Sunday, October 17, 2010

Lelaki Kulit Cantik Dan Moon - Luahan Perasaan Itu Membahagiakan Walaupun Menahan Kencing


Moon : Saya sukakan awak.
Lelaki kulit cantik : Bahkan saya terlebih dahulu sukakan awak.

Salam hujung minggu.
Ingat lagi tentang Moon yang mahu meluahkan perasaan dia kepada lelaki yang diminati? Semalam Moon telah berusaha sedaya upaya untuk menyatakan perasaan dia kepada lelaki itu. Berita yang aku terima lewat malam tadi membuatkan aku tidur nyenyak dan bahagia yang disalurkan kepada Moon membuatkan aku terjangkit sama.

Moon : Berjaya!
Aku : Alhamdulillah. Cerita pada aku.
Moon : Baik. Makan malam macam yang dijanjikan, 4 orang. Berdebar sampai aku bawa beg kertas. Kalau malu aku terus nak letak kepala aku dalam tu.
Aku : (ketawa) Gila kau! Lepas tu?
Moon : Dah habis makan semua, sepupu aku ajak adik lelaki tu teman pergi tandas. Budak tu pun ikut sahaja, macam bagi peluang.
Aku : (nada teruja) Cepatlah sikit cerita.
Moon : (ketawa) Kau tak menyabar.
Aku : Penting ni. Apa jadi lepas tu?
Moon : Camni...

http://fc01.deviantart.com/fs42/i/2009/066/a/8/Ghetto_Screen_Saver__Love_by_elliesuhh.png

Moon : Saya ada benda nak beritahu awak.
Lelaki kulit cantik : Saya pun. Boleh saya cakap dahulu?
Moon : Saya cakap dulu boleh?
Lelaki kulit cantik : Saya patut cakap dahulu.
Moon : Saya yang ajak keluar, saya cakap dulu.
Lelaki kulit cantik : Tak, saya takde masa. Saya cakap dulu.
Moon : Eh, kenapa?
Lelaki kulit cantik : Saya sukakan awak. Suka awak sejak kali pertama nampak awak.
Moon : Eh? (terdiam)
Lelaki kulit cantik : Saya minta diri. Sekejap lagi saya datang semula.
Moon : Kenapa?
Lelaki kulit cantik : Saya punya takut nak meluahkan sampai tahan buang air kecil. Maaf ya?
Moon : Awak...
Lelaki kulit cantik : (dah bangun) Kenapa?
Moon : Saya pun sukakan awak.
Lelaki kulit cantik : (senyum) Kita sambung lepas ini ya?

http://th05.deviantart.com/fs39/300W/f/2008/361/f/3/Love_win_by_Alephunky.jpg

Aku : (ketawa gila) Dahsyat!
Moon : (ketawa) Siapa sangka kan?
Aku : Memang gila. Lepas tu?
Moon : Balik dari tandas, kami berbual dengan gembira. Sekurang-kurangngnya semuanya dah jelas kan?
Aku : Tak payah kau memendam perasaan macam badak berendam.
Moon : (ketawa) Gila keji kau punya perumpamaan.
Aku : (ketawa) Aku gembira kau jumpa jalan bahagia.
Moon : Nanti aku beri alamat.
Aku : Buat apa?
Moon : Supaya kau boleh jumpa jalan bahagia kau pula.
Aku : (ketawa) Itu belum pasti di mana.
Moon : Mungkinkah kau tutup mata selama ini?
Aku : Mustahil Moon. 
Moon : Aku dah buktikan cinta itu bukan mustahil.
Aku : (ketawa) Keajaiban itu sentiasa ada.
Moon : Buktikan pada budak rambut lawa pula!
Aku : (ketawa) Itu lagi gila. Kawan aku lah tu.
Moon : Manalah tahu kan?
Aku : Itu lebih mustahil dari mustahil.

Nota Kaki :
Aku gembira untuk Moon. Moon yang tua tiga tahun daripada aku menemui titik permulaan untuk menyulam kegembiraan dan kebahagiaan yang selama ini hanya diperhatikan oleh dia. Tidak salah menyimpan perasaan dan aku gembira, Moon dan lelaki kulit cantik (apa kes beri nama begini Moon?), masing-masing punya keberanian semalam.

Zara : Hujung minggu yang dihabiskan dengan berlatih menjadi seorang yang lebih tegar dalam menulis dan membuat kerja rumah serentak. Entah sejak bila rancangan televisyen semakin membosankan apabila tiba hujung minggu. Sama macam surat khabar Ahad. 

16 comments:

namia cinta said...

bahagia ada di mana² cuma ada kalanya kita jer yang tak nampak...

semoga kawan zara tu akan bahagia hingga akhir hayat dan buat zara juga semoga bertemu dengan kebahagian yang di cari..

biussaraf said...

huhuu...suwitt!!..
*senyum sesorg bc entry ni
lala~

cik QasehThya said...

wahh..
bestnye cinta berbalas...

i'm happy 4 sis m0on t0o :)

Ryoki said...

tahniah to moon!!!

n hopefully zara jugak akan temui jalan bhgia.. tidak lagi sesat di merata-rata...

g0m0k9enDek said...

turut sama rasa bahagia~

Wanita Mutalib said...

tahniah moon :)

gud luk zara :p

Paan Ovrtd said...

Lelaki Kulit Cantik....hahaha!!!

Tahniah kepada Moon!

Azrul Hisham said...

Alhamdulillah...semoga Moon dan Lelaki Kulit Cantik berbahagia :)

shazriena said...

hepy for her to... hehe semoga berbahagia:)

mRa said...

sukenye entry ni.. hope jadi utk mra jugak. tapi alangkah mustahil lah si die nak suke mra. hehe.. congratz utk kwn akak n d lucky guy!

akak pn, goodluck! ^__^

chacha said...

salam, bertuahnya sahabat kamu.
salam nya bersambut. =)
semoga dia bahagia.
dan kamu juga. =)

mier@merr said...

cinta berbalas.......weewit!

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

wahh.. tahniah buat moon :)

♥-- emieysandra --♥ said...

so sweetttttt!
thniah kpd Moon
~_^

takky said...

1st date yg akan diingati sampai bile2...
toilet????
maybe they always smile when looking at it after tis...
hihiihii....

congratz 2 moon n lelaki kulit cantik...
hope kak zara akan temui jalan bahagia juga...

Rosliza Roslan said...

slm singgah