Saturday, November 13, 2010

Awak Janganlah Terlampau Mengikut Hati. Saya Tak Sanggup Tengok Awak Sakit Sendiri Lagi.


Awak.
Saya tengok awak dah macam mayat hidup. Beza awak dengan cerita arahan Mamat Khalid yang penuh dengan satira nasional itu adalah awak mungkin masih penuh dengan lukisan di wajah. Mungkinkanlah.

Awak.
Awak kata awak dah boleh lupakan dia, tapi setiap hari awak tulis macam-macam pasal dia. Betapa awak mengharap si dia kembali ke sisi awak. Saya tidak kisah, tapi melihatkan awak kawan saya yang merayu sedemikian rupa, terdetik sesuatu dalam hati saya. Adakah cinta membuatkan manusia hilang rasa malu juga?

http://farm4.static.flickr.com/3488/3821990658_3493d816e0_z.jpg
[Gambar : Lebih kurang begini awak pada pandangan mata saya]

Status.
Status dan segala penulisan awak tentang si dia membuatkan ramai yang melemparkan kata-kata kononnya awak sudah bagai melukut di tepi gantang. Saya hanya mampu memandang. Awak yang memulakannya, awak terpaksa terima.

#Status 01 : Tadi main telefon, ternampak nombor dia. Rasa nak telefon.

#Status 02 : Hantar SMS tapi dia tak balas. Dia sibuk agaknya. Ke dia dah lupa aku?

#Status 03 : Penat tunggu dia balas. Dah berapa jam ni? Rasa geram. Nak tidurlah!

#Status 04 : Yeah! Dia balas. Walaupun satu huruf sahaja - "K" sebab tanya dia sihat ke tak.

#Status 05 : Nak peluk hadiah yang dia bagi sebelum berpisah. (Tiba-tiba rasa nak menangis)

Itu antara status yang awak tulis. Macam saya kata, saya hanya akan dapat membacanya dan berharap agar awak pulih dengan cepat.

Tetap kata diri masih kepunyaan dia.
Jujurnya, orang yang berkeyakinan diri yang tinggi sahaja boleh melakukan sebegini walaupun hakikatnya bagaikan menggantung diri. Secara terang-terangan dia bukan milik awak lagi tapi awak masih berlagak kononnya semuanya terkawal.

#Status Bekas Kekasih : Hari ini nak keluar dengan (nama kekasih baru)

#Status Awak : Rindukan dia sangat-sangat.

Sekejap lagi, telefon saya berbunyi. Awak di hujung talian dengan suara yang jujurnya sedang menahan sebak.

Aku : Kenapa kau?
Dia : Takde apa-apa.
Aku : Cukuplah.
Dia : Apa benda?
Aku : Kau pun tahu hakikatnya.
Dia : Eh, dia cintakan aku lagi.
Aku : Dah ada kekasih baru tu.
Dia : Dia milik aku selamanya.
Aku : Buka mata kau, jangan bermimpi lagi.
Dia : Tak, dia memang milik aku.
Aku : Kau je yang rasa macam tu. Kisah kau dan dia dah lama berakhir.
Dia : Tak, kami masih pasangan kekasih.
Aku : Cukuplah kau cederakan hati kau sendiri.
Dia : Kau tak faham! Dia milik aku. Aku masih milik dia.
Aku : Kau nak tunggu sampai bila? Sampai dia kahwin?
Dia : Sampai dia datang balik pada aku.
Aku : Kalau dia datang balik sebab terpaksa?
Dia : Aku tak kira.

http://farm3.static.flickr.com/2597/4124563591_724365f6ca.jpg
[Gambar : Adakah kau fikir aku boleh lindung kau setiap kali kau ada masalah?]

Dia datang balik.
Awak gembira.
Macam nak pecah sistem kepala dengan jeritan dan laungan kegembiraan awak. Saya memandang dari tepi. Apakah itu yang benar-benar awak mahukan? Dia kembali pada awak tapi dalam masa yang sama dia punya juga kekasih lain?

Dia : Kan aku dah kata dia akan datang balik pada aku.
Aku : Lepas kau merayu gila-gila.
Dia : Tak kisahlah, dia dah jadi milik aku semula.
Aku : Dia ada kekasih baru.
Dia : Aku tak kisah, asalkan dia jawab telefon aku semula, balas SMS aku, cakap dia cintakan aku.
Aku : Benda tu semua aku pun boleh buat.
Dia : (ketawa) Lainlah.
Aku : Kau sedang khayal ni. Realitinya manusia nak hidup bermadu pun payah, ni bercinta begini?
Dia : (ketawa) Kau jangan risau. Dia tetap akan pilih aku juga.
Aku : Ikut suka kau.
Dia : Kau akan doakan aku?
Aku : Sentiasa untuk kau bahagia, cuma kalau kau nak sangat pilih jalan ni, aku tak boleh kata apa.
Dia : Percayalah, aku akan bahagia.
Aku : Moga-moga.
Dia : Zara, dia lambat balas SMS aku. Kenapa agaknya?
Aku : Kau nak dengar pendapat positif ke negatif?
Dia : Biar aku jawab sendiri. Dia sibuk kot?
Aku : Ya ke?
Dia : Dah lama tak SMS, dia tak boleh biasakan diri kot?
Aku : Terpulanglah pada kau.

http://25.media.tumblr.com/tumblr_l7i3yorCB71qbplkbo1_500.jpg
[Gambar : Awak, dengar apa yang saya cakap?]

Saya cuma nak awak bahagia.
Sebab awak kawan saya.
Itu sahaja.

