Sunday, October 24, 2010

Eksklusif : "Memanglah Saya Kena Kahwin Awal. Kalau Tidak, Ramai Pula Bayi Tidak Berdaftar"


Hujan.
Sejak dari petang membawa ke malam, hujan turun tanpa henti walaupun ternyata tidak lebat.Ternyata, ia membahagiakan aku yang menunggu hujan turun walaupun sedikit. Ada pesanan ringkas yang aku terima tetapi tidak mampu aku balas disebabkan pening yang amat sangat. Aku tidak minum kopi hari ini disebabkan aku terlupa, dan ternyata, aku boleh gila menanggung sakit begini.

Ada pembaca senyap yang membuat panggilan dan ada juga rakan yang sudi meluangkan masa bercakap dengan aku. Ah, ternyata walaupun sudah bercakap beberapa kali di telefon, dia masih lagi akan ketawa apabila mendengar suara aku. Asyik menyatakan apakah aku kurang sihat atau sudah bertambah gila dari biasa. Kawan itu memang, tidak mengira dia suami orang atau lebih tepat lagi seorang bapa.

http://img3.visualizeus.com/thumbs/08/09/02/inspirational,to,write,love,on,her,arms,dyptech,photography-1229596d14c6a43dd8aeae8df492ce7f_h.jpg

Aku : Kenapa telefon?
Kawan : Nampak macam kau sibuk sangat.
Aku : Baru bangun tidur, kepala aku sakit.
Kawan : Demam ke?
Aku : Tak. Lupa minum kopi.
Kawan : Ketagihan kau dah teruk sangat ni.
Aku : Tahu, aku dah cuba berhenti dah.
Kawan : Kalah dadah kan?
Aku : (ketawa) Macam mana isteri dan anak-anak kau?
Kawan : Ini yang aku nak cerita ni. Cerita lawak tau.
Aku : Kenapa?
Kawan : Tadi aku keluar dengan isteri dan anak-anak. Ada orang tegur.
Aku : Siapa?
Kawan : Makcik dalam pertengahan usia. Kau tahulah aku keluar macam mana pakai, dengan rambut aku lagi, isteri aku pun sama. 
Aku : (ketawa) Dah kau pun muda lagi kan? Memanglah kau pakai macam orang muda.
Kawan : (ketawa) Makcik tu cakap pada aku - "Memang budak muda sekarang kalau keluar merendek bawa adik-adik kecil ya?"
Aku : (ketawa) Aku dah lama tak dengar perkataan "merendek" tahu? Lepas tu kau kata apa?
Kawan : Aku cakaplah ini keluarga aku. Isteri aku semua. Makcik tu tak nak percaya mula-mula.
Aku : Habis tu?
Kawan : Aku keluarkan kad nikah, tunjuk pada dia. Terdiam makcik tu.
Aku : (ketawa) Habis macam itu sahaja?
Kawan : Makcik tu tanya kenapa aku kahwin awal.
Aku : Kau jawab apa?
Kawan : Aku jawab begini. - "Memanglah saya kena kahwin awal. Kalau tidak, ramai pula bayi yang tidak berdaftar yang keluar."
Aku : Keji betul kau.
Kawan : Sebab dia jeling-jeling isteri aku pakai seluar pendek.
Aku : (ketawa) Dia cemburu nampak isteri kau bergetah.
Kawan : Dah kata masing-masing baru 24 tahun, anak tiga kan?
Aku : Oh, berlagak.

http://www.1stwebdesigner.com/wp-content/uploads/2010/03/deviantart-groups/when-love-takes-over-best-deviantart-groups-you-should-watch.jpg

Aku memang ketawa besar kalau berbicara dengan kawan ini. Mungkin disebabkan persekitaran dia yang gila, menjadikan dia juga gila begitu rupa. Ternyata, kebahagiaan itu bukanlah sesuatu yang mustahil bagi dia yang gembira dengan kehidupan yang dijalani dengan tabah.

Kawan : Kau buat aku kenal dunia.
Aku : Entahlah.
Kawan : Sila terus tabah dalam menjalani kehidupan bujang.
Aku : (ketawa) Bahkan, aku tidak perlu berjaga malam menukar lampin bayi lagi.
Kawan : Lampin sendiri sebulan sekali kan?
Aku : Keji la!
Kawan : (ketawa)

Baiklah.
Aku dah tukar fikiran.
Memang kalau aku jumpa, aku ketuk-ketuk kepala dia. 
Geram.

Zara : Baru lepas membaca komentar-komentar yang aku terima di cerpen [Nuansa Marga Sakura Tuhfah]. Terima kasih atas sokongan yang diberikan. 

14 comments:

izulman said...

hahahah zami serve u right, bajet hot! XDDDD

takky said...

hahaha...
how come he can say like that...
hhihiihihi

nabil_potter said...

ayat tu power..xde filter punya..hehehe..

itu adalah one of the part la kenapa perlu kawin awal..

kalau jawapan yang sedap sikit, boleh jawan untuk menjaga batas pergaulan, xpon dah sampai peringkat wajib kawin atau dan sampai jodoh..huhuh..

faradeeba said...

haha. funny. tersirat gitu mksud nyer. xD

sastraboy said...

gua rasa, makcik tu niat baik. nak tegur apa yang salah, kira amal ma'ruf nahi mungkarlah kan.

tapi, itulah tak kena cara, itu yang kena cantas balik tu. haha.

kesian makcik tu.

Mr K said...

You are cute

suffer8zine said...

penuh tersirat. http://goo.gl/TOwP

Panglima Perang Cyber said...

salam ziarah.


saya berbesar hati nak tambah link blog ini dalam list rakan baru saya.


tq

Ndea said...

smart answers! hahah

syaftome said...

wow...dahsyat...
br 24 tahun...dah ada anak tiga...
memang salute lah aku kat dia...

♥-- emieysandra --♥ said...

betOi tu..
~_^

hans said...

hahahaha
orang 'tua' yang muda tu memang nakal
cara ugut dia ialah bagitahu pada wife dia
hahahahaha

P/S : Bila Ego Setinggi Langit Memang Akan Jadi Susah Untuk Mengaku Kelemahan Diri

PinQib said...

hehe..
trend orang kwen awal..
=)


Latest entry di:
Kisah ikan keli
Serangan tiga penjuru
Happy Bday Bunga

The Poyo Me said...

nyampah tul kat makcik tu.
cube tegur mamat2 n minah2 yg x kawen, tanya diorg kenapa diorg tak kawin lagi. ha! cube makcik, cube!