Saturday, October 16, 2010

Eleh, Kalau Kulit Aku Gelap Sekalipun, Apa Kena Mengena Dengan Kau? Antara Rihanna Dan Moon.


Alahai.
Kulit aku gelap sebab aku masuk kelas berenang minggu lepas. Jadi, perlukah kau hantar ulasan-ulasan mengutuk aku sebab kulit aku terbakar di bawah sinaran cahaya matahari?


Ada gaya pengetua tahu?
Solekan mata tetap menjadi keutamaan. Kata gaya remaja yang tidak stabil emosi.
(Ketawa)

Aku bukannya apa, setakat kulit gelap berjemur dengan aktiviti luar kau nak mengata aku macam-macam, aku tak nampak kenapa perlu kau buat sedemikian. Adakah kau cemburu dengan perubahan warna yang mendadak dalam masa dua hari berendam di dalam kolam renang?


Aku percaya mesti kau rindu dengan warna yang di bawah ini kan?

Bak kata kawan aku, kulit sudah sama tona warna dengan Rihanna. Kau mampu?
Ketawa geli hati.

Manalah aku nak tahu kau mampu ke tidak sebab kau tak letak nama ataupun pautan apa-apa. Sekadar guna Tanpa Nama, banyak lagi orang boleh berselindung begitu. Tapi apa pun, aku harap kau bahagia dengan pilihan kau mahu mengutuk aku sesedap rasa. Bukan apa, kulit terbakar memang nampak, terbakar di hati, kau sahaja yang rasa. Aku boleh buat kerja sementara dengan menjadi bomba.

*******

Merujuk kepada penulisan semalam, marilah kita sama-sama berdoa untuk Moon, kawan aku ini ya?

Moon : Hari ni aku keluar dengan dia.
Aku : Berdua sahaja?
Moon : Ada sepupu aku teman, dia pun kata bawa adik perempuan dia.
Aku : Oh, baiklah.
Moon : Doakan aku dapat meluahkan.
Aku : Kau boleh! Sekejap, itu betul adik perempuan ke isteri?
Moon : Shafaza!
Aku : Eh, aku gurau sahaja, nak tahu hati kau kuat ke tak.
Moon : Rasa nak batalkan pula.
Aku : Hoh! Jangan, sila pergi, aku doakan.
Moon : Betul?
Aku : Betul! Pembaca aku pun doakan kau.
Moon : Terima kasih, nanti apa-apa aku beritahu.
Aku : Tulis di Twitter ya?
Moon : Kau gila?!
Aku : (Ketawa)

Mencari kebahagiaan bukanlah payah, tetapi dalam menelusuri kehidupan untuk mendapatkannya, kita perlu tabah dan redha dengan apa sahaja bentuk cabaran dan dugaan. Aku pernah melalui satu peringkat berjuang demi kecintaan diri dan tersungkur lemah. Namun aku tahu, bangkit kembali itu adalah mesti disebabkan kita akan lebih kuat dan tabah dari sebelumnya.

Lelaki Ais : Kau akan kahwin awal.
Aku : Kenapa kau cakap ayat yang sama macam kawan aku?
Lelaki Ais : Percayalah, kau akan kahwin awal.
Aku : Tiada calon.
Lelaki Ais : Suruh keluarga kau cari.
Aku : Kau carikan aku satu.
Lelaki Ais : Kalau jumpa, aku kirim pada kau.
Aku : Tolong bungkuskan dan hantar ke alamat yang betul.
Lelaki Ais : Dihantar terus ke depan pintu rumah.
Aku : Maaf, rumah aku ada pagar.
Lelaki Ais : (ketawa) Layan kau berbual boleh gila.
Aku : Siapa yang telefon siapa dulu?
Lelaki Ais : Ceh!

Nota Kaki : 
Ketagihan aku semakin kuat pada dadah jenis kafein. Betapa aku berusaha untuk berhenti, aku gagal dan kecundang lagi. Pagi ini entah berapa cawan aku mendapatkan kopi dan Nescafe saling berselang-seli.

Zara : Rindu mahu menggarap novel dan cerpen lagi. Saat ini, aku kehilangan ilham mahu terus bercerita bila sumber inspirasi terbaru berkarya aku hilang berjuang di atas padang bola. Tiada lagi musim bunga, tiada lagi musim bahagia, bila saat dipejamkan mata. Yang ada hanya nota. Ketawa.

11 comments:

cKyN WaN said...

kafein banyak2 tak sakit kepala ke???

dulu suke minum nescafe tiap2 hari. tapi kerap sakit kepala. lalu selang seli je lah hehehe

plus, takleh nk minum slalu nanti stop abes haha

Amira Amair The Poyos said...

oooo..dia kata hg gelap...
mcm la dia putih sgt..
takat kulit melayu je pun..
(kalau dia melayu la..hahhahahha)

Paan Ovrtd said...

Dia cemburu sebab x reti berenang tu. Dulikkan aje.

izulman said...

Coffee!!! >.<

Not fav lol

noor afzan said...

lorh..
kulit gelap pun mahu ditegur juga ya..

bukan salahpun kan?
tak dosapun kan?
isk2..ada juga orang camni.

kopi nescafe kopi nescafe..
fuh..ketagih benar tu.

DaHLia said...

kulit gelap tanda kemewahan... :D

org kat overseas nun, sanggup dtg Malaysia nak berjemur untuk tunjukkan mereka sun bathe, ada duit gi vacation..
so takde hal la kulit gelap pun kan...hati gelap tu yang payah tuuu

ashie023 said...

kulit gelap cantik ape...seperti heroin cite tamil...dey dey!

Fakhrur Razi berkata said...

hak2
xde la gelap sgt powng ;D
kulit ak dh mmg dari azali gelap
huahua

ak pun ketagih kafein o.O
tiap2 kali g class msti bli stu
hohoh tapi niat utk tidak mengantuk xD

natasha MDG said...

peduli kan je dorg tu. org mmg suke mcm tu. nak buat mcmne.

skrg ni pun kte asyik minum kopi sbb xnk ngantok. x bgs sbnrnye.

[z@ck] said...

black is beautiful weyh =)

mie_rahim said...

sedapnya lenggok bahasa awak..ada novel boleh share dgn saya??