Saturday, November 27, 2010

Kenapa Aku Bina Dinding Daripada Didekati Oleh Orang : Kaca Hati Aku Penuh Kesan Calar Balar Parut Hodoh


Kembar selalu tanya aku.
Kenapa aku seperti mewujudkan dinding antara diri aku dengan manusia lain. Aku peramah, senang didekati tetapi sukar untuk difahami. Bila kembar menyatakan sedemikian, aku menyedari sesuatu. Kembar, seperti juga Busuk (dan Nakama kadangkala), dapat melihat jauh ke dalam diri aku yang berusaha keras mengasingkan diri daripada sakit lagi.

http://th00.deviantart.net/fs71/300W/f/2010/283/9/4/94af18459cc2cc9813f99f9dc4454635-d30g1b2.jpg
[Gambar : Kau ingat kenapa aku sentiasa renung langit?]

Sakit.
Aku dibawah pengaruh lambakan pil berwarna biru lagi.
Biarlah.
Senyum.

Dinding Tidak Kelihatan.
Aku mungkin manusia yang sentiasa telus dan berusaha membuatkan orang lain gembira walaupun hakikatnya aku sendiri yang cedera. Disebabkan pernah tercedera dengan teruk suatu ketika dahulu, aku mengubah diri aku menjadi lebih meredhai apa yang aku lalui. Walau sakit sekalipun, asalkan orang disekeliling aku tersenyum gembira, aku akan teruskan juga. Ah, bukankah aku perlu senyum supaya semuanya sentiasa baik? Hakikatnya, kesakitan itu semakin lama, semakin memakan diri dan ternyata, aku yang tanggung sendiri.

Senyum.
Sakit sendiri.
Ubat sendiri.
Sembuh sendiri.
Itu prinsip diri.

http://img.photobucket.com/albums/v731/joanne81/Danbo_loves_you__by_BeciAnn-1.jpg
[Gambar : Kau tanya mana bahagian yang sakit? Ini kau tahu? Hati yang sakit.]

Kembar : Kenapa awak bina dinding antara awak dengan orang lain?
Aku : Dinding?
Kembar : Ya, awak bina dinding dari didekati orang lain. Sebab pernah terluka dahulu?
Aku : Mungkin. Entah. Hati saya macam kaca.
Kembar : Maksudnya?
Aku : Hati saya macam kaca. Penuh calar balar, penuh parut hodoh menahan sakit dan sengsara. Saya bertahan dan saya takut, kalau satu hari nanti kaca ini pecah, saya akan lukakan diri sendiri dan orang sekeliling saya. Kalau saya sendiri tidak mengapa, tapi bagaimana dengan orang lain?
Kembar : Faham.

Disebabkan itu juga, bila aku didekati dengan baik oleh sesiapa sahaja, aku membuka ruang sedikit demi sedikit agar aku juga boleh menjalani hidup seperti manusia biasa. Jika orang hulurkan persahabatan, aku menerima dengan hati terbuka, dan aku akan menggila bila aku dikhianati semula. Ramai, aku punya ramai kawan di alam realiti dan maya, tapi teman yang memahami?

Blog ini tempat aku mencurah rahsia hati.
Blog ini tempat aku simpan kemas coretan buat mereka yang mengerti.
Blog ini bukan sekadar tempat aku bermain seni.
Blog ini lebih kepada perwakilan diri.

Sebab itu kau perlu tahu kