Sunday, November 07, 2010

Kelebihan Dilahirkan Serta Dibesarkan Sebagai Anak Sulung : Suatu Perspektif


Salam.
Macam tajuk projek akhir sarjana muda pula. Untuk sesiapa yang mengambil bidang Sains Sosial, anda dilarang daripada menjadikan tajuk penulisan ini sebagai tajuk kajian kecuali anda memberikan penghargaan atas peminjaman kata-kata (baca : citation) daripada aku.

Ketawa.
Baiklah, terus ke agenda seterusnya. Ramai yang menyatakan, dibesarkan sebagai anak sulung amatlah membebankan disebabkan dipaksa menjaga adik-adik (tak termasuk makan pakai serta buang air mereka) serta anak sulung haruslah bertanggungjawab dalam keluarga. Eh, kenapa nak tengok dari sudut pandangan negatif? Mari kita bongkar sedikit kelebihan menjadi anak sulung.

http://i478.photobucket.com/albums/rr143/EggySayoga/3D%20Works/Danbo-and-Danbo.jpg
[Gambar : Situasi dimana kononnya kita ada 3 beradik]

Angah : Along, siapa nak jaga adik ni?
Along : Eh, kau lah jaga.
Angah : Nanti dia kencing, berak siapa nak basuh?
Along : Dulu kau kecil, Along yang basuh. Ni giliran kau pula.
Angah : (buat muka bengang)
Bongsu : (terbaring)

01. Si sulung sebagai ketua dalam organisasi adik beradik.
Anak sulung biasanya adalah ketua dalam organisasi adik beradik memandangkan peluang untuk menjadi ketua organisasi keluarga adalah mustahil. Apa gila nak gulingkan bapa dan emak semata-mata nak memerintah dalam rumah? Dapat memerintah dan menguasai adik-adik sudah mencukupi. Kadangkala, arahan daripada Emak atau Abah dapat disalurkan terus kepada adik-adik (dengan amaran bahawa kerja itu akan sempurna - kalau tidak diri sendiri yang akan kena semula).

Contoh : Nak bermain dalam rumah sewaktu Emak dan Abah sedang tidur petang, si Along yang akan mengawal adik-adik dengan jerkahan dan jelingan tajam supaya adik-adik boleh mengawal diri daripada bising dan menjadikan si Along mangsa daripada dimarahi semula.

Along : Jangan bising, mak dan abah nak tidur.
Adik-adik : (bising main)
Mak : (jerit) Kenapa bising sangat di luar tu? Tengokkan adik-adik.
Along : Ya Mak! Budak-budak ni tak dengar cakap!
Mak : Cubitkan kalau bising lagi.
Along : Baik! (sambil buat mata bersinar-sinar)
Adik-adik : (senyap sunyi)

02. Latihan menjadi seorang pemimpin dan dipimpin secara teratur.
Ya. Menjadi anak sulung, kita telah disiapkan dengan moto sedia untuk memimpin dan dipimpin. Betul. Bukan sekadar untuk dipimpin atau memimpin ketika melintas jalan raya, tetapi juga latihan memimpin anak-anak buah (sebagai contoh : adik yang berderet-deret dibawah kita). Jika telah dipersiapkan daripada kecil, sudah semestinya akan menjadikan anak sulung sebagai penerima perintah dan pemerintah yang baik (bukanlah menyatakan adik beradik lain tidak bagus).

Dan ia juga menjadikan serta melatih adik beradik lain jadi pekerja atau penerima perintah yang baik.

http://www.nc-photography.com/wordpress/wp-content/uploads/2009/04/dsc_6712_blog.jpg
[Gambar : Contoh pengurusan organisasi yang baik]

Along : Sikit lagi, sikit lagi.
Bongsu : Tak sampai lagi. Angah, tolak atas lagi.
Angah : Aku dah penat ni, cepatlah.
Along : Jangan merungut, cepat!

03. Sentiasa persiapan yang terbaik dan hampir sempurna.
Ada sesiapa di dunia ini tidak teruja mendapat anak sulung? Alangkah orang yang mengandung tanpa ikatan yang sah juga mahu menyambut kelahiran anak sulung dengan baik. Jika disebut anak sulung, segalanya pasti yang baru serta disertai dengan perasaan teruja yang merangsang adrenalin. 

Anak sulung lahir - Kecoh sekampung serta jadi bualan seluruh keluarga. Lebih-lebih lagi kalau jadi cucu sulung, memang akan sentiasa mendapat perhatian datuk dan nenek.

