Friday, October 15, 2010

Perlukah Meluahkan Perasaan Walaupun Tahu Akan Kecewa Dan Terluka? Hadapi Dan Terima Risiko?


Diam.
Acapkali, dalam menjalinkan hubungan dengan manusia lain, kadangkala kita memberi terlampau banyak sehingga membuatkan manusia lain meletakkan harapan dalam diam kepada kita. Kebaikan yang kita tunjukkan membuatkan ada hati yang terpaut dan menyulam rasa sendirian walaupun tahu, perasaan sebegitu perlulah dihindari kerana ia pasti memakan diri. 

Lumrah, manusia menyukai sesuatu yang baik dan kebaikan sentiasa menjadikan manusia lembut hati kepada sesiapa sahaja. Natijahnya, perasaan tetap dilayan walaupun sedar kesakitan itu akhirnya perlu ditanggung sendirian.

http://images1.fanpop.com/images/image_uploads/cute-pon-and-zi-pon-and-zi-azuzephre-cartoons-959087_238_480.jpg

Moon : Aku ada suka seseorang.
Aku : Eh, dah buka hati untuk bercinta semula?
Moon : Tapi, orang tu tak tahu aku suka dia.
Aku : Macam mana pula tu?
Moon : Kami sama-sama dalam satu pasukan kerja, dia baik, selalu tolong aku.
Aku : Jadi, kau jatuh hati dengan dia?
Moon : Aku rasa aku suka sangat-sangat dengan dia. Kadangkala aku pergi kerja pun sebab aku senang bekerja dengan dia.
Aku : Payah dah ni. Dia tahu ke?
Moon : Entahlah. Aku sendiri tak pasti.
Aku : Dia baik dengan kau sahaja?
Moon : Dia baik dengan semua orang, tapi entahlah, aku rasa sakit sangat tanggung benda ini seorang diri.
Aku : Luahkan.
Moon : Aku luahkan pada kau la ni.
Aku : Kau luahkan pada aku, mana jadi apa? Bukan aku orang yang kau suka.
Moon : Janganlah jadi homoseksual pula. Sudahlah orang selalu keliru dengan kau.
Aku : (ketawa) Sempat nak kenakan aku. Jadi, kau cakaplah dengan dia.
Moon : Aku takut.
Aku : Takut kenapa? Dia dah ada teman wanita? Dah kahwin?
Moon : Kahwin belum sebab rekod dia bujang. Tapi tak tahu ada teman wanita ke tidak.
Aku : Tanya pada sesiapa yang rapat dengan dia.
Moon : Dah. Dia macam tak minat perempuan.
Aku : Dia cenderung pada lelaki ke?
Moon : Bukan. Dia macam kerja sentiasa.
Aku : Dah macam perangai kau.
Moon : Ceh! Nak kenakan aku. Tapi apa kau fikir? Patut tak?
Aku : Terpulang, kalau itu boleh buat kau lega.
Moon : Kalau dia tolak aku macam mana?
Aku : Tak tahu lagi kan?
Moon : Tak sanggup aku.
Aku : Terpulang kalau kau nak pendam sahaja.
Moon : Tapi sakit...
Aku : Doa Moon. Solat istikharah.
Moon : Aku dah buat, berkali-kali. Hati aku berat nak meluahkan.
Aku : Kalau begitu, aku cuma mampu doakan yang terbaik untuk kau.
Moon : Doakan aku ya?
Aku : InsyaALLAH, sentiasa. Kalau dah luahkan, beritahu aku ya?
Moon : Pasti.
Aku : Menunggu perkembangan.

Love Me Pictures, Images and Photos
Untuk Moon, aku doakan yang terbaik buat kamu. Kalau dijanjikan lelaki itu adalah kekasih wanita lain, aku harap sangat kamu akan menerimanya dengan tabah. Telinga aku sedia mendengar dan bahu ini sentiasa tersedia kalau kau perlukan seseorang untuk kau lepaskan segala keperitan yang kau tanggung.

