Monday, October 04, 2010

Normal Perempuan Kata Sayang Kawan Perempuan. Pelikkah Kalau Lelaki Kata Sayang Kawan Lelaki?


Ketawa.
Itu persepsi sesetengah orang.
Tapi pada aku, tidak salah untuk menzahirkan rasa sayang pada sahabat tidak kira lelaki atau perempuan. Ungkapan, aku sayang kau mungkin kedengaran janggal bila lelaki ucapkan kepada lelaki, tetapi perempuan sudah terbiasa mungkin melafazkan demikian.


Aku terpotong ayat di atas yang diucapkan oleh seorang kawan perempuan pada aku.
Dan ada sedikit ayat di bawah yang aku terpotong. Ketawa.
Munsyi dan Hazami adalah dua orang kenalan maya aku.

Senyum.
Kedua-dua mereka adalah normal.
Itu mesti sengaja nak kantung surat elektronik aku penuh dengan pemberitahuan ada komentar baru daripada mereka. Aduhai, tapi ia hiburan petang yang menggamatkan. 
Ketawa.

HBD : Kau cemburu ya?
Aku : Kau gila?
HBD : (ketawa) Aku rasa benda itu normal, cuma orang kita jarang cakap.
Aku : Ada kau pernah cakap dengan orang lain?
HBD : Itukan gurauan. 
Aku : Tahu. Cuma kau pernah cakap dengan orang depan-depan?
HBD : Ada. Dengan Papa, dengan bapa mertua dan anak lelaki aku.
Aku : Selain itu?
HBD : Aku belum jumpa kawan yang sesuai untuk aku cakap depan-depan.
Aku : Segan?
HBD : Lelaki mungkin jenis kurang meluahkan dengan kata-kata, lebih banyak pada perbuatan.
Aku : Alasan. Eh, aku dua-dua pun ada.
HBD : Kau pun orang selalu keliru lelaki ke perempuan.(ketawa)
Aku : Ceh!

Dan bagaimana dengan kamu semua?
Adakah senang meluahkan pada teman rapat kamu?
Senyum.

Tapi kalau kawan lelaki cakap pada kawan perempuan atau sebaliknya,
bagaimana pula?
Senyum lagi.

Nota Kaki :
Hari ini sakit biasa datang menyerang lagi. Kurang daripada satu jam, empat biji pil penahan sakit sudah meluncur laju masuk ke dalam sistem badan aku.

Zara : Jamuan di sekolah berjalan lancar. Tak sia-sia merebus 150 biji ketupat segera malam dan pagi tadi sebagai sajian jamuan. Ketawa.

17 comments:

saudagar gaRAM.. said...

gua sayang lu..

...walau lu bukan lelaki,tapi tetap gua rasa pelik.kenapa ek?

Yong Sofea said...

kak zara, saya rasa mungkin sedikit pelik. tapi itu semua norma je. bagi saya lagi sweet adalah. :)

izulman said...

Kt luar negara, for western people, bestfrens lelaki dgn lelaki to some extent, die akan ckap mcm ni,

A: I love u man.
B: Me to

Kalau tgok drama bersiri org putih pun, mesti perasan ni.

This is culture, tp asians rase bende ni mcm ewww, so geli. tp the truth is, ade certain things yg lelaki hanya bleh share dgn kawan baik lelaki, esp probs with girls or life.

A guy has a gf, he also has a best friend. This cant be changed.

:)

Observation drpd sydney,
izulman

Najwa cik Qaseh said...

emm..
penah gak dgr..
tapi rase macam biase je.. :)

sastraboy said...

pernah buat. tapi stail gurau gurau lah.

dan lepas buat tu, kitorang ketawa. haha.

Encik Tikus said...

setuju sangat. harharhar

sazzy said...

sayang ngn cinta kn laen...we l0ve ur friend...sape x syg kwn2...cuma kdng2 tu ade 0rg xley trima 'l0ve u' sbb mst dgn perasannya die ingat kte 'cinta' kt die...huhuu

pnh jgk la ckp cm tu kt dak laki ble die ade tl0ng bt sesuatu...

aku : "thanks a l0t.l0ve u la cm nih.."
dat b0y : "weh...dgr gf aku mati la..."
aku : "?????"

(apakah???)

L said...

Damn!
U posted it here?!

OMG!
Okay2. Now I want to shout out loud, I love Munsyi, I love Izulman & I love U too okay? 9Since you're not really a girl tho)

LOL-ing!

izulman said...

hahahahaha Love triangle.

Mr. J pengeRindu said...

aku suka panggil sayang kat semua kawan wanitaku.. heheh..


*Dah cakap , UFO mmg wujud , cuba baca ini . Peperangan antara Manusia & UFO.

MuNsYi SaMa said...

sweet kot. :P

joegrimjow said...

skrg ni musim prnt scrn status fb ek?
hehe

beautiful_rose said...

tak salah kan...rasanya meluahkan itu lebih baik daripada perbuatan.sbb kadang2 perbuatan ni org x perasan sgt... =)

sayang kamu juga zara!

Paan Ovrtd said...

Saya, Pais dan Shahrul biasa lakukan ini. Harap maklum. Terima kasih. Tee hee.... (:

Cikgu Mizi said...

jarang ada laki ucapkan sayang pada laki.. kebiasaannya hanya akan ditonjolkan melalui perbuatan.. kalau ada pun, drama semata2.. kih3..

Kujie said...

perempuan dgn perempuan normal je tapi lelaki dgn lelaki mmg kaku

lelaki kedekut utk menghargai kawan sejenis, mcm takut terguguat...pesaing tu!

sbb tu kita boleh puji tudung, lipstik, baju kawan perempuan kita kalau lawa


tapi berani tak lelaki cakap mcm ni..."eh bro, tie u pakai semlm cantiklah, ngam dgn color baju."

Bro Framestone said...

bro selalu je jumpe laki2 dok cakap syg2 dgn kawan laki2 dorg

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House