Saturday, October 16, 2010

Nak Tengok Sangat Along Mengamuk Kata Kau? Memang Nak Kena Budak Busuk Ni!


Dalam proses mengemas rumah.
Ada pula si budak nakal yang degil duduk di hadapan peti kaca bergambar yang boleh melalaikan.

Aku : Cepatlah pungut bantal ni.
Budak : Sekejaplah.
Aku : Cepat sikit.
Budak : Nak tengok televisyen.
Aku : (tutup televisyen)
Budak : Nak tengok! Kenapa padam?
Aku : Dah mata pandang telefon je.
Budak : Telinga boleh dengar.
Aku : Faham ke?
Budak : Bawah ada tulisan.
Aku : Kalau macam tu mata kena tengok kan?
Budak : Buka semula lah Along.
Aku : Tak mau!
Budak : Tak nak kemas.
Aku : Kau nak tengok Along mengamuk ke?
Budak : Boleh juga.
Aku : Memang nak kena budak ni.


Raya pertama tahun lepas.


Jamuan sekolah Bonda di Melaka.


Gambar terbaru - Raya pertama tahun ini.

Budak nakal ini sedang kejang perut digeletek oleh aku.
Padan muka dia.
Ketawa kejam.

Budak : Along, kata nak jalan-jalan.
Aku : Ayim malas kan? Kita duduk rumah sahaja.
Budak : Pergilah jom.
Aku : Siapkan kerja rumah dengan kerja sekolah.
Budak : (laju-laju kemas)

Zara : Ada dua lagi adik lelaki yang balik minggu ini. Gembira! Seorang yang kini belajar di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dan seorang lagi di MRSM Muar (padahal baru jumpa yang ini minggu lepas sewaktu kelas renang).

8 comments:

Anonymous said...

nak btya..
yg ddk di IPGKTI JB tu sape ye??sy pon sdg blaja d IPGKTI jge...ngeee...=)

LORD ZARA 札拉 said...

ANON :

(Lebih baik kalau kamu punya nama sebenarnya)

:)

Adik lelaki yang baru mendaftar bulan Julai lepas. :) Dia ambil course BM.

najihah sahami said...

woo...ramai adik lelaki sangat seronok untuk dibuli..kan sis??saya pon anak sulong...hoho..hari2 berperang ngan dorang..hak2..

Paan Ovrtd said...

Hahahaha!

I bet it's fun to be your lil' brothers!

aku dan hidupku.. said...

hehehehe.
bise la..bdk2. mmg nakal..

noor afzan said...

hai sis..
kalau upah jalan2 laju je dia siapkan keje umah kan..
hehe~

z said...

keluarga cikgu nih...ahah

~nailofar~ said...

ooh...maaf..pggil sja sya cik nailofar..=)..jka tdak kebertan..boleh dkethui namanya si adk yg sdg berilmu di IPTI itu?=)