Friday, October 22, 2010

Pernah Terluka , Pernah Kecewa Sebanyak Lima Belas Kali - Dia Tidak Boleh Lihat Aku Gembira?


Diam.
Senyum.
Aku mahu coretkan sebuah kisah duka. Kisah duka seorang kawan yang aku pinjamkan telinga (walaupun hakikatnya telinga aku berat selepas mendengar bebelan Bonda akibat aku pulang lewat daripada mesyuarat dan pergi ke kedai mencari keperluan).

Kawan : Susah sangat ke nak bahagia?
Aku : Entah. Senang agaknya.
Kawan : Bekas teman lelaki aku datang lagi.
Aku : Untuk apa?
Kawan : Dia kata masih sayang.
Aku : Dah berapa kali putus?
Kawan : Lima belas kali.
Aku : Dan telah bertahan berapa lama?
Kawan : Tujuh tahun.
Aku : Agaknya bila nak berhenti putus dan sambung kembali?
Kawan : Manalah aku tahu. Aku dah penat.
Aku : Dah penat jangan sambung lagi.
Kawan : Kenapa dia tak boleh lihat aku gembira?
Aku : Kau gembira lepas putus dengan dia?
Kawan : Entah. Aku cinta dia juga.
Aku : Habis tu, apa masalahnya?
Kawan : Hari tu dia ada perempuan lain.
Aku : Yang sebelum-sebelum ini?
Kawan : Ada yang aku suka lelaki lain, ada yang orang dengki, macam-macam lagi.
Aku : Alahai, sama-sama naik rupanya.
Kawan : Tak tahan dengan benda begini. Gaduh sahaja.
Aku : Kahwin sahaja. Mudah.
Kawan : Apa kau ingat senang? Asyik berpisah masa bercinta tak mengapa, ini kalau dah kahwin, takut sehari kahwin dah kena cerai.
Aku : Janganlah doa begitu.
Kawan : Aku tak jumpa lagi erti bahagia.
Aku : Kau buka kamus mesti jumpa.
Kawan : (ketawa) Ada sahaja nak buat lawak.
Aku : Yang mendengar ni rasa ketegangan melampau dari pihak sana.
Kawan : Kenapa kau boleh kuat?
Aku : Tak kuat mana pun, cuma aku belajar yang aku bukan untuk sesiapa.
Kawan : Jangan kata begitu.
Aku : (ketawa) Ini bukan masanya untuk cakap pasal aku.
Kawan : Habis tu macam mana?
Aku : Kau tentukan hidup kau. Cuma pastikan ini kali terakhir.
Kawan : Kalau ada lagi?
Aku : Biar aku ketuk kepala kamu berdua.

http://fc09.deviantart.com/fs17/f/2007/195/5/c/balloons_2__by_gravity_of_love.jpg

Aku manusia beku.
Semua orang pun tahu.
Tetapi disebalik bekunya aku, pernah juga melalui satu proses percintaan dahulu. Ya, dahulu. Sudah menjadi kisah silam yang tidak perlu dirungkaikan lagi. Melalui itu juga, aku belajar untuk lebih menghargai diri aku hari ini, tentang siapa sebenarnya aku disebalik semua wajah dan senyuman pilu yang kadangkala terukir apabila melihatkan manusia lain berpacaran di sekeliling aku.

Tapi jujurnya itu dahulu.
Kini kalau melihat itu semua, bahkan aku sudah mulai ketawa.
Kegembiraan manusia disekeliling aku adalah kekuatan aku menjalani kehidupan yang ceria.
Tiada istilah cemburu kerana aku tahu, kegembiraan yang aku perlukan adalah dengan menjadi diri sendiri.

Dan, tidak salah mencari kebahagiaan sendiri.
Kasih sayang di dunia ini luas.
Mungkin belum tiba saat aku, mungkin belum tiba saat-saat kawan aku.
Tapi, mana tahu ianya giliran kamu?

Nota Kaki :
Cerpen untuk pertandingan yang bakal disiarkan malam esok (barangkali) sudah dihantar. Dalam itu aku abadikan sesuatu yang aku sendiri tidak begitu pasti tetapi yang aku tahu, menulis itu datang dari hati walaupun aku sendiri kosong tanpa isi. 

Zara : Sudah meninjau sesuatu petang tadi usai mesyuarat. Ada yang sudah menarik perhatian dan mata aku. Alahai, walaupun not-not kertas berharga bakal melayang, insyaALLAH, aku harapkan hasilnya bakal memuaskan diri dan bikin aku bahagia.

20 comments:

aTiKa aTeRkaH said...

wondering how hard ur love story.
coz u seem so cool bout it dear.

p/s:kita senyum sama sama dunia.