Anak sulung pandai merangkak, berjalan, bercakap - Habis lima album penuh dengan segala proses tumbesaran anak. Teruja katakan. Habis anak sulung diagah dan dijaga dengan baik. Bukan senang nak nampak anak membesar depan mata kan?

Anak sulung masuk sekolah/universiti - Dari masuk tadika, darjah satu, tingkatan satu, matrikulasi, universiti, segala persiapan adalah ditahap terbaik dan kualiti terjaga. Itulah anak pertama yang masuk sekolah. Ikatkan reben ketat-ketat dirambut, baju bergosok licin, beg sekolah, alat-alat tulis semua bersinar-sinar dalam beg. Mana ada dapat barang terpakai? Semua baru. Harga tak penting, mahal ke murah, yang penting anak diberi layanan baru.

Abah : Kau tengok Along kau masuk universiti.
Adik : Universiti tu apa?
Abah : Tempat orang pandai belajar.
Adik : Oh...
Abah : Besar nanti jadi macam Along. Belajar rajin-rajin, dapat masuk universiti, belajar dalam tu.
Adik : Ya (tertekan)

Anak sulung habis belajar/mula kerja - Itulah anak pertama yang dapat masuk universiti. Itulah kali pertama dapat tengok anak hadiri majlis graduasi. Yang pertama sudah membuahkan hasil, supaya dapat jadi contoh pada anak-anak lain dibawah. Ni kadang-kadang adik nak cuit-cuit jubah graduasi pun boleh diajak bertumbuk sebab nak jaga jubah licin masa nak berarak masuk dewan. Ketawa.

Bila anak sulung dah mula kerja, ibubapa tersengih gembira. Sebahagian daripada misi menjadikan anak manusia dah tercapai. Anak hulur duit sedikit pun dah buat hati berbunga-bunga, ingat juga anak dengan jasa mereka walaupun tak pernah meminta.

Anak sulung kahwin - Ni belum pernah dilalui, tapi berdasarkan pengalaman sekeliling, memang kalau anak sulung kahwin, habis tumbang lembu, ayam, kerbau, segala macam. Kali pertama sambut menantu. Dulu tengok ibubapa sendiri yang berhabisan masa kahwin, ni sampai giliran anak sendiri, takkan mahu ketinggalan meraikan. Betul tak ibubapa di luar sana?

04 - Diberikan perhatian yang lebih (sampailah muncul adik baru)
Kebiasaannya begitu. Selagi belum ada adik beradik lain, memanglah ibubapa akan berikan perhatian secara berlebihan pada anak sulung.

http://arkarthick.com/wp-content/uploads/2010/06/25-cute-funny-danbo-cardboard-box-art-one-happy-family-joyfulness.jpg
[Gambar : Agak-agak dapat pegang begini lagi kalau kau anak kedua, ketiga dan seterusnya?]

Bukan setakat berjalan pegang tangan, dapat buat segala-galanya dalam perhatian. Kalau tidak, takkanlah album gambar anak sulung sampai terkeluar-keluar dari almari sebab penuh sangat kan? Itu tak termasuk kalau ada rakaman video, memang makan hati anak bongsu tengok. Lagi-lagi sekarang semua dah guna kamera digital, apa kau ingat Abah dan Emak rajin nak pergi cetak gambar tu? Tengok dalam komputer sudah.

Adik : Kenapa gambar Along masa kecil dulu banyak?
Along: Sebab dulu orang guna kamera pakai filem, filem kena cuci, simpan dalam album.
Adik : Kenapa gambar adik sikit sangat?
Along : Sebab Along lagi bagus daripada Adik. Sebab tu Abah simpan gambar Along lagi banyak.
Adik : Tipulah!
Along : Betul.
Adik : Sekarang kamera lagi canggih daripada dulu.
Along : Sebab canggihlah, gambar adik dalam komputer sahaja. (ketawa)

05. Dapat rasa segala-galanya buat kali pertama - Perasmi.
Dari pakaian, mainan sampailah segala macam benda yang diperturunkan kepada adik beradik lain, anak sulung adalah perasminya. Lagi-lagi kalau anak sulung seorang yang cermat, memang adik-adik makan hati tak dapat beli barang baru disebabkan anak sulung jaga barangnya dengan baik.

http://farm3.static.flickr.com/2780/4476333895_e3c340c407_z.jpg
[Gambar : Budak kecil mana boleh beri mainan baru sebab dia tak padai guna lagi]

Adik : Mak, kenapa tak dapat beli mainan baru macam anak Pak Long?
Mak : Sebab mainan Along boleh pakai lagi. Mainlah sama-sama.
Adik : Nak beli yang baru!
Mak : Kan mainan tu boleh guna lagi.
Adik : (patahkan mainan Along) Dah rosak.
Along : Mak, adik rosakkan mainan Along!
Mak : Meh sini! (kejar adik satu rumah)

Baiklah.
Aku sengaja senaraikan lima sahaja disebabkan dalam cabaran yang aku terima daripada anak bongsu (ya, kamu wahai kawanku) - dia menulis sebanyak lima sahaja. Jadi sebagai balasan, aku menulis lima juga. Banyak lagi yang boleh ditulis, tapi nantilah dulu. Kalau ada masa, aku buat lagi untuk bahagian kekurangan atau kelemahan seorang anak sulung.

