Thursday, November 25, 2010

Cara Menjawab Soalan Matematik SPM 2010 : Soalan Ramalan Atau Soalan Bocor?


Salam semua.
Aku betul-betul terlupa, hari ini, 25 November 2010 adalah kertas peperiksaan Sejarah untuk SPM dan juga STPM. Patutlah semalam ramai yang mencari cara menjawab sejarah SPM, sebab aku ada menulis tentang ini di dalam penulisan ini. Kalau ada pesanan yang berguna, baguslah. Senyum.

Oh ya, Sejarah memang antara mata pelajaran yang semua orang sanggup buat apa sahaja untuk lulus. Sebab kaedahnya mudah sahaja. Satu lagi yang semua orang suka mahu lulus dengan cemerlang adalah Matematik (tapi kalau aku, aku suka semua cemerlang).

http://s3prod.weheartit.netdna-cdn.com/images/4464956/tumblr_laij3hprfM1qct8pbo1_500_large.jpg?1287450461
[Gambar : Saya cintakan Matematik]

Major : Kimia
Minor : Matematik
Dan aku sebenarnya sangat sukakan Matematik dari sekolah lagi. Ya, Matematik. Bukan Matematik Tambahan yang keluar air mata darah untuk jawab satu soalan pun (Oh, teringat zaman dahulu, ini insyaALLAH akan ditulis jika punya kesempatan).

Dan ya, aku belajar Matematik dengan cikgu-cikgu yang sangat menarik. Sungguh.
  • Tingkatan 1 - Aku lupa aku belajar dengan siapa. Gila kan?
  • Tingkatan 2 dan 3 - Aku belajar dengan cikgu yang akan habiskan mengajar sebelum Julai di mana dia akan dapat buat ulangkaji dan latihan secara berganda dan sangat berhasil. Anak-anak murid dia biasanya akan dapat jawab tidak kira apa soalan sekalipun hasil kegigihan dia yang suruh kami beli satu buku dengan beribu-ribu soalan yang digunapakai dari Tingkatan 2 hingga 3. Dia percaya asas yang kukuh adalah seperti mana kita buat bangunan. Kalau bawah dah goyang, nak sampai atas akan jatuh menjunam.
  • Tingkatan 4 - Cikgu yang sama macam Tingkatan 3 (tapi sekejap sahaja).
  • Tingkatan 4 dan 5 - Cikgu ini memang menarik. Cara dia mengajar dan menarik perhatian di dalam kelas adalah faktor penting kenapa semua orang suka Matematik. Oh, dia juga buat kelas tambahan  berbayar Matematik di rumah dia (kawan-kawan dan adik-adik aku pergi, aku tak pernah).
Ada peristiwa penting yang berlaku semasa Tingkatan 3 yang membuatkan aku semakin gilakan Matematik lebih dari yang aku tanamkan dalam diri. Ini disebabkan oleh mulut seorang kawan aku masa peperiksaan setengah tahun yang buat aku berubah secara drastik.

"Apalah kau ni. Kertas lain yang lebih susah kau boleh dapat A, tapi Matematik kau lagi bodoh dari Matematik aku. Dapat B je ke?"

Ada rasa nak bunuh orang?
Kena bodoh dengan orang yang ternyata lebih teruk dari aku, cuma Matematik dia akan sentiasa dapat A.
Akibat tercabar, aku belajar secara menggila demi Matematik yang aku cinta, dan bila keputusan percubaan dan PMR keluar, aku gosok slip peperiksaan itu di muka dia. Puas!

http://i606.photobucket.com/albums/tt144/maclisa/danbo%20robots/201007100849.jpg
[Gambar : Tiba-tiba rasa nak lukis muka orang sebab tak puas hati. Ya, itu kegemaran aku]

Baiklah.
Tiada soalan ramalan atau soalan bocor.
Sebab aku percaya, untuk dapat menjawab soalan Matematik, apa yang kau perlukan adalah latihan yang sangat mencukupi. Bila latihan dapat buat dengan banyak dan tekun, bila diberi apa sahaja soalan, tidak kira bagaimana dipusing, pasti boleh jawab. Tapi tidak mengapa, aku kongsikan bagaimana aku menjawab Matematik SPM waktu tahun 2003 dahulu.

