Tuesday, November 16, 2010

Dia Takut Kau Letakkan Harapan Pada Dia : Itu Mungkin Sebab Dia Tak Tegur Kau.


Untuk orang yang berkenaan, ini ucapan aku buat kau.
 http://img21.imageshack.us/img21/5072/98086255.jpg
 [Gambar : Bukan aku tahu kau suka bunga ke tidak kan? Kau suka apa ya?]

Gantung Harapan.
Itu sebenarnya hanya perlu kalau aku meletakkan kau sebagai matlamat hidup aku yang harus aku gapai. Dalam satu persahabatan, jujurnya aku tidak menggantungkan apa-apa harapan pada sahabat aku selain daripada sahabat itu menghormati aku dan menerima aku seadanya dalam persahabatan itu.

Kawan : Dia apa khabar?
Aku : Dia kawan kau kan? Kenapa tanya aku?
Kawan : Dia ada hubungi kau lagi?
Aku : Dah lama tak, biarlah. Sibuk agaknya.
Kawan : Dia sibuk apa pula? Kali terakhir aku rasa dia kerja.
Aku : Kerja apa? Bukan belajar lagi ke?
Kawan : Dah habis belajar dah. Kenapa? Dia cakap dengan kau dia sibuk belajar?
Aku : Tak juga, dia sibuk di tempat kegemaran aku masa belajar. Tempat yang tak boleh disebut.
Kawan : Eh, kau jangan fikir bukan-bukan. Mungkin dia kerja di situ.
Aku : Aku tak fikir apa pun, biarlah.
Kawan : Kau baik tak ni?
Aku : Yang penting bagi aku, kesejahteraan kau. Dia? Aku tak nak fikir.
Kawan : Jangan begini.
Aku : Alasan, aku dah penat dengan alasan.

Kawan, kalau kau menghindarkan diri daripada aku hanya disebabkan kau takut aku menggantung harapan, kau salah. Sebab aku selalu ajar diri aku, kalau aku suka dengan seseorang, biarlah aku luahkan atau pendam. Jadi kalau aku tak pernah cakap salah satu dengan kau, ternyata tiada apa-apa dalam persahabatan ini. Jangan membuat andaian sesuka hati (kecuali kau nak aku pecahkan cermin mata bingkai hitam kau).

Penunggu Tetap Pesanan Segera.
Ketawa.
Sebenarnya aku bukanlah suka sangat dengan YM ataupun Skype itu. Orang yang aku berbual hanya dengan orang tertentu. Memang ternyata hanya orang tertentu dan atau lebih tepat lagi adalah orang yang aku tunggu. Kalaupun kepala kuning YM itu tidak berubah dari kelabu ke kuning atau Skype dari kelabu ke hijau, aku tetap akan tunggu sampai tiba waktu aku berguling di atas ranjang kuning hijau berdinding biru.

http://berrylipglossxpumps.files.wordpress.com/2010/03/danbo8.jpg
[Gambar : Itu mungkin senarai-perlu-buat yang aku sediakan untuk kau. Ketawa.]

Kawan : Pernah berbual dengan dia?
Aku : Tak pernah. Cuba tegur juga, tetapi entahlah. Keluarga lebih utama.
Kawan : Kenapa?
Aku : (ketawa) Aku katakan, kalau dia sedang hubungi keluarga, aku tak mengapa.
Kawan : Kau betul-betul suka dia?
Aku : Penting ke kalau aku suka dia ke tak? Aku suka dia sebab dia kawan aku.
Kawan : Lebih daripada itu?
Aku : Mungkin tidak. Aku tidak akan menjerut diri atas sesuatu yang aku tak pasti.
Kawan : Maksudnya?
Aku : Pernah tanya sesuatu pada dia, tetapi jawapan akhir yang aku terima seperti boleh membuatkan sesiapa berputus asa.
Kawan : Kau putus asa?
Aku : (ketawa) Apa motif aku nak putus asa?
Kawan : Manalah tahu kan?

