Monday, November 15, 2010

Betul, Saya Memang Tidak Sayang Awak Langsung.


Betul.
Saya memang tak sayang awak.
Saya memang tak sayang awak langsung.
Noktah!

http://27.media.tumblr.com/tumblr_kpll12rZqJ1qz5njko1_400.jpg
[Gambar : Saya ambil gambar awak, awak ambil gambar saya]

Saya memang tak sayang awak.
Sebab tak sayang awak, saya tunggu awak tiap-tiap malam.

Saya tak sayang awak.
Sebab tu saya dengar setiap apa yang awak luahkan pada saya.
Awak ingat saya nak dengar ke kalau saya sayangkan awak?
Haram!

Saya tak sayang awak.
Sebab tu kalau boleh setiap hari saya nak dengar suara awak, berbual dengan awak.
Kalau saya sayang awak, awak ingat saya nak tadah telinga dengar awak merepek-repek bercakap?
Jangan harap!

Saya tak sayang awak.
Sebab tu saya balas semua pesanan awak Twitter awak, YM awak, Skype awak dan surat elektronik awak.
Kalau saya sayang awak, saya padam tu semua.
Betul awak.

http://farm3.static.flickr.com/2533/4135106953_9af634c9b5.jpg
[Gambar : Ini ucapan ringkas saya, awak boleh baca?]

Saya tak sayang awak.
Betul.
Sebab tu saya tulis benda ni semua untuk awak.
Biar awak tahu yang saya tak sayang awak.
Biarkan.

Saya tak sayang awak.
Awak buat saya terpaksa tangguh berak disebabkan nak berbual dengan awak.
Kalau saya sayang awak, mesti saya dah bertapa dalam tandas tu.
Awak ingat saya sayang awak?

Saya memang tak sayang awak.
Awak ingat tu baik-baik.

Coretan Khas :
Peribadi : Ini ilham spontan.
Untuk kawan aku, maaf, aku tulis untuk kau secara tergesa-gesa. Bolehkan kau berikan untuk si dia kau yang banyak merungut tu?

Nota Kaki :
1. Hari ini hari yang sibuk.
2. Tidak perlu menghadiri mesyuarat Tunas Bestari, aku diminta untuk mewakili bidang bahasa untuk taklimat.
3. Perlu menghantar kereta ke pusat servis petang ini.

Zara : Doakan aku cukup tabah untuk hari yang memenatkan ini. Selamat tinggal semua. Dan ya, ingatlah, senyuman kita akan berjangkit pada orang lain. Oh, menguap juga. Ketawa.

16 comments:

En iLham said...

haha
memang sweet
kalau tak paham jugak tak taulah
hehe

Amira Amair The Poyos said...

aku sayang tulisan hang zara..
aku tak sayang hang..
hahahahhahahhaa

*diera* said...

cik zara.. boleh kah sy meniru hasil yang ini.. kredit akan ku beri juga? hehhehe -- (maluu)

Eazy Izzuddin said...

eh ini sayang neh
hhee

Entry Baru:
Oh Result

Anonymous said...

simbolik tuh :-)

kak naa

hamzah ian said...

kadang2 bab cinta ni gua boleh gelak

Yellow LEOpard said...

ye saya memang tak sayangkan awak,sebab tu saya ambil berat pasal awak :)

nabil_potter said...

comey gambar tu...

anizsDANbintang... said...

Ya. Tak perlu ckp yg indah-indah utk manusia yg tak paham bahasa cinta.

hans said...

kira ko sayang la tu

P/S : Nak Buat Panggilan Hangit? Jangan Sampai Aku Hangitkan Kau Pula!

jamilah.chantek said...

saya tak sayang awak.
kalau saya sayang awak, saya takbaca pon entri awak sampai habis.

saya tak sayang awak.
kalau saya sayang awak, saya tak tinggalkan komen..

hehe :)

lady bella said...

wahhh..blh jd jawapan pd org y suke menyoal byk kali soalan yg sama..huhu..thanx zara bg idea..hehe..=)

qila~ said...

mesti kes gf asyik cakap "awak tak sayang saya la kan" hahahaha.. saba jela :)

sebelas said...

saya..saya penin dengan saya sendiri..lalalala

mier@merr said...

siyesssss arini adalah penat...

takky said...

"kerana tidak sayang...
terpaksa tanggung pergi toilet"...

sila buat appointment ye lain kali...
hihihihi
c(;