Friday, November 05, 2010

Kalau Setiap Kali Baca Blog Aku Kau Nak Sentap Tidak Tentu Hala, Sila Lari Bogel Keliling KLCC 100 Kali.


Ketawa.
Salam.
Alhamdulillah, aku dah selamat tiba di Muar semula. Kurang daripada 24 jam, aku dah kembali semula ke tempat asal selepas melunaskan urusan keluarga di Keramat dan menghantar makcik aku di Kelana Jaya awal pagi tadi.

Ketawa.
Setiap kali aku berpergian, pasti ada cerita kelakar tidak tentu hala yang muncul. Tidak, bukan angkara manusia Tanpa Nama (baca : Anonymous) kerana mereka tidak muncul kebelakangan ini. Cerita ini tentang seorang manusia yang pelik akibat rasa panas hati tidak tentu hala bila baca blog aku yang sekadar picisan ini. Khabarnya dia panas hati dengan penulisan yang ini.

http://ih3.redbubble.net/work.3604185.2.flat,550x550,075,f.rambo-danbo.jpg
[Gambar : Tolonglah jangan buat aku bersemangat begini]

Kalau setiap kali aku menulis ramai yang mahu sentap, aku takut ramai yang sentap baju dan berlari bogel di atas jalanan. Oh, itu yang aku cakap dengan kawan aku semalam selepas dia memberitahu aku berita lawak ini. Kejadian dimulakan dengan aku menerima pesanan ringkas yang pelik daripada dia.

Aku : Apa benda ni?
Kawan : Budak itu hantar.
Aku : Apahal pula?
Kawan : Dia baca blog.
Aku : Bukan aku cerita tentang dia. Blog aku terbuka, tidak spesifik pada sesiapa.
Kawan : Dah dia sentap.
Aku : Lain kali kalau dia nak sentap, suruh dia lari bogel keliling KLCC 100 kali.
Kawan : (ketawa) Kejam.
Aku : Daripada dia buat perangai pelik begini, oh, jangan bagi aku mula mencarut.
Kawan : Aku pun tak faham. Malu aku dengan perangai dia.
Aku : Oh, aku lagi bengang. Tunggulah.

Dan hari ini setelah aku pulang dan mahu mengemaskini segala kerja bersepah maya aku semalam, aku lihat manusia berhati ayam itu (hati ayam sebab ia akan kecut kalau digoreng = penakut) sudah membuang aku dari senarai kawan dia di Mukabuku. 

Ketawa.
Macam kau buat pada kawan aku, kau buat pada aku pula?
Seperti yang dijangka, dasar penonjolan diri kau yang sangat tidak seimbang dengan umur serta keperibadian adalah sangat memeranjatkan. Sungguh sangat memeranjatkan bagi manusia yang berusia sedemikian rupa dan taraf pendidikan yang aku sepatutnya boleh kata mematangkan, adalah sangat menakutkan bagaimana manusia seperti kau mahu keluar hidup dalam masyarakat yang lebih kejam.

Tidak.
Kami tidak kesal kau buang kami dalam senarai rakan. Bahkan lagi berbangga disebabkan secara terang-terangan kau takut dengan bayang-bayang sendiri. Oh ya, aku patut ingatkan kau, kalau bersikap baik (atau cuba kelihatan baik) adalah sangat tidak kena dengan kami yang lebih banyak kenal manusia. Manusia seperti aku dan kawan aku adalah sangat tidak dapat menerima orang yang cuba menonjolkan diri dalam keadaan pelik sebegitu.

Contoh situasi.
I : Hari ini saya keluar dengan kawan saya, nak main tenis.
U : Nak ikut!
I : Eh, saya sesekali nak jumpa kawan, tak payah ikutlah.
U : Nak ikut juga. Boleh kenal dengan kawan-kawan awak.
I : Oh, bolehlah.

Sampai tempat main tenis, semua orang dah siap-siap dan main tenis.
I : Eh, kenapa awak tak main?
U : Saya segan, nanti kalau kalah dengan kawan-kawan awak, malu.
I : Kami main suka-suka.
U : Malaslah, nanti segan.
I : (senyap)

Satu perkataan daripada aku.
POYO!

http://www.bonkler.com/thebonkler/wp-content/uploads/2010/04/danbo.jpg
[Gambar : Oh, kenapa aku rasa nak ketuk orang?]