Anda sedia?
Tarik nafas.

http://www.gundammodelkits.com/wp-content/uploads/2010/08/IMG-4753.jpg
[Gambar : Rumus, formula adalah perkara paling penting]

  • Rumus atau formula - Ini perkara yang semua orang tahu dalam Matematik. Biasanya disediakan di muka hadapan sebelum soalan. Bak kata cikgu aku, kalau ada berjuta formula sekalipun, tapi tak tahu nak gunakan di mana, adalah tidak berguna. Maka, biasakan diri menggunakan (senang cerita, memasukkan formula dalam soalan). Ini amatlah berguna ketika peperiksaan.
  • Kalkulator - Jangan lupa bawa. Nak masuk peperiksaan Matematik tak bawa kalkulator? Lawak amat kecuali kau genius Matematik. Dan ya, kenali kalkulator kau, tahu kelebihan agar cara mengira lebih pantas dah mudah. (Nota : Zaman aku dulu cuma boleh bawa Casio 350, tapi aku bawa sekali Casio 570 disebabkan cikgu tuisyen aku suruh. Fungsi 570 sangat bagus sampai Matematik kertas 1 aku tak perlu guna banyak pengiraan manual. Ketawa)
  • Kertas 2 - Beri jalan pengiraan dengan lengkap. Anggaplah pemeriksa kertas itu seorang yang tidak tahu apa-apa. Kalau ada kaedah pengiraan untuk 1 + 2 = 3 sekalipun, tunjuklah. Mana tahu boleh dapat 1 markah kan?
  • Kertas 1 - Jangan membazir terlalu banyak masa untuk buat jalan kerja, sebab kertas 1 adalah kertas objektif. Kalau kau boleh siap dengan cepat menggunakan kaedah pengiraan pantas dan pintas, ayuh, buat sahaja. Yang penting adalah jawapan (dan disinilah kebolehan kau menggunakan kalkulator ditagih)
  • Graf - Biasanya kertas Matematik mesti ada graf kan? Pastikan paksi (baca : axis) adalah betul, lengkap. Jangan cincai sebab markah yang kau akan dapat adalah cincai juga.
Dan ya, sebelum kamu semua tiba-tiba rasa tertekan (ada lagi beberapa hari sebelum peperiksaan pada hari Isnin 29 November ini), ada masa lagi untuk melakukan beberapa perkara seperti :
  • Riadah - Ya, aku tahu mungkin ada yang tidak gemar, tetapi riadah sedikit akan dapat mengurangkan tekanan belajar.
  • Latihan akhir - Soalan ramalan, peperiksaan-peperiksaan tahun lepas, soalan percubaan dan pelbagai lagi adalah membantu bagi mengukuhkan ingatan.
  • Tidur - Yang berkualiti dan cukup adalah perlu. Jangan sampai tidak tidur langsung ataupun tidur sahaja tak sudah-sudah. Pensyarah aku pernah menceritakan, seorang bekas pelajar dia pernah tidak tidur selama 3 hari sebelum peperiksaan, dan ia berakhir dengan jeritan di dalam dewan sebelum pelajar itu keluar berlari sambil mengangkat kainnya keliling masjid (di bawahnya dewan peperiksaan).
  • Jaga kesihatan - Sudah tentu. Kalau kesihatan kurang memberangsangkan, apa kau ingat kau boleh jawab peperiksaan dengan baik? Agak mustahil di situ.
  • ... dan pelbagai lagi sebenarnya.
Apa pun, selamat menjawab bagi semua calon SPM.
Bagi pembaca blog aku pula, kadangkala kita kena baca benda sebegini demi sebuah nostalgia dan memori bukan?
Oh ya, apa tips yang kalian buat pula?

http://s3prod.weheartit.netdna-cdn.com/images/4365297/tumblr_l9q1nzwvam1qagx9bo1_500_large.jpg?1287006083
[Gambar : Saya cintakan awak Matematik]

Nota Kaki :
1. Hari itu ada dengar di radio ada pemanggil yang membakar dan merebus formula Matematik dan minum semata-mata untuk lulus lepas dengar gurauan cikgu dia. Oh, gila lurus bendul, tetapi dia berjaya. Eh, kamu semua janganlah begitu. Takut keracunan.
2. Adik-adik asyik membuat rancangan nak keluar beriadah, tetapi Bonda dan Abah pula sekolah. Tiada siapa mahu menjaga Nenda di rumah pula.
3. Belum ada kesempatan berlatih mengayuh lagi. Alahai.

Zara : Bila alpa dan ada yang mengingatkan, itu sudah menjadi amat bermakna. Sahabat terbaik, sahabat-pijak-kepala sudah kembali. Alhamdulillah, tidak sia-sia aku menunggu sahabat itu kembali. Yang pasti, dia adalah penasihat terbaik diri ini dalam kenal apa sebenarnya sepak terajang duniawi.

