Saturday, October 02, 2010

Cinta Internet Dan Dunia Maya - Itu Sudah Menjadi Perkara Biasa Dalam Kehidupan Sekarang.


Aku menerima soalan tentang itu.
Senyum.
Itu bukan satu masalah wahai adik Lola yang bertanya.
Sudah ramai yang bahagia, walaupun ada yang berduka.


Mata mesti ganas, lebih-lebih lagi apabila menunggu dalam keadaan panas terik.

Ada kawan aku yang sedang hangat bercinta dengan seseorang yang dikenali di dunia maya. Sedang hanyut menikmati kemanisan bercinta kelihatannya. Aku dan beberapa lagi manusia yang mengenali siapa sebenarnya kekasih yang dia puja itu mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Moga pemikiran nakal dan menerawang kami itu hanya satu mimpi yang tiada erti walaupun ada secebis kebenaran mula mencelah dan semakin melebar lubangnya.

BPS : Kasihan kawan kita itu.
Aku : Biarkan dia.
BPS : Tanggungjawab kita selamatkan dia.
Aku : Nanti kita selamatkan dia. Sekarang dia mabuk cinta.
BPS : Tapi kalau makin mabuk macam mana?
Aku : Asalkan dia bukan mabuk lain sudah.
BPS : Tegarnya hati.
Aku : Masalahnya, kita tak mampu buat apa-apa sekarang ini.
BPS : Jom kita serang.
Aku : Biarkan aku jadi penonton dahulu.

Senyum.
Pendekatan begitu salahkah?
Entah.
Aku ingin sangat kawan itu bahagia.
Sungguh.

Lola : Kak Zara setuju dengan cinta Internet? Pernah dengar pengalaman kawan-kawan tak?

Tak payah dengar pengalaman kawan-kawan.
Diri sendiri pernah terjebak dengan benda ini sewaktu zaman belajar di universiti dulu. Masa zaman Ruang Aku (baca : MySpace) tengah naik. Aku bosan duduk di perpustakaan, baca buku buat tugasan. Kebetulan ada komputer kosong, buka mel elekronik sekejap. Masa ini aku lebih kepada Friendster sebab aku menulis di blognya. Gila betul. Itulah kerja aku. Menulis. Orang tambah aku jadi kawan, aku terima sahaja. 

Bosan lagi.
Aku menulis di Ruang Aku. Kebetulan kalau di Ruang Aku waktu itu, kita boleh nampak simbol orang sedang berada di atas talian (baca : online). Aku tambah sahaja yang berada di atas sekali, sebab gambar dia gambar animasi permainan video. Tak sampai berapa minit, dia dah terima.

Dia : Terima kasih. Kenal saya ke?
Aku : Tak.
Dia : Tak apa. Orang kawasan TKA ke?
Aku : Bukan.
Dia : Kalau macam tu boleh kawan.

Mula berkawan pada 22 Februari 2006 (ulangtahun kelahiran Abah).
Tarikh mula bercinta adalah dirahsiakan (tapi bukanlah masa itu juga, gilakah kau?)
Dapat tengok siapa dia yang sebenar adalah dua bulan selepas bercinta (gila berani aku dulu)
Bertahan selama setahun setengah lebih kurang (berpisah lebih kurang dua minggu sebelum ulang tahun aku)
Senyum.

Dan itu, antara perkara yang menjadikan siapa aku hari ini. Aku yang lebih kenal apa erti kehidupan setelah melalui pelbagai cabaran. Putus cinta pertama itu menyakitkan tetapi itu bukan beerti hidup akan musnah begitu sahaja. Bahkan, ia membuatkan kita lebih sedar akan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk ke peringkat seterusnya.

Tiga tahun telah berlalu.
Dan pastinya aku bukan sepeti dahulu.
Selamat pulang rasa ke asal jiwaku.
Dan aku masih manusia beku dan gemarkan diri sendiri dan senyuman ceria.

Zaman laman sosial lain buat aku sudah berkubur.
Yang tinggal hanya Mukabuku.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
1. Selepas cinta pertama musnah, aku sudah jadi anak gadis yang bertambah gila gembira dengan kewujudan diri sendiri.
2. Memulakan cinta baru? Belum ada rezeki.
3. Bersedia atau tidak menerima cinta maya lagi? Aku senyum dan simpan jawapan dalam hati.

