Sunday, October 31, 2010

Seringkali Kanak-Kanak Lebih Jujur Berbanding Orang Dewasa Dalam Menyatakan Apa Yang Mereka Mahu


Salam.
Kadangkala, ada orang yang tidak mengetahui apa yang dia mahukan dalam hidup ini. Membiarkan segala-galanya berjalan dalam satu aliran tanpa mahu memikirkan di mana dia akan berhenti. Apakah akan menerima kebaikan atau keburukan, dia sendiri tidak peduli. Yang dia tahu, dia hidup dan buat apa yang sepatutnya. Terima sahaja tanpa mahu memberikan apa-apa.

Masalah juga begitu sebenarnya.
Manusia tidaklah sebegitu kompleks sehingga apa yang dia mahukan tidak tertakrif dalam bentuk sepotong ayat sekalipun. Bahkan jujurnya aku rasa, kanak-kanak lebih jelas nilai hala tujunya berbanding manusia dewasa. Kanak-kanak lebih tahu yang dia memerlukan sesuatu berbanding dengan orang dewasa yang sering mengelak menyatakan apa yang mereka mahu.

Situasi :
Budak berumur 6 tahun yang bermain basikal dengan rakan-rakan di taman permainan. Setiap orang ditemani oleh ibu atau bapa yang duduk di hujung taman sambil memerhatikan anak masing-masing. Bila ada penjaja makanan ringan, kanak-kanak lain berlari ke arah ibubapa masing-masing, tetapi kanak-kanak itu masih bermain.

Aku : Kenapa adik tak pergi sana?
Budak : Mama takde kat sana.
Aku : Oh, Mama kerja?
Budak : Mama dah mati, Papa kerja.
Aku : Oh, maaf, kakak tak tahu.
Budak : (senyum) Takpe.
Aku : Kakak belikan apa-apa yang adik nak di sana, jom.
Budak : Kalau ada jual Mama, saya nak beli. Ada tak kak?
Aku : (terperanjat) Kenapa?
Budak : Sebab saya nak tu je.

Jujur dia menyatakan isi hati dia yang hanya mahukan ibu yang mengandungkan dia. Ibu yang membesarkan dia. Kanak-kanak selalunya memang begitu telus dalam mempersembahkan kemahuan diri dan hati masing-masing. Tanpa segan silu, tanpa memikirkan apa yang dimahukan itu mungkin sesuatu yang sensitif dan sebagainya. Mereka hanya meluahkan.

http://www.mcubedphotography.com/blog/wp-content/uploads/2009/11/SJW_8189-21.jpg

Berbanding orang dewasa yang lebih senang berselindung di sebalik kata-kata, sentiasa memikirkan betapa banyak benda negatif walaupun sepatutnya ianya dilihat daripada sudut positif juga.

http://the20somethingsociety.com/wp-content/uploads/2010/05/hipstaipod.jpg

Adakah dengan menjadi dewasa sesetengah daripada kita menjadi penakut dengan diri sendiri? Mungkin juga sebenarnya begitu. Kita memikirkan terlampau banyak sebab dan akibat sesuatu perkara hingga acapkali kita membiarkan keinginan itu berlalu begitu sahaja dengan niat, biarlah, ia akan terlerai bila tiba saatnya.

Kawan : Kau rasa aku patut buat begini?
Aku : Kalau kau fikir kau betul.
Kawan : Payah juga sebenarnya bila fikirkan baik buruknya.
Aku : Semua benda ada nilai baik dan buruknya.
Kawan : Macam lebih banyak buruk.
Aku : Kalau tengok dari sudut baik, aku rasa lebih banyak baiknya.
Kawan : Aku takut tak tertanggung akibatnya.
Aku : Benda ni mudah, janganlah kau susahkan diri pula.
Kawan : Macam mana agaknya ni?
Aku : Setakat nak beli Milo, boleh tak kau jangan melalut bagai?
Kawan : Tapi, kena fikir juga.
Aku : Suka hati kau.

