Tuesday, October 26, 2010

Iman Kenzo : Hadiah Istimewa Dalam Hidup Aku Dan Adam Awraq Sempena Setahun Menjadi Guru.


Senyum.
Selamat datang Iman Kenzo.
Selamat datang sayang ke dalam keluarga kecil Zara.
Semoga keluarga Adam Awraq dan Shafaza Zara menjadi semakin sempurna.


Ini Iman Kenzo.

Selain nama untuk watak cerpen aku, Iman Kenzo adalah nama untuk si dia ini yang aku beli sempena sudah setahun aku menjalani hidup sebagai seorang guru. Ya,buat pengunjung setia Dunia Sebelah Zara, mereka sudah mengetahui dengan jelas bahawa aku ini manusia beku yang hidup gembira dengan kehidupan aku sendiri. Maka, menamakan barang peribadi aku dengan nama manusia membuatkan aku gembira.

Senyum.
Ada orang memberikan aku ucapan tahniah dengan menyangka aku sudah nikah dan berharap semoga aku mengandung dalam masa terdekat serta bakal melahirkan pada tahun hadapan. Ketawa. Demi sesungguhnya, Adam Awraq adalah suami yang aku ikat kahwin selama tujuh tahun. Betul. Perlukah aku letakkan gambar raya pertama kami bersama?



Ini aku dan Adam Awraq. Oh, nombor dibelakangnya adalah tarikh lahir aku.

Tiba-tiba teringat apa seorang rakan yang dengan nada sinis bertanya pada aku sewaktu raya hari itu. Fahmi Morrison yang sudah bertukar menjadi Fahmi Heartsprings pula.

Fahmi : Bila kau nak kahwin?
Aku : Dah kahwin. Suami aku ada di luar.
Fahmi : Mana? Tu kereta.
Aku : Itulah suami aku.
Fahmi : Macam mana nak dapat zuriat dengan suami begitu?
Aku : Ceh!

Eh, ada sahaja Iman Kenzo kan?
Ketawa.
*******

Hari ini 26 Oktober 2010. Kalau kamu perhatikan kepala blog di atas, papan hijau yang sangat bermakna hasil bikinan seorang sahabat kesayangan aku, Pali, terletak satu tarikh keramat dalam hidup aku. Ya, itu tarikh aku memulakan kerjaya seni sebagai seorang pendidik. Oh, kalau kamu tekan tulisan berwarna merah sebelum ayat ini, ia akan membawa kamu menelusuri kehidupan aku selama setahun ini menjawat jawatan sebagai guru rasmi.

Kedengaran seperti Onizuka pula kan?
Alhamdulillah, setelah behempas pulas di universiti, aku mampu melangsungkan kehidupan dengan kerjaya yang aku sayangi sepenuh hati ini. 

Apapun, buat semua yang menyokong selama ini, terima kasih yang tidak terperi!

Nota Kaki :
Semalam aku tidur awal dan asyik terjaga. Pergi membelek Iman Kenzo pada jam 1 pagi dan cuba untuk memasang tayarnya seperti yang ditunjukkan oleh rakan semalam di kem. Nampak sangat kebolehan aku belum mencapai tahap sepatutnya apabila asyik mengalamai kesukaran untuk memasang tayar belakang.

Zara : Mahu menyiapkan proses penandaan kertas Sains Tingkatan 4. Esok sehingga Sabtu aku mungkin akan keluar lagi.

20 comments:

milimilo said...

argh.fainted.iman kenzo warna hitam putih.sgt la sukaaa.mau 1 jugak cmni.wuwu. T_T

[z@ck] said...

canggih gila nama kereta n basikal hang..aku ingat budak mana la tadi.

Legasi Piston Pecah said...

wah...pon terfikir begitu jugak... owh,jagalah kedua-dua harta berharga itu ye?saya masih dalam proses nak mencari dan mengumpul.

ima said...

waah. da ada anak. kak zara, yg nie cm xley nk tumpang je. hihi. :D

g0m0k9enDek said...

tahniah~

izzati fuad said...

iman kenzo sangat cantik! nak jugak!

suffer8zine said...

mak ai basikal punya nama agak dasat :P

Panas!! : http://goo.gl/TOwP

syaftome said...

rupa2nya...
itu ahli keluarga baru...
happy anniversary...

INTANKUTERPILIH said...

uwahahaha...tipah tertipu...hehehe

mcm kenal jer no flet nie/

noor afzan said...

wah..buleh exercise naik beskal hari2.
sonok2..

z said...

bilo lah yg real punya manusia nk hadir dlm hidup cikgu nih..ahaha

HEMY said...

wah..berbasikal pula skang?? naissss...ada hobi dan minat lebih indah utk hidup kita

diba said...

aha..nice..iman kenzo anak u ye zara..hee

Encik Tikus said...

jaga suami cikgu elok-elok keh keh keh

Nem0 o0h Nem0 said...

aku suka sgt ngn ko punya no plat.plat idaman aku JMG5382 tapi aku xdpt pun.. =(

HAZWAN17 said...

basikal dengan kereta pn ada nama yang sedap erk

Kuman Chaos said...

no tu booking ka? :)
kuman "18SX??.." Entry

MuNsYi SaMa said...

iman kenzo laki ke pmpuan? :P

Che Armster said...

cis rasanya macam aku salah seorang yang tertipu?!

Ms J said...

eh.. hari tu disorokkan abjad depan Adam. Tapi kali ni tunjuk pulak? Zara.. jaga-jaga.. nanti ada pulak yang ikut balik.. huhuhu...