Kalau kau rasa kau tak boleh jadi kawan dengan kami, kami jujurnya tidak kisah. Tapi janganlah sampai menjadikan kami musuh dengan kau. Itu memang bahaya disebabkan kami lebih suka segala kisah silam dicampakkan ke belakang. Toleh hanya untuk ambil pengajaran, bukan dihebahkan dengan niat, ya, diri sendiri adalah lebih baik. Tidak.

Janganlah simbah petrol ke dalam relau tahu?
Bukan relau yang terbakar, takut sahaja api itu menyambar dan menggila.
Itu sahaja.

Dan macam biasa, aku hanya mahu tersenyum.
Umur dah lebih 20 tahun, jangan buat perangai kanak-kanak.
Tolonglah ya?
Itu sahaja.

Nota Kaki :
1 . Menghantar makcik di Kelana Jaya pagi tadi. 
2. Sudah ada di rumah.
3. Mendapat surat untuk mengikuti kursus bermula Ahad hingga Rabu ini.
4. Belum sempat membalas surat elektronik kalian. Maaf.

Zara : Sekali kau jadikan aku sebagai satu bahan loncatan ataupun sekadar tempat menagih simpati, memang aku akan pastikan yang kau akan kesal di atas sikap mengambil mudah akan manusia yang punya harga diri. 

19 comments:

Hizami Rahim said...

ngeee...
takpe2.
tak semua yg panas hati.
sorang dua je.
XD

suffer8zine said...

mcm x de motif je nk panas hati ni

Terkini : Pengsan 100 kali sehari

LORD ZARA 札拉 said...

Zami :

hahaha.
yang sentap itu lawak kan?
hahaha~


Suffer8zine :

aku tak panas hati.
orang lain yang panas~
hahaha~

cik senah said...

hoh macam macam adoooo. sabar je lah

chentaMAYA said...

anony memang sebegitu. pengecut!

LORD ZARA 札拉 said...

Cik Senah a.k.a Ikin :

hahaha~
manusia kan?

chentaMAYA :

bukan ANONY sayang~
ini manusia yang bajet bagus~

Amni said...

aku senyum je baca entri.. orang skang macam22.. ada yang nak sangat kita follow dia.. ada yang sentap tak tentu hala.. tak pape..

mijie said...

ada juga orang macam tu, mudahnya sentap

izulman said...

sgt comel! yg hujung itu sgt comel! tk jadi nak marah marah hehehe

Adziim said...

Kejap nak ikut, lepas itu tak main.
Mengada-ngada....haha

Encik Tikus said...

aiseh~ malu lah nak lari bogel dekat klcc tapi kalau orangnya girl ape salahnya kot, keh keh keh

Azrul Hisham said...

dik...i sentap tau baca entri u...rasa nak guling2 dan berenang2 kat kolam KLCC tu...lagi best...hahaha..jom2... :P


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

joegrimjow said...

Jom vote untuk gathering terbesarklik sini

ahmad jo said...

haha,, agak cemas tajuk n3 tu.. ngeh3

cik QasehThya said...

haha...
leh lak sentap2...
bajet org cerita pasal dia..
hahahaha :)

takky said...

jgn dilayan org mcm 2...
but u haveto becareful...
kalau org 2 jenis suke bwk mulut....
nanti ntah pape cite dye ckp kat org...
iaitu cite yg telah di auta....

Pocket said...

dik tertulis sesuatu yang berbau tengik ketiak dia kot.

so bila dia terbau.. logik la dia sentap.

lenkali sila tulis as general as u can be ok :D

ckLah@xiiinam said...

Salam kenal..
Macam2 kan...
Ada yang tak suka blog kita, tapi hari-hari tengok URLnya lalu-lalang intai.Kes benci tapi rindu lah kot ya!


:D

eNaSaN said...

ermmm nape msti sentaP..agaknye terasa pedas sbb mkn trlebih cili kot....



wah besh juga ye berlari di KLCC tp xmo B.....L hehehhehe