Zara : Aku lagi rela tengok wajah kesayangan aku gembira di rumah daripada membiarkan diri menjadi cemuhan tidak berkesudahan :)

17 comments:

shahirahkhairudin said...

setuju dengan cara kamu sayang..
orang yang sedang mabuk elok biar dulu.. nanti dia akan sedar sendiri.. dan kalau pun luka, luka itu pasti bisa saja sembuh dan ia akan jadi ilmu yang berguna untuk di jadikan bekal menempuh jalan hidup yang masih panjang..

izulman said...

I never believe in cinta maya. I dunno why =.="

My 2 cents, semua org nak happy, tp bukankah semakin byk org kite bercinta semakin susut nilai cinta kita? mcm sllu pkai kereta,

Sb tula munculnya term "hot single". bukan suke2x, kami2x yg single hot ni jus menjaga supaya cinta kami tak depreciate, tak didermkana kpd org2x yg tak sepatutnya..

fikir2xkanlah.

Bila org sydney berfalsafah,
izulman

FarhanaDr said...

Kecewa memanglah.. Kan dear? Tapi pengalaman.. Mendewasakan.. Kalau dah takdirnya, ianya datang lagi, tak salah kita cuba.. Bahagia ada di mana-mana.. Heehee.. :)

izulman said...

zara: were u talking bout the girl dlm cinta maya ke, or yr past ni? dh confius dh, :S

LORD ZARA 札拉 said...

Sheera :

Thanks sayang!
;)

Izulman :
Hot Archie, I need to agree.
:)

Doc Farhana :
hehehe~
;)

Izulman (again) :
first half is about the person (I didn't state the gender tho)

last part was about me.
just a bit of my past.
annoyed past.
:P

syaftome said...

hmmm~pendekatan sebegitu...ada baeknya juga...
make some observation first...then act...
or else...
just let fate to decide their future...
maybe they need to learn the hard way...

Khumaera Ismail said...

husben sy kenal dr friendster~!!
alhamdulillah kekal smpai skrg..moga kekal hingga akhirat nanti.. =)

Hizami Rahim said...

haha.
takpelah.
kutip pengalamn lebih.
:)

izulman said...

u know what i have been doing in life? i get a new life every year or semester in uni. baik style rmbut baru, baju bru, perfume baru, even azam baru.


when i see myself differently, i was reborn, get a new life, feel refresh. hidup lame yg tk best? buang jauh2 buat semak je haha.

hope u enjoy life too ;)

Pocket said...

internet adalah satu medium untuk bercinta. tempat untuk bertemu,
zaman dulu.. sekolah atau tempat tuisyen lah medium kami..
(Tempat tuisyen lagi besh, pasal buleh bercintan ngan budak skolah lain)

jadi apa lah bezanya bercinta dari internet ngan tempat tuisyen?
medium untuk berkenalan jer.

lousy lover,
teman tak setia,
pemutarbelit,
cinta sejati...

got nothing to do with it.
so mari berkenalan..
'cik zara, nama saya aswan..
eh atau dikenali dalam dunia web ni sebagai pocket :D, boleh berkenalan ^^'

azieazah said...

Tak rugi bercinta berkali kali. Betul...

Emilia Emira said...

live is about experience..=))

Hellioz said...

its not something rare nowadays aigh?
gyahahahaha~

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Juga ada sahabat yang telah dipertemukan jodoh via alam maya ni.

p/s: Oh tetiba ku teringat member mayaku yang kenal 8 tahun lalu :)

AyanaAsham said...

senyum itu mesti.kan3

biapun pahit di hati.

ayin~weeweet said...

kenapa ayat awak sangat kiut.sukanya :)

cinta intenet atau di alam realiti tiada beza pon.ia cuma satu cara untuk kita berkenalan. kalau dari internet kemudian berjumpa, kenal hati budi, dan ikhlas berkawan,tak salah kot.kan? :)

:miZ suE: said...

pengalaman mendewsakan.. n mengajar kt agar menjadi lebih kuat menghadapi cabaran n dugaan hidup..ermm..aku pun knl bf aku dr alam maya...dh nak msuk 5 thn..aku hnya mampu berdoa ianya berkekalan....amin...