Friday, October 01, 2010

"Fikir Suara Garau, Perangai Kasar Dengar Lagu Yang Keras. Rupanya Dengar Lagu Jiwang Juga!"


Itu ayat kawan aku.
Gila keji betul.
Kalaulah dia tahu aku menulis novel cinta, bagaimana reaksi dia agaknya?
Ketawa.


Dua keping album ini memang ada dalam kereta aku.

Kawan : Sekejap, kau dengar dua album ni?
Aku : Kenapa?
Kawan : Jiwang kot!
Aku : Apa salahnya?
Kawan : Aku ingat kau layan lagu-lagu keras sebab kau suka gila dengan Faizal Tahir.
Aku : Faizal Tahir punya lagu pun ada jiwang apa?
Kawan : Tapi yang ini meleleh. Kau tengok filem dia dulu?
Aku : Tengok.
Kawan : Memang dalam hati ada taman bunga.
Aku : Dalam hati aku ada taman permainan, boleh?
Kawan : Tak sangka kau jiwang. Teman lelaki pun takde lagi kan?
Aku : Takde, biarlah.
Kawan : Layan lagu mendayu-dayu juga. Ingat ganas betul.
Aku : Agak-agak kau nak duduk tepi jalan, kau cakaplah lagi.
Kawan : Sentap nampak.
Aku : Tak sentap, cuma aku takut aku rentap kau keluar.
Kawan : (ketawa) Baik, baik. Aku diam.

Memang aku layan semua lagu sebenarnya. Sebagai contoh, kalau aku nak menulis novel dan kisah cinta, aku akan dengar lagu-lagu yang berkaitan untuk dapatkan perasaan yang sesuai (malangnya perasaan sendiri tiada, hingga perlu pemangkin luar). Ketawa.

Tapi selalunya, aku akan dengar lagu yang mesra dengan telinga aku. Kalau lagu jejaka panas kesayangan, Faizal Tahir, memang aku layan semua dengan gigih. Eh, bukan memilih bulu cuma dia menyeronokkan untuk didengar.

Bila aku khabarkan pada seorang kawan lain, dia ketawa terbahak-bahak.

Anne : Kalaulah dia tengok dalam telefon kau lagu-lagu yang beratur, mesti dia pitam sebab kau ada personaliti yang pelbagai yang amat sangat.

Nota Kaki :
Aku kehilangan patung model vinil kesayangan. 
Satu-satunya.

Zara : Kadangkala apa yang kau mahukan dalam hidup bukanlah apa yang akan kau dapat. Selalunya begitu, tetapi berusaha untuk mendapatkannya bukanlah suatu kesalahan.

7 comments:

cikmay said...

salam.kak zara peminat faizal tahir yer???baru tahu laa...sebab kan..sebab kan..kan...kan...saya pon minat gilerrrrrr faizal tahir.hihii.

have a nice day, sister. =)

.sDanial. said...

lagu jiwang best kott... damai je kalau nak dengar... lagi2 lagu rock dulu.. cakap je rock tapi lirik dia mendalam yang amat.. heheh.. :D papepun, lagu jiwang best dan sedap didengar.. :)

L said...

hahaha.

that's so true actually

Azam said...

dengar juga lagu jiwang, but kebanyakkan based on rock..rock ballads...layan.


faizal tahir yang suka dengar ialah lagu Cuba..lagu lain tak pernah dengar

MuNsYi SaMa said...

Lagu Doushite kimi wo suki ni natte shimattan darou tak jiwang kan? :)

Kuman Chaos said...

mat metal pun ada hati juge.. so kengkadang memang layan la lagu cintan eheheh
kuman "magazine.." Entry

♥-- emieysandra --♥ said...

emiey dah selalu jumpe org camni..
bese r, dalam hati ade taman..huhu
~_^