Nota Kaki :
Di sekolah pagi tadi, aku melepaskan segala kemarahan dengan mendenda secara ringan 3 orang murid. Acapkali muka yang sama tidak menyiapkan kerja sekolah yang aku berikan dengan alasan terlupa. Aku minta mereka berjalan ala zapin dan berdiri di satu kawasan serta menjerit, "Saya lupa nak siapkan kerja  perdagangan Cikgu Zahrah". Aku tidak suka untuk marah-marah dan harap denda ringan itu mampu memberikan pengajaran.

Zara : Rasa diri sangat tua apabila sudah punya bekas anak murid yang berumur 20 tahun dan telah terbang ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Ah, aku baru 23 tahun dan punya anak murid berumur 20 tahun. Jarak usia seperti aku dan adik aku yang kedua.

16 comments:

mRa said...

mra pn suke someone. tp mra xkenal dye. just da add fb~ neway..lame2 simpan prasaan, susah juga rasenye. hehe.. nak luah, memang tkut.coz takut xdilyan. dan memng xtau lah dy tu ad pilihan atau x.. so, senyap ajelah. secret admirer~

cik QasehThya said...

hhurrmm..
Qaseh penah rase mcm tu..
dah diluahkan..
tapi dia lagi sygkn org lain..
now just nk tgk dia bahagia je..

saya_arief said...

p'cintaan itu indah...kowt..
;p

cKyN WaN said...

hmm susah jugak kalau takut meluahkan.
yang penting kena berani. lepas tu kena set mind yang kuat untuk terima apa sahaja kemungkinan.

kata orang, bila melihat orang yang kita sayang bahagia, itu sudah memadai dan kadangkala semua itu betul.

menyintai tak semstinya memiliki

andai jodoh sudah terpatri, takde apa yang perlu dikhuatiri

eceh. panjang membebel. sekali aku bermadah jadik jugak ek haha

nazirafarahinomar said...

Kak zahrah, i pernah rasa perasaan tu. :p tapi simpan je. Haissh, x berani loh nak bg tahu.
Semoga moon berjaya! :)

Paan Ovrtd said...

Of course I'm going to tell the person I like about my feeling towards her.

Rahika Wahidah said...

perlukan keberanian yang tinggi tu nak luahkan tu..go go go

aYaz said...

manakah lebih sakit?
pendam, tanpa meluahkan,
atau meluahkan dan ditolak?
aduiihh...
sakit dua2 rasanya....kot?

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

sumi sama dlm situasi nih.. suka n dah luah.. jawapan yg diterima bukan yg dikehendaki.. huhu~ :( tapi lega sebab dah cakap apa yg dipendam tu..

s h a f i q h a s h i m _____ said...

tak try tak tau.
:)

Anonymous said...

huhu....sy pon ade perasaan yg sme
ske kt seseorg tp tkut nk gtau org tu...tkut ditolak...
n skang ni pon tgh brkwn baek ngan dy...kalo sy luahkn tkut persahabatan ini trjejas....
tp nk pendam mmg sakit.....hnye mampu berdoa....

xazryx said...

sakit gile klu cinta kite kene tolak .tu yg xmo luah tuh .HHEE . :)

izulman said...

Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

zharmin said...

Luahan itu perlu..tapi kena bersedia hadapi risiko. Setiap pekerjaan dan perkara ada risiko. Kalau tak ada risiko, tak akan sebab, dan kalau tak ada sebab, tak kan dijadikan kehidupan..eh, merapu sudah.

Kalau tak luahkan, macam mana orang tu nak tahu. Lain la kalau ada mesin masa depan, boleh pergi jenguk kejap ke masa depan untuk tgk akibat kalau luahkan kat lelaki tu..kalau ada mesin tu, aku nak order satu.

DaHLia said...

~sedang mempunyai masalah hampir sama dengan moon...

tapi lagi complicated kut sbb tatau status dia...huhu...skrg not in contact each other...last ctc dia ada meluahkan hint..then lama xctc pulak dah... skrg rasa nak ctc tapi taknak jual murah..tambah lak takut kalo si dia dah berpunya...uhuks...

ada jodoh, ada laaaa... :D
cheers je...enjoy life...

anyway, suka gambar kartun tu :D

dila said...

pernah meluahkan to some1...tp dirijek.hee.frust setaun~~

*pergi cari timba,salah ke ye?