Nota Kaki :
Banyak yang perlu diselesaikan hari ini. Tunggu nanti kena siapkan segala keperluan untuk minggu baru dan ya, perlu mengajar adik yang pulang bercuti - Matematik Tambahan dan Fizik. Kimia dan Matematik dah diajar masa pergi berjumpa dia di MRSM minggu lepas. (Tengok, anak sulung memang perlu serba boleh kan?)

Zara : Sila baca dengan minda yang lapang ya? Oh, nak masak asam pedas ikan mayong hari ini. Ada telur ikan mayong (sangat teruja).

43 comments:

nadia said...

kak zara ;

layout baru eh?
ke dah lama?
T____T

selalu baca masa free..baca marathon terus :)

nadia said...

kak zara ;

layout baru eh?
ke dah lama?
T____T

selalu baca masa free..baca marathon terus :)

Ryoki said...

i'm proud to be a anak bongsu!! ^_^

mawarbiru said...

terima kasih zara..
rasa bangga menjadi anak sulung..

ahmad jo said...

ank sulung cepat matured. betu ke??

suffer8zine said...

wow, warna ceria la blog ni, nice :P

Terkini : Mati disengat tebuan

dayah mansor said...

proud to be anak sulung.hehe~

/me: suke kalau usik adik bongsu smpi die bising/naik angin,then jerit konon2 diri sendiri xbersalah..'Ayah,tgk adik nih~'(hua3~ senyum evil~:p)

Amira Amair The Poyos said...

Ya betull!!sebagai anak sulung apa aku nak smua dpt..muahahaha...

Walaupun aku dah diajar basuh berak adik sejak aku umur 5 tahun..
tapi aku suka jadi anak sulung..

Anak sulung dapat lebih dari yang lain2 termasuk bab kena marah dengan mak abah..

kikiki..

izulman said...

wa kreatif btul ni mesti pngalaman sndiri haha. ank tgh takde ke? :(

avid gunner said...

dan semua kelebihan ni korang takkan dapat masa korang jadi anak sulung ketika sekolah rendah. dah habis sekolah, memang seronok jadi abang/akak sulung. haha.

░♥si lampu neon♥░ said...

ANAK SULUNG MEMANG TERBAEKKK

ザ-sylver-shooter said...

eleh...

elehhhh..

elehhhhhhhhh... along cakap mesti tak pernah kecik kan (ckp clm hati)

Zayani said...

jadi anak sulung memang best, tp ada jugak kadang² mentensionkan.
haha~

eiela said...

saya suka 5 kelebihan nih.. ada pro dan kontranya jadi anak sulung nih depends on situation and gender.

HAZWAN17 said...

aku anak sulung...hehe

dheA said...

bertuah jd anak sulung..=)

lizz said...

aku anak no 5.even kau xtanye aku tetap nak jawab.muahahahahaa!!!!pada aku, anak sulung kena tabah.cuz kalau dapat adik2 yang mentel semacam.sure sakit jiwa je.hahahaha

Amir Said said...

menarik! adik zara yg bongsu umur brp skg?

aku x suka la jadi sulong. xde abang n kakak.. hehe.

takky said...

paling suke bahagian 1 dan 4...
hahahah

violet VC said...

yeay...saya anak sulung..bangga ;)

ikan mayong tu rupe bntknye mcmane?
hoho..xpenah dga name tuh...

bazz rianne said...

tp org ckp..
bile ank slung nk kwen,proses pemilihan calon n approval ntok psgn si sulung yg plg ssh..
sbb mk bpk blum/xder pnglmn sndrik mengawenkn ank..
hm..

Azrul Hisham said...

Abang anak ke-3 tapi anak lelaki sulung...camne tu? ekeke :P

wah2...layout baru nampak? abang ingat tersalah guling masuk blog orang lain tadi...hehe :)


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

cik-terompah said...

part yg dpt semua br tu setuju sgt.. haha.. sbb mmg ank sulung gitu.. mak ayah syg lebih sikit.. almaklum segala nya bermula...