Sebungkus Milo pun susah nak buat keputusan?
Pitam.
Belum lagi soal kerja, jodoh dan sebagainya.
Menerima buruk baik sesuatu keadaan itu adalah sangat perlu. Ya, aku sakit dan aku perlu teruskan perjuangan aku. Baiknya kepada diri sendiri dan harapan yang digalaskan ke atas aku. Buruknya, pasti kesihatan aku semakin terjejas walaupun ubat diambil dalam kadaran yang ditetapkan. Itu sebagai contoh.

Nota Kaki :
Arahan terbaru, aku mungkin perlu bertugas empat hari lagi di Johor Bahru. Badan aku sebenarnya kurang enak sejak tiga hari lepas, tetapi Alhamdulillah, aku berjaya harunginya juga. Perubahan cuaca yang mendadak serta sejuk akibat hujan mungkin membuatkan aku begini. 

Zara : Melihat senyuman Abah dan Mak membuatkan aku sangat gembira. Alhamdulillah, aku masih punya sokongan mereka walaupun aku mungkin bukan puteri sulung yang terbaik. Sering bertugas di luar membuatkan mereka kurang senang, tetapi disebabkan bidang kerja aku, mereka memberikan keizinan dan restu.

16 comments:

Nana said...

betul. kanak-kanak lebih free bgtw apa yg dorg nak, apa yg dorg fikir. org dewasa byk sgt fikir. sampai kadang2, serabot kepala otak. :)

sbb tu best jadi budak2. haha

Zala Wajik said...

Terlalu berkias dalam kemahuan seringkali membuat diri kita berasa kebelakang. :)

Jadi kepada semua orang yang baca, cakap sahaja apa yang korang nak ! Tapi janganlah yang melampau-lampau pula. haha

SDS said...

sememangnya kanak-kanak lebih telus dalam memberikan pendapat mereka kerana mereka belum lagi mengenal erti kehidupan yang sebenar...

Hazrey said...

4th !!!! yehhhh

syaftome said...

kids...
a life that doesn't last...

meningkat dewasa...dimamah usia...
kita t'lalu memikir negatif tnpa usul periksa...
menenggelamkan sifat positif...
yg sedia ada...
tersimpan jauh didalam pemikiran kita...
yg punya kemampuan untuk ceria sentiasa....

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

sedihnya kalau saya berada di posisi budak kecik tu....moga dia tabah selamanya...

Hizami Rahim said...

haha.
zami pun susah nak buat keputusan lagi2 bab nak beli barang.
terlalu memilih.
wuuu...
XD

diba said...

sgt stju...dgn tjuk ntry ini..he

ARC™ said...

of course kanak2 jujur sbb xbape reti menipu lg...haha egocentrism menyatakan yang kanak2 belum ada keupayaan utk melihat sesuatu dari perspektif orang lain jadi cmne nak menipu

DiNa-DiaNa said...

sebab banyak fikir perkara negative r..dina nak start keje 1nov ne jadi kalut sgt-sgt..

benar..org dewasa byk fikirkan hal negative dan terlalu berfikir panjang berbanding kanak-kanak boleh buat ape yg die nak..

*sgt2 risau dgn kemampuan diri..

takky said...

bile dah dewase...
kita jadi takut untuk meminta sesuatu yang kita pasti ianya x kan dapat...
kanak2 mmg beruntung...
kerana mereka jujur dan ikhlas bile berkate2....

btw kak zara, saya dh letak cerita ttg camping saye dlm blog...
harap kak sudi bace nty ye....

izzad b* said...

zaman dulu hanya hilam putih, nmun berubah apabila dewasa, bru kenal warna sebenar2 :)

░♥si lampu neon♥░ said...

kalau aku, aku suke bertindak secara melulu tanpa berpikir panjang wooo

piNky LuCiA said...

aku tak suka buat keputusan. sebab aku tak suka tahu penyudahnya. tapi terpaksa.

whitelilies island said...

kecian la kat budak tu. sebak lak rs bila dia ckp camtu :(

cnad said...

betol3..budak2 jujur.. luah kn ape sje tanpa pk pjg..tp budak2 tak ade yang fikir negatif..
ape yg saye dpt blajar dr budak2,
kite perlu tahu ape yg kite perlukan.
and go for it!
baik dan buruk mesti la kite tanggung sendri..kite semua kn da besar, itu menolong kite untuk menjadi lebih matang. betol tak kak zara?? :)