Monday, November 01, 2010

Awak, Pentas Lakonan Awak Dan Payung Sudah Musnah. Tolonglah Jangan Teruskan Lagi, Boleh?


Awak.
Janganlah menipu lagi. Sudahlah ya awak?
Kalau saya boleh beri anugerah pada awak, pasti awak sudah diangkat menjadi pelakon terbaik. Kalah Lisa Surihani tahu?
Sebab apa?
Sebab watak awak lebih versatil.
Betul.

Pentas lakonan terbaik awak musnah. Tapi awak tetap tidak mahu sedar. Masih mahu meneruskan permainan walaupun hakikatnya amatlah payah untuk diterima. Awak datang dekat lagi dengan saya, awak masih mahu main wayang walaupun hakikatnya, dunia sudah lihat awak telanjang.

Diam.
Awak pernah tahu apa kegunaan payung? Saya rasa awak tidak pernah tahu sebab mungkin belum ada sesiapa yang pernah berkongsi payung dengan awak. Sekadar mahu awak tahu yang payung dicipta dengan satu tujuan, iaitu berkongsi perlindungan dengan orang lain.


Awak tidak tahu.
Sebab awak selalu berlindung dibawah payung orang lain tanpa memikirkan apakah payung itu adalah untuk kegunaan bersama atau sekadar tempat awak gunakan sehingga musnah. Awak, itu sangat serupa dengan parasit awak tahu?

http://fc09.deviantart.com/fs38/f/2008/319/4/2/Love_umbrella_by_Sleepy_Hair.png

Awak.
Awak pernah kehujanan kononnya.
Awak pernah ditinggalkan sendirian khabarnya.
Awak pernah sepi akibat mempunyai hidup yang cukup berantakan.
Tapi, itu awak yang kata.

Awak pernah pinjam payung saya, saya beri awak tempat perlindungan dengan niat, inilah nilai persahabatan paling utama. Saya letakkan awak di tempat yang sepatutnya seorang teman perlu berada. Kerana saya tahu, persahabatan antara mengapa saya masih terus gembira di dunia, tapi manalah saya sangka yang awak akan tikam saya sama seperti awak pernah bunuh (dan masih menyeksa) sebahagian daripada manusia lainnya.

Senyum.
Awak, tarian awak sudah pincang.
Awak, drama awak sudah banyak lubang.
Awak, dendangan irama awak sudah sumbang.
Awak, lakon layar awak sudah mula buat orang bengang.

Saya cuma bimbang.
Saya takut awak akan hilang keseimbangan.
Saya risau awak tidak akan mengerti lagi erti senyuman.
Saya tidak mahu awak hilang.

Kerana apa?
Saya tahu pentas tarian, lakonan dan segala macam milik awak yang penuh pura-pura itu adalah cara terakhir awak mahu kekal di atas dunia ini. Awak korek segala lubang, dan awak cuba tutup segalanya walaupun awak tahu yang pasti akan ada kesan yang tidak akan hilang.

Awak : Kau senyap sahaja.
Aku : Maksud kau?
Awak : Kebelakangan ini kau senyap sahaja.
Aku : Kau ramai kawan lain.
Awak : Mana sama dengan orang lain tu.
Aku : Kau bukan cakap ayat tu dengan aku seorang kan?
Awak : Eh, kenapa dengan kau?
Aku : Tiada apa-apa. Cuma hidup akan berubah.
Awak : Aku tidak berubah.
Aku : Boleh kau cerita pada aku semula tentang diri kau?
Awak : Untuk apa?
Aku : Biar aku kenal kau semula.
Awak : (diam)

Awak sedang lari lagi. Setiap kali ada masalah, awak akan lari dan biarkan manusia disekeliling awak yang bersihkan segala benda yang menjadi buah mulut dan bahan caci maki. Awak tidak pernah peduli dengan semua ini. Saya seperti biasa, akan biarkan diri jadi pemerhati segala watak yang awak mahu mainkan dari dulu sehingga kini.

http://arkarthick.com/wp-content/uploads/2010/06/1-cute-funny-danbo-cardboard-box-art-lonely-hopscotch.jpg

Mungkinkah awak sedang bermain seorang diri lagi?
Keseorangan dan semakin ramai yang menjauhi?
Awak memencilkan diri, mengecilkan hati.