~fiM-uNdefiNed~ said...

anak sulung pon banyak cabarannye juge...contohnye banayak tanggungjawab...tepaksa tolong parents lepas da dapat kerje sementara adek2 yang lain masih bersekolah...kadang-kadang pernah juge mendengar rungutan daripada kawan-kawan yang bergelar anak sulung nie...dipaksa kawen...hahaha~
setiap anak ader kelebihan & cabaran masing-masing..tak kira la anak sulung,tengah atau bongsu...=)

Emilia Emira said...

bangga jap jadi ank sulong...tp mostly btl~

apezs shah said...

wow so cute.. tapikan zara.. dapat mane yea kartun kotak2 tu.. comel la...;)

FarhanaDr said...

Aku adalah anak sulung.. Dan apa pun yang jadi, aku bangga jadi anak sulung sebab ada adik-adik yang aku sayang.. Biarlah tak ada kakak mahupun abang sekalipun.. Heehee.. :)

muhammad Jr said...

gila best jadi anak sulong
kadang2 tue boring jugak
HAHAHAHAHA

btw, comei gila gambar-gambar kat atas

hehe

M.D 沙美美 said...

Anak sulung best!!!
boleh buli adik2...

tp kdg2 kena buli balik.. =,="

masl said...

hai,saya anak sulung! memang betul! sgt bahagia jadi anak sulung.yeah! haha!

YobSumo said...

anak tengah selalu tertekan sebab kena compare dengan anak sulung. anak bongsu takpe sebab manja.

jadi boooo kepada anak sulung. HAHAHAHHAHA!

aku dah try jd se positive mungkin ni. kihkihkih.

chentaMAYA said...

along ke angah ke. masing2 punya kelebihan! hee~

syarifah radiah ibrahim said...

kak, garang tak jadi anak sulung?
hehe~

saya anak bongsu, bukan tertekan sebab mak ayah suruh masuk unversiti macam kakak dan abang yang lain,
tapi sebab saya lah yang bongsu, maka perlu buat sehabis baik.

syaftome said...

hmmm...bagus...
x t'pernah t'pkr...
tp itu semua kelebihan nye...
kekurangan nye pun ada jgak...
there are other side to every story...

nur choki choki said...

kadang seronok kadang tidak seronok jadi anak sulung,,
apa yg adik nak kena serah mereka dulu ..

nabil_potter said...

comey la gambar dia..hehehe

aznee yunos said...

hye. baru juper ur blog. best.

mmg best jd ank sulung, latihan jd pembuli dr kecil.=D

bila besar skit, kita nyer opinion mesti parent ambil kira haha bengang adik2

wonderfuLife♥ ♥ said...

salam..
memang betul pon,anak sulung memg terbaik..haha..sebb saya pun anak sulung gakk..hehek..
tapi part yang cucu sulung tue memang xnafikan,semua ambil berat tapi part yang xbest jadi cucu sulung nie bile nak dekat umur kene kahwin,semua tanya bila turn sedangkan umur baru 20..sadis! T____T

tira azhar said...

mohon share! saya anak sulung. sukasuka :)

ima zahra said...

kawan saya suka cakap: untunglah ko, ade kakak abang.

dan saya kata ngn dia, ko lagi untung, ko anak sulung = lambang cinta. dan sampai sekarang dia bangga sbb dia adalah lambang cinta mak n ayah dia. :D

heee~

dw3.en said...

PSM??? LOL

aleeya hos punya said...

not for me though.

anak sulung, tapi kena buli ngan adik2. :(

barang2 baru kalau nak beli kena kumpul duit belanja sekolah. [sekarang kena kerja la. study jadi kucar kacir sebab belanja tak cukup kat kampus. nak mintak kat mak ayah, adik 8 orang kat bawah tu.. adehh..] yang terBAEK semua dapat kat adik no 2 sebab dia anak sulung lelaki. =.="

bab album, memang penuh satu kotak. bukan 5 album. sebab kebetulan pulak anak sulung dan cucu sulung family mak.

perhatian lebih sampai muncul adik baru? kira ada la. tapi tak sampai 2 tahun da dapat adik =.="

komen untuk nota kaki: anak sulung memang kena serba boleh. by hook or by crook. ok, senaraikan apa yang anak sulung boleh buat yang adik2 dia tak boleh buat. banyak yang teramat. hahaha..

tapi satu je.

ayah dah overprotected lak. heish. nak kuar g umah sebelah pun susah =.="

/Dayah//Nurul/ said...

anak sulung bnyak tanggungjwb. good post :)