Thursday, October 07, 2010

Kalau Nak Jadi Cikgu, Hati Kau Kena Kebal Bila Budak Cakap " Gaji Keluarga Saya Lagi Banyak Dari Cikgu"


Itu yang kawan aku kena.
Sadis bukan?
Sebelum itu mari lihat pendapat rakan di Mukabuku aku.


Status asal : If you really want to be a teacher, you need to be really heartless. Seriously. So, when your student said "Gaji keluarga saya lagi banyak dari cikgu", you can still smile even in pain. :)

Malam tadi, ada seorang rakan di Twitter ada berkongsi isu yang sama dengan aku. Mungkin kenalan dia yang terkena dengan mulut pedas seorang ibu murid. Bahkan, si ibu ada menyatakan bahawa seorang guru itu bodoh dan gajinya lebih besar berbanding dengan gaji guru tersebut. Malangnya aku tidak dapat menghubungi penulis asal artikel tersebut. Cuma, mari aku kongsi sedikit perbualan aku dengan kawan aku.

Kawan : Aku nak berhenti kerja.
Aku : (Terperanjat) Kenapa?
Kawan : Aku tak tahan dengan murid aku.
Aku : Kenapa?
Kawan : Degil, dan ada yang sangat bermulut celupar.
Aku : Biasalah budak-budak.
Kawan : Tapi aku tak tahan bila ada murid aku cakap "gaji keluarga saya lagi banyak dari cikgu"
Aku : Ala, budak aku pernah cakap yang keluarga dia kaya, banyak ladang sawit dan getah segala.
Kawan : Habis, apa kau cakap?
Aku : Aku kata, tu harta mak bapa dia. Kalau jatuh pada tangan dia entah-entah terjual kebun tu semua.
Kawan : Aku jadi marah, menyampah aku.
Aku : Kau ada berapa murid?
Kawan : Maksud kau?
Aku : Satu sekolah kau ada berapa orang?
Kawan : Ada seribu lebih. Kenapa?
Aku : Budak sekolah aku tiga ratus lebih. Berapa orang yang cakap kau begitu?
Kawan : Yang biadap dengan aku ada la dalam tiga, empat orang.
Aku : Kalau macam tu, tiada sebab kau nak berhenti, nak rasa tertekan sangat.
Kawan : Kau tak rasa.
Aku : Kau ada lebih seribu lagi budak yang mungkin menyenangkan kau. Buat apa peduli dengan budak yang menyakitkan hati begitu?
Kawan : Tapi aku marah sangat-sangat.
Aku : Percayalah. Marah itu akan hilang sendiri. Abaikan sahaja ayat dia tu.
Kawan : Geram!
Aku : Kalau benda kecil kau tak boleh sabar, apa lagi kau nak harap?

Aku pernah menulis tentang guru yang merasakan kerjaya ini sebagai membosankan, sangat rutin dan tidak mempunyai kehidupan lain selain sekolah. Ada juga guru yang tidak mahu melayan kerenah murid disebabkan rasa bosan. Tetapi kali ini, aku mahu kalian fikir dari segi pihak yang sentiasa kebal dengan undang-undang kerana setiap apa yang berlaku tidak akan dipertanggungjawabkan kepada mereka, iaitu pihak murid. 

Aku tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, cuma aku, sering mengingatkan diri aku. Kalau aku tidak cukup kuat, aku tidak boleh beraksi di atas pentas kehidupan sebagai seorang guru. Aku kena tabah dan menjalani kehidupan dengan penuh erti dan jangan pernah tunduk dengan sebarang tekanan. 

Apa pendapat kalian?

Nota Kaki :
InsyaALLAH, aku bakal bepergian selama 4 hari bermula esok. Aku tahu, tiada siapa yang akan merindui penulisan dari sini, cuma, aku harap kalian bakal doakan kesejahteraan aku. Itu sahaja.

Zara : Sudah membeli pakaian renang untuk kursus asas renang yang bakal bermula pada 8 hingga 11 Oktober 2010. Malangnya, aku tidak jumpa pakaian renang muslimah di kedai-kedai berhampiran dengan kawasan aku dan bandar terdekat. Alahai.

27 comments:

Khumaera Ismail said...

wow..sentapss tul bdk tu ckp gitu..hampeh sungguh..

fadh ^_^ said...

ish~
cubit je tepi mulut budak tu sampai terkopek.
huh!

Cikgu Mizi said...

sabar2.. dah nme pn pelajar, msih bdak kecik lg dan perlu di ajar cukup2... hihi..

Amira Amair The Poyos said...

besa la jd cikgu..murid2 mulut celupar..
Cobaan..

hang pi mana?

Hazzy Ishak said...

cilikan mulut dia...

