so, i'm with u zara ^^

Fashionista said...

anak dara tua??oh no..i'm 23 gak...maybe skunk dah kembali trend org kawen muda kot....huhuh

Miss MiN said...

salam kak zara....
bnde nie da staun yg lps..tp still nk komen skit....bole ea???
emmm...ttg yg ayat..nk bela anak susah tue.....
pndpt prbadi sye kn....mak bapak x blh ckp mcm tue..sbb...kn anak tue anugrah Allah....klau diorg ckp cmtue...bkn ke diorg anggap hadiah Allah tue burden kat diorg.....sye tau nk jaga anak bkn sng...tambah2 zmn skrg nie....tapi....ble jd hal mcm nie...jgn sesekali cakap mcm tue....krenye mak bapak tue x ikhlas nk jge hadiah dr Allah....sye pun bkn la ustzh atau ulama....tp bnda basic mcm nie..rsenye smua pun tau.....^_^