Kalau awak perlukan bahu untuk menangis, boleh pinjam bahu saya.
Kalau tak cukup, nak pinjam dada pun boleh.
Betul.

Nota Kaki :
1. Baru selesai menyiapkan beg cenderamata untuk surau kampung sempena Korban.
2. Bakal memandu ke Melaka untuk jamuan sekolah Emak tengah hari ini.
3. Selsema pula, alahai.
4. Tertidur lagi malam tadi lepas berbual dengan kembar, maaf.

Zara : Semalam aku dah jumpa dengan seorang penulis blog. Lebih dua tahun kenal baik dengan adik itu, alhamdulillah, dapat juga berjumpa walaupun pelbagai rintangan dihadapi (tersesat sebab aku salah baca peta dan papan tanda).

23 comments:

twinkle twinkle said...

jgn la hilang haluan kerana cintaa

Anem arnamee said...

Sukarnya nak menerima sesuatu yang hakikat bukan kita milik kita lagi. Untuk dia, redha babe !:)

The Poyo Me said...

aku selalu komen macam ni...tp serious, aku ada kawan macam kawan kau. bezanya ialah lelaki ni tak kenal pun dia. setakat jumpa sekali gitulah. tapi status dan dedication kepada dia, puh...penuh wall. orang lain suka sebab tulisannya indah tapi kami yang tahu ceritanya sudah mula menggigil sendiri.

kami benar2 risau pada dia. sebab selepas kami beritahu dia yang lelaki ni dah macam ada orang lain, dia masih lagi berharap.

sedang lelaki tu tak kenal namanya.

dah hampir sebulan angau. kami cuma dapat menggeleng kepala.tapi bagi aku, aku sokong je lah. mana tahu, mungkin tu jodoh dia.

*puh kalau dia baca ayat last ni..mau melompat blogger tersebut! ahahahaha

Dean winchester II said...

jangan perbodohkan diri kerana cinta. gadai maruah kerana cinta. kerana terang2 tak dapat apa pun. ego kan diri. cinta ibarat burung, jangan di kurung, jikalau ia pergi, biarkan ia pergi. jikalau ia datang kembali maka ada rasa cinta buat dirimu

SyerAgh said...

cinta akan membuatkan manusia hilang malu.. itu aku akui

miss asnida hani said...

kesian die.. semoge die dipertemukan dengan jodoh yg betul2 deserve cinta die tu..

Si Gadis Semasa said...

pernah terjebak dalam situasi macam nie . serious perit .

life must go on .

Iklil Iman said...

Sakit sebenarnya. Terlampau sakit. Sepatutnya walk away, sebab kalau still dalam relationship tu, she'll suffer more and more. Carilah Tuhan. Dia perlu Tuhan. Dia harus ingat Tuhan.

ERNIEY ZAINAL said...

memang sakit..memang sukar nak terima hakikat yang dia takkan jadi kawan aku lagi..walaupun suatu tika dulu kita penah rapat.... oooooOOoo...lelaki, perempuan xde istilah kawan karib......

hans said...

haih
xfaham juga aku
maybe dia cinta sangat lah kut
tapi cam na leh break up ekk?

eh,blogger ko jumpa tu duk penang kan?

P/S : Jom Tengok Jenis Jeruk Buah - Buahan..Sedap Owhhh!

hacimun said...

mun pun ada kawan gini....xfaham :(

tieha ismail said...

waaaa....cdey plak bc citer nie....

takky said...

parah kalau dibiarkan begitu sahaja...
jika si dia berubah secare mendadak gile2 secare drastik...
kawan akak mungkin akan menderita selame ye...

anizsDANbintang... said...

Biar dia rasa perit, rasa pahit. Yang pahit itu akan jadi ubat.

ARC™ said...

hoiiiii zaraaaaaaa
ape page belang2 ni..cmne aku nak bace..adessss

ARC™ said...

eh ilang dah belang2 die

NuRul said...

salam cik zarra cyang~~tringat kisah lama seorang kawan bila baca entri ni,tak pe setahun dua kemudian mesti dia menyesal tu pun kalau tersedar,mcm makan belacan pedas pun dgil nak makan juga kekekeke

nazirafarahinomar said...

ya Allah, harap2x kawan cik zara dapat buka hati dia. Sedihnya..

thesixedition said...

pernah berlaku dan ia nya berlaku pada i sekarang.im so suffer.ye tiada perasaan malu sbb bile dah syg susah nk lupa.but i hope one day i can forget him..need to be strong and MOVE ON..

N said...

sedih nya baca. Cinta memang buat manusia gila

Anonymous said...

kisah nye serupa..untuk melupakan lelaki tersebut dy perlukan masa.. dy pasti pulih..sedarlah..cinta x boleh dipaksa..malah cinta x semestinya memiliki.. bile dy sudah membuat pilihan dalam hidupnye dan menyingkirkan kite..maka redalah atas keputusan nye..

kata2 mudah diungkapkan..tapi perit tuk dilaksanakan..tapi bisikkan di hati..Allah pasti ada..

Anonymous said...

kisah nye serupa..untuk melupakan lelaki tersebut dy perlukan masa.. dy pasti pulih..sedarlah..cinta x boleh dipaksa..malah cinta x semestinya memiliki.. bile dy sudah membuat pilihan dalam hidupnye dan menyingkirkan kite..maka redalah atas keputusan nye..

kata2 mudah diungkapkan..tapi perit tuk dilaksanakan..tapi bisikkan di hati..Allah pasti ada..

Anonymous said...

penah jd cmni,br 9bulan.tp rs sedih lg.lagi2 awek die suke nk exposed yg die la pechenta thebat abad ini.huhu