22 comments:

apezs shah said...

Oh tidak sanggup.. rumus susah tuh,..
sanggup dulu takot xlulus SPM.. tukar Admatch kepada seni haha..

aliesha kirana said...

owh adikku ambil SPM tahun ni..agak gementar untuk dia..zamanku dah berlalu. dulu cukup tak suka math, err smpai skrg masih tak suka.. bila adikku ajukan soalan math, terus aku sakit kepala..tak sanggup berfikir tentang math..gila kan?

tp alhamdulillah, result math ok.. cuma add math.. hahah..add math xsanggup kucanangkan lg.. mmg boleh kluar air mata darah kalau fikir..hahahaha~

ecah said...

adik amik math thun ni..dpt la ajar dia sikit2 (dia sgt mls blajar..)Biasalah bdk laki..nway, tips yg berguna..ktorg dulu siap berlumba sape dpt dulu jwpn(kelas tuisyen)..miss dat momment..tp bila da masuk 'U' berjumpa dgn calculus..kepala pon dah pusing..hahaha

ardz amy said...

math ... i like math... but i hate physics.... buat latihan hari2... atleast 5-10 soklan... rasanya dulu buku latihan math yg ada dipasaran semua ku beli... sbb suka pengiraan...sampai skrg tp course yg di ambil skrg kurang penggunaan math so tumpang tgk yg adek punye sahaja:)
good luck utk student spm:d

vidadarisakura said...

kalau la aku belajar math dengan betul time spm...



(menyesal)


;)

sharamli said...

dapat 4o dalam add math rasa bangga gilak..
kah3..teruk jugak dulu2..

tapi maths memang best..

nabil_potter said...

cikgu, sya sgt suka matematik..
please..rindu giler nak jawab matematik ni...Ahhhh...suka sgt..

kerana matematik tambahan saya dapat RM50 sbb dpt spm A1. Thanks cikgu :P

hans said...

ramai xsuka sejarah
tapi aku sangat suka subject tu

P/S :Dasyat! Memang Dasyat! Kepada Lelaki! Awas Jika Anda Berjalan Keseorangan!

P/S : Kutipan Filem 2 Alam? Korang Tahu Ker Dah Berapa Juta? Meh Tengok Sini

Yellow LEOpard said...

suke sgt math..tp xpernah beli buku latihan..cukuplah dgn latihan yg berlambak-lambak ckgu bagi.. :)

miss asnida hani said...

suke jugak matematik.. x kire la add math ke, calculus ke, sume suke. much better dr language..

n@m@n said...

sama la major ngan minor tuh..


tapi skang ngajar add maths, mengajar add maths kepada budak² yang dapat C Math PMR.haiyaa

I*K*T*I*R*A*F said...

haha

math bestttttt!!

admath? boooooooo~ hoo :P

Hasrol Nizam said...

stadi addmath gila2, dah tiggal sebulan b4 exam baru nk buat latihan dan faham betul2.. alhamdulilah dpt A2. b4 tu jgn merasa A, C pun blum tentu..

Un Phat Lee said...

doa banyak2 agar diberi bantuan oleh Allah ketika mengalami kesukaran untuk menjawab soalan.

HAZWAN17 said...

add mat ku A1 spm...
tp time form 4 asik fail jerk..
trial MARA pun fail....
syukur SPM betul dpt A1
wat latihan past year banyak2...
mesti boleh punya

nurayunni said...

bgus tips nie.....

shaerin said...

Love math gile-gile !
Btol2 , formula e2 plg pentingg ~

Irine Nadia MaRceLLo said...

Yesss!!!! seb bek dah abis SPM!!! yabeeeedddaaaaa budddduuuu!!! ngahaha

suffer8zine said...

pecah kepala

Terkini : Terperangkap 3 Minggu Dalam Tandas

Melati said...

hehhh =) i slalu failed math. dapat 10marks pun rasa dah mcm pandai skit, heeee =))

takky said...

add math mmg menakutkan...
penah sekali 2 sanggup tuka tempat duduk dari blakang ke depan sebab nk tumpukan perhatian n x nk tido...
but last2 tido gak sambil pegang pensil tekan n muke mengadap buku text...
huhuhuhuhu...
dh abes klas baru cikgu kejut sambil senyum....
malu ye mase 2.....

nurul ain akmar said...

iya kn .. mte syok bh .. tp addmath yg aku bleeehh ~