~mAsItAh fUaAd~ said...

aku bangga dengan kamu..kamu mempunyai hati yang kuat...

karya kamu membuatkan aku sedar tentang perihal diriku yang agak serupa dengan kamu..cuma aku tidak pandai bermadah mengucapkan kata2 indah..

aku akan mendoakan kamu..semoga mendapat bertemu jodoh..hehe...

goJiRa said...

nape gambar tu?

noor afzan said...

adoi..
2 2 pun sama,
ini baru kena dengan ..
'buat baik, dapat baik'

g0m0k9enDek said...

write ur love story lah plak.. amacam? bran? hehehe

LORD ZARA 札拉 said...

g0m0k9enDek:

I wrote mine previously. U might want to dig in, it's in this blog and my English blog.

:)

Nasz said...

Ah aku cemburu padamu kerana punya hati yang kuat. Sungguh. Aku cemburu.

IRAH HAJERAH AZMAN said...

heh dilema kawan ko tuh rasanya die sayang sebab dah lama kapel. rasa cinta tu mungkin ada mungkin tidak. cuma bila pkey balik modal berchenta tu rasa macam rugi nak biarkan berlalu macam tu jer. Sebab tu aku takut nak cuba berchenta lg. takut terlalu mengharap, lepas tu kata nanti terluka.

aku suka cara kawan aku, kalau si pasangan bg msg jiwang, cuma senyum dan tak akan di balas sebab takut nanti terlalu mengharap..
kalau balas juga selepas 5 jam dengan soalan yang tiada kaitan dengan perkataan jiwang.

hati masing-masing tahu, dua-dua percaya, tp untuk ikat dengan ikatan palsu dgn istilah facebook inrelationship itu sangat menakutkan.

ok. kan aku dah buat entry sendiri kat belog org lain!aaaaa >.<

Jelly Beku said...

jelly penah kecewe sampai 4 kali jer...x tau ar kalau dh sampai 5 kali....baik jadi single forever hehehe

suffer8zine said...

pehhh

karatz said...

15 kali?hehe
kawen je la..

Paan Ovrtd said...

You're not a cold person, kak. You're gentle. When I said gentle, I really mean it. Even for a guy like me that's something to be envy about, because x semua lelaki mampu jadi gentle seperti dalam perkataan 'gentlemen'. You're a woman, for God's sake. The very first time saya dengar suara akak kat phone, I knew it straight away "this girl had so much stories within her" and that what makes you interesting untuk didekati.

RMA said...

puisi ke tue?

mier@merr said...

aku tak sakit putus cinta dulu.sebab aku letakkan limit.sakitnya ada..tapi sikit je...sbb aku cuma syg.dia je yg cinta.

tapi yg skng ni aku takut...
aku takut dgn sbrg kemungkinan tak best..
aku melepasi limit yg aku tetapkan.
aku cinta sepenuh hati.
aku takut aku tak kuat

alhamdulillah
aku tak penah gaduh besar2an
aku tak penah putus.da hampir 2 tahun hub kami.

~ada juga yg wat entri kt ruangan komen ni kang..hihi

mier@merr said...

aku tak sakit putus cinta dulu.sebab aku letakkan limit.sakitnya ada..tapi sikit je...sbb aku cuma syg.dia je yg cinta.

tapi yg skng ni aku takut...
aku takut dgn sbrg kemungkinan tak best..
aku melepasi limit yg aku tetapkan.
aku cinta sepenuh hati.
aku takut aku tak kuat

alhamdulillah
aku tak penah gaduh besar2an
aku tak penah putus.da hampir 2 tahun hub kami.

~ada juga yg wat entri kt ruangan komen ni kang..hihi

Anem arnamee said...

Salam zara. kuat3.kamu memang hebat:)

Linglung said...

15 kali? gila..

gua pernah 23 kali dalam 8 tahun..itu baru tak gila..:p

Hazzy Ishak said...

pasti ada jejaka yang menunggu zara

Rizha. said...

my experience, 4 years berkawan then putus tanpa sebarang kata2.
maybe I'm still young tp sy punya perasaan jugak.
Dia bersama gadis lain dan pada masa yang sama biarkan saya bergantung tak bertali.
Minggu yang lepas keluar dengan saya mengucap kata-kata sayang, minggu depan sudah bersama perempuan lain, diam seribu bahasa dengan saya.
Paling penyayang berubah menjadi paling kejam.

Saya nak kuat macam awak. Any tips ?

PinQib said...

aku x nak kutuk sapa sape side..

Check out on these:!

Latest entry di:
Teknik Seks: Ikat dan raba!
Header guna adobe. Pinky!