INTANKUTERPILIH said...

jadi guru memang memerlukan kesabaran yang tinggi...

pelangi said...

kenapalah mak budak tu, memandang rendah akan kerjaya guru..kalau tidak kerana guru, dia tak akan dapat gaji berlambak gedebak tu..tapi gaji dan wamng bukan segala-galanya, bila-bila masa dia akan hangus..semua tu milik ALLAH..dia hanya sebagai waris untuk menjaga harta ALLAH tu..usahlah bersifat sombong..cikgu bersabarlah yer..budak tu kurang ajaran sivik dirumah kot...hihi

MuNsYi SaMa said...

Ikhlaskan hati. Pahala yg cikgu dapat sgt besar banding dgn org keje2 mkn gaji ni. Lama2 budak2 tu paham2 sendri bile diorg nk kena skor dlm subjek yg cikgu tu ajar. :)

HEMY said...

kalau murid sekolah menengah mmg terasa skit la kot..

tp wat de hel...gaji tk penah cukup...

kengge said...

cegu org yg plg hebat skali..tnpa cegu sape la kite kat dunia nie...

SitiMashitahSaidin said...

budak skrg da x da adab~

zam.enol.arep said...

sape budak tu? genius tak dpt dibendung. lempang kan sikit bagi normal.
'gaji mak abah lu bukan boleh daftarkan lu masuk syurga pun'

Dayana Nasir said...

kalau lah aku cakap macam tu waktu aku sekolah dulu, konfem gigi depan aku takde sampai sekarang..

Kalamhati said...

hmm betul tu..kerja guru ni bukan mudah dan perlukan kesabaran serta keikhlasan..sy pun bila geram rasa nak quit je jadi cikgu..

tapi selalu utk neutralize kan rasa tu, pandang wajah2 anak murid yg baik dan menyenangkan..hati tenang kembali..huhu

Adziim said...

Kalau takde yang berdekatan, kirim baju renang dekat kawan2 oversea tu...yang berjauhan.

Paan Ovrtd said...

No offense kak, but from what I've seen, fresh graduate teachers jugak la kebanyakkannya menyumbang kepada anak2 murid jadi besar kepala. Sikit2 merajuk. Tak buat kerja rumah, nak merajuk. I mean, wth la cikgu....

Tapi daripada sudut seorang pendidik pulak, memang x dapat nak nafi budak2 era sekarang brutalnya lain macam. Anak2 kelahiran 80'an mana reti nak ajak cikgu bergaduh, kecuali mempertahankan diri bila cikgu salah erti pelajar.

Seriously, I don't know what's going on with our society nowadays...I pray to God so that one day, if I had children, I can be a good role to be followed.

biussaraf said...

aku jadi ape aku jadi sekarang sbb ilmu2 yg pernah cikgu2 aku beri...
aku sgt hormat n sayang cikgu2 aku=)
sampai bile2..

p.s meh ake flyingkik budak2 cenggitu

ashie023 said...

budak2 jaman sekarang..tahan jelah..
dorang nak berlagak pong, duit mak bapak dorang...

manja x bertempat..kerek tul ah..hoho..emo jap..(xleh macam ni, cikgu kene tahan emo, xleh emo2..buat selamba je)

ashie023 said...

budak2 jaman sekarang..tahan jelah..
dorang nak berlagak pong, duit mak bapak dorang...

manja x bertempat..kerek tul ah..hoho..emo jap..(xleh macam ni, cikgu kene tahan emo, xleh emo2..buat selamba je)

faqhrule said...

CMH:
CMC minta posting di johor, bedebar tunggu keputusan hujung bulan depan

noor afzan said...

ku rasa gaji zara lagi besau dari gaji ku..

MSOM said...

Jangan layan budak2 macam tu. Aku cikgu juga. Kita jalankan kerja kita. Dia nak cakap apa, pekakkan telinga je. Kalau aku, aku panggil budak tu, dera dia pungut sampah dan basuh tandas sebab hina cikgu.

Anonymous said...

zaman sy skolah cikgu & student sama2 lazer.. kdg2 mulut cikgu lg melampau... & x krg mulut student pun.Apapun sebagai pelajar atau guru masing2 kena tahu adab bila berbicara. Tak kira dia sesapa pn.

takky said...

dah taw nk jadi cikgu...
kene r prepare fizikal n mental dorg...
mcm komen2 yg kawan kak zara tulis kat atas tadi...

"kalau gaji nk banyak...kerja pun kene la byk..."

so, jgn harap la dh dpt cuti free seminggu dua...
law jadi cikgu senang....
skola cuti, cikgu pun cuti...
senang nk plan bercuti dgn family...

hamzah ian said...

gua syg cikgu gua..

Juelina Stanie (AJ) said...

wah sentap sungguh dgr kata2 dr murid tuh
haih
sabo je la

Aziani Zolman said...

wah. itu budak manyak biadap. saya perlukan kekuatan untuk menghadapi murid2 khas!!!mampulah? ya. saya mampu.Insya-Allah.. hehe..
(^_^)v