Semakin kurang rasa simpati.
Semakin ramai yang menyimpan benci.
Semakin kuat manusia melaungkan segala caci maki.
Tahankah awak di sana dengan semua ini?

Awak kena hadapi seorang diri.
Kerana saya sudah mustahil untuk kekal di sisi.
Selagi awak kekal untuk membiarkan segala jadi tanda tanya, bagaikan misteri.
Itu yang awak perlu bayar atas keterlanjuran awak khayal dalam nikmat duniawi.
Benda yang datang pantas, akan cepat juga terbang pergi.

Diam, undur diri.

Nota Kaki :
Disebabkan aku tidak dapat menjalankan tugas seperti yang diarahkan dari Isnin hingga Khamis, aku perlu membuat surat tunjuk sebab. Tidak mengapa, kesusahan hari ini aku pasti untuk kebaikan pada masa akan datang. Ada banyak hati yang perlu dijaga.

Zara : InsyaALLAH, esok petang aku akan berangkat ke Tanjung Malim, ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas urusan menghantar adik menghadiri ujian serta temuduga di sana. Ujian dan temuduga dijadualkan pada hari Rabu (3 November) daripada pagi hingga ke petang.

14 comments:

The Poyo Me said...

apakah seorang blogger telah melukakan hati anda Zara.
oPss!

ema fatimah said...

sabar ye kak zara,hidup ni bagai pentas, kita suma memainkan watak masing2, kdg2 bgantung pd diri kita utk menilai ssrg..manusia dgn gelaran talam dua muka sentiasa ada di mana2 :)

hans said...

zara
siapa orang tu?
aku kenal ker?

P/S : Kepada Pencinta Kucing: Dapatkan Stiker Pelekat Kereta Yang Eksklusif Khas Untuk Cukai Jalan Daripada Papa Hero

chentaMAYA said...

suke baca kau punye entry! berkias!

g0m0k9enDek said...

huh? adik temuduga ke nak masuk upsi? welcume.. tapi.. sayer dah grad. hahaha..

HaziratulQuds said...

Aku ada sorg member cani. Sama kes. Aku fed-up dan tinggalkan dia. Kejam kan aku. Tapi aku tak pernah abaikan dia saat dia perlukan pertolongan aku.*peace no war =)

takky said...

same situation....
but not at me but at my claz...
sebab 2 aku tulis sajak...

"JANGAN KORBANKAN DIRIMU, BINTANG"

hope kak zara tabah hadapi dugaan nie....
jangan risau...
jika satu bintang(kak zara) kesusahan kerana karenah pagi dan malam....
bintang tersebut masih ada bintang2 yang lain(kawan,fanz & etc kak zara)untuk menyinari kak zara...

annynawati said...

kdg bila kt menjauh krn x ingin terluka lg..manusia sekeliling mnilai kt..menilai yg kt lebey kejam n jht dr manusia yg meluka'n ht kt..kdng kt sendiri terbeban tuk berkongsi rasa memberontak tuk brtahu semua xtau siapa yg sebenarnya mangsa dr pershbtan ini...

iamnerves said...

alolololorrr...
kiut ye kartun strip atas tuh
heee=)

♥-- emieysandra --♥ said...

emiey pun prnah mengalami situasi cam ni..manusia hipokrit!

I*K*T*I*R*A*F said...

chill kakk...

terik napas,hembusssss.. :)

piNky LuCiA said...

jadi diri sendiri adalah lebih baik. huhu

Amni said...

ko ngajar kat ne skang? pe khabar cik abang? masih lagi ke ada cik abang hensome ko tu? =P

irma haziyah_IHHM :) said...

suka baca entry you :)