Aku rasa aku dah hantar beberapa pesanan secara bawah talian (baca : offline) buat kawan itu. Ternyata, tiada balasan. Senyum. Kau sibuk atau kau ingat aku menaruh harapan pada kau?

Fakta : Ketawa Walaupun Sekadar Menaip Cuma.
Itu kenyataan.
Gembira itu lain coraknya bila berkawan dengan kau.

http://30.media.tumblr.com/tumblr_ksx73emOFj1qzaf17o1_500.jpg
[Gambar : Hadiah untuk kau sebab buat aku gembira]

Aku manusia yang jarang menzahirkan kegembiraan aku pada sesuatu kecuali aku betul-betul gembira dan suka. Kalaupun aku berbuat sedemikian, ia hanya buat tatapan peribadi dan diri aku sendiri. Kalau terbuka sekalipun, aku tahu, aku buat sedemikian kerana aku suka dengan keindahannya.

Kawan : Wah! Gambar di komputer kau! Siapa?
Aku : (naikkan satu paparan bagi melindungi gambar hiasan) Kawan aku.
Kawan : Gila letak gambar kawan.
Aku : Itu pendorong untuk aku terus berjaya macam dia.
Kawan : Kau kawan dengan pemain bola sepak ke?
Aku : Ah, tak. Kenapa?
Kawan : Dalam gambar ni macam pakai baju bola.
Aku : Oh, aku suka tengok gambar langit belakang gambar dia ni.
Kawan : Ya ke?
Aku : Betul. Cuma langit.

Sesiapa yang kenal aku, tahu sangat aku sukakan langit.
Langit cantik dan aku harus akui, aku letak kau di paparan komputer aku disebabkan kau pernah beritahu aku, kalau aku bosan dan tiada ilham untuk menulis atau tiada sesiapa hadir untuk mendengar aku bercakap, aku boleh bercakap dengan cermin. Dan aku memilih untuk bercakap dengan cermin komputer aku, sekurang-kurangnya aku boleh bayangkan macam mana nak tumbuk muka kau sebab bagi aku cadangan begini.

Aku tahu kita boleh bekerjasama dengan baik untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
Aku manusia yang percaya dengan persahabatan.
Tapi kalau kau memilih untuk diam dan lupakan istilah persahabatan ini, aku tidak mampu buat apa-apa.
Cuma aku nak kau tahu, yang kau bukan macam dulu.
Sekurang-kurangnya itu apa yang aku nampak dan tahu.

Noktah.
Selamat hari raya Aidil Adha buat kamu.
Aku rasa kau dah sambut dulu.

Nota Kaki:
Catatan ringkas yang mungkin tidak bermakna.

Zara : Ramai yang bertanyakan kepada aku, mengapa tidak menulis tentang skandal dan berita sensasi sebagaimana dalam beberapa blog lain. Jawapan aku mudah sahaja. Aku menulis disebabkan aku rasa bahagia bila bercerita dengan manusia.

6 comments:

apezs shah said...

Hehe gilerhlah gempaQ isi dia..
sedeh tapi rasanya seperti itu adalah hakikat yg perlu diterima pada sesorg yg pernah hadapi.. anyway chaiyok chaiyok..
salam adidiladha,..=)

Khumaera Ismail said...

hi zara.. =)
mngkin kwn tu na u tgr dulu kot..

slmt hari raya =)

noorafzan said...

mmg ramai manusia sebegini..
tapi larikan diripun takkan buat hati tenang juga kan.

Iela said...

hai zara...

diam x bererti x suka...dn diam jugak bukan satu jalan penyelesaian...huhuh

salam aidiladha

Hunny said...

Kalau asyik tertanya2, bila nak dapat jawapan? Kena lah berani bertanya dan berterus terang..:)salam eidul adha 1431H.

zam.enol.arep said...

xde pon gamba aku. T_T