Wednesday, October 13, 2010

Tolong Jangan Hipokrit Dengan Aku Boleh? Aku Rasa Geli Hati Dan Mual Yang Amat Sangat.


Salam.
Aku manusia yang penuh dengan cerita walaupun aku manusia beku yang acapkali tiada tempat di dalam dunia. Cubaan aku menerobos jauh ke dalam diri sendiri berhadapan dengan ujikaji tanpa henti. Ketawa senang hati aku bila segalanya berjalan dengan penuh ceria dan disulami pelbagai cerita. Cuma satu, dalam perjalanan tanpa noktah itu, manusia hipokrit selalu muncul di sisi.













Manusia selalunya mempunyai 3 nama.
Nama yang diwarisi.
Nama yang diberi.
Nama yang dibina sendiri.

Jujurnya dahulu, aku bukanlah dipanggil dengan nama ZARA. Zara ini aku bina dengan nama terakhir aku, Zahrah disebabkan pernah dahulu seseorang menyatakan betapa lembut panggilan itu dan kebetulan, nama itu tidak pernah digunakan oleh sesiapa untuk memanggil aku, maka dia gunakan nama itu. Oh, hanya UTM sahaja yang menulis nama aku Zahrah di kad pelajar. Ketawa.

Kebanyakan orang yang mengenali aku dengan nama Zara adalah orang yang membaca blog aku ataupun mengenali aku, usai aku tamat belajar di universiti. Maksudnya, aku sudah melangkah ke alam pekerjaan, orang mula memanggila ku begitu. Cuma kebelakangan ini, ada manusia-manusia yang dulunya langsung tidak pernah bertegur sapa dengan aku, mula memanggil aku begitu (padahal siap paling wajah lagi kalau bertemu aku).

Contoh 1 : Hello Kak Zara!
Aku : Ya, kenapa?
Contoh 1 : Kak Zara mengajar mana sekarang? 
Aku : Di kawasan Muar-Ledang.
Contoh 1 : Kak Zara tahu tak kita dulu sama sekolah? Cuma saya muda setahun dari Kak Zara.
Aku : Tahu. Awak kawan pada kawan saya.
Contoh 1 : Dulu tak pernah tegur Kak Zara, maaflah ya?
Aku : Memang pun, walaupun awak sama pasukan seragam dengan saya.
Contoh 1 : Dulu saya budak-budak lagi kot?
Aku : Itu bukan sepatutnya menghalang awak dari senyum kan?

dan banyak lagi sebenarnya. Cuma aku, suka untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh kawan aku yang sudah mengenali aku berbelas tahun.

Kawan : Zara? Siapa panggil kau macam tu?
Aku : Kenapa?
Kawan : Sekali aku kenal kau sebagai Sharif, sampai mati pun nama kau tetap Sharif pada aku.
Aku : Cis!
Kawan : (ketawa) Sebab itu yang buat kau unik, ada satu sahaja perempuan nama Sharif.
Aku : (ketawa) Panggil aku dengan nama perempuan lah.
Kawan : (ketawa) Kau tetap perempuan walaupun nama kau Sharif.
Aku : (ketawa)

Bukan satu hal sebenarnya, cuma ia agak menganggu apabila orang yang selama ini kita kenali dengan watak yang begitu, tiba-tiba menukar memanggil dengan nama lain apabila dia menambah di Mukabuku dan sebagainya. Bak kata HBD, "sekali nama kau Shafaza, sampai bila-bila pun kau tetap kawan aku yang nama Shafaza".

Hekk!

Nota Kaki :
Urusan pekerjaan sekolah sudah selesai. Tekun menyelesaikannya sehingga berjaya. Peringatan buat diri sendiri, kalau bertangguh memang tak langsai kesudah. Ini pun ada beberapa perkara peribadi yang masih tertunggak. Alahai.

Zara : Tadi, buat kali pertama, aku ke kedai menjual logam yang tidak reaktif tetapi tinggi nilainya. Ada sesuatu yang ditukarganti dan aku mendapat sesuatu dengan tangan menggigil. Ah, kalau nanti punya bakal suami, dia tidak akan ku minta logam yang tidak reaktif itu. 

18 comments:

izulman said...

Semua pakai nama tipu rupenyer, tertipu!!! >.<

Izulman jugak nama betul asli dan exclusive hehe~

Nama tipu David Archuleta LOL

cKyN WaN said...

hai zara~
ehehe ape2 pon sy nak panggil ngan nama cekguzara sebab i like `zara`

Paan Ovrtd said...

Naaah...I'll stick to Kak Zara. More nice liao. LOL

"sharif"???? I LOOOOLLLL'DDDDD!!!

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

sumi pulak dulu2 org panggil sue.. start dah blogging nih suma pakat panggil sumi.. haha.. kuat jugak blogging punya tarikan eyh?

ima said...

kita serupa.
dulu sy pun xsuka name zahra di belakng. tapi skrg mula menerima. sbb nama zahra tue cm permpn ayu sgt kn? hahaha.

Raybond said...

owh.. bnyak nama upernya... tpi suka sharif 2.. hehe..
anyway 'cikgu zara' mmg best.. :)

fQ said...

u r so rite zara..or shud I appointed u as "akak"..haha.
sorry to sat that I hate my juniors..hate is a strong word, let it be.
Hipopotamus..oh bukan. Hipokrit.
mase skolah dulu, aku ni la yg buruk..barua, kutok sedap.
pas da bis skola nak pura2 baik siap cium tangan bagai..
owh, topeng!

*emo..kah3

Amira Amair The Poyos said...

Orang tetap panggil aku dengan nama WAN..
hahahhaha..

Hizami Rahim said...

haha.
nak panggil apa ek ?
XD

chekgu Moe said...

biar apa pun nama kamu zara, kamu tetap si kuak lentang yang kaklisa sayang...hehehe..=)

~aida~ said...

first time dengar perempuan dipanggil sharif.haha
bdw,zara is nice name.

zam.enol.arep said...

ak panggil kau fatimah. mak ak panggil saripah. org laen ak xtau. hahahahahahahaa

Sidratul Muntaha said...

Assalamualaikum.

Kak Zara.
Cikgu Zara.
Zara

Antara 3 nama di atas.Sy memilih untuk memanggil akak 'Kak Zara'

Can I? :)

MuNsYi SaMa said...

kalau panggil huruf je leh? :P

Wanita Mutalib said...

nama akak wanita

dan orang tetap panggil wanita

i loike..

:)

akak boleh panggil kamoo zara kan :)

.sDanial. said...

sha kenal kakak dari blog and twitter also LCA... so kenal kakak sebagai zara... sampai bila2 pun sha kenal kakak sebagai kakak zara la.. heee.. :D

F A R Y N said...

aku panggil ko makcik kerepek!
amacam?

Aziani Zolman said...

saya tetap panggil 'kak sharipah'...sebab dah biasa dari skola rendah..'eh2..tu rumah kak sharipah..anak cikgu syed..ooo..dah jadi cikgu ghupenye skarang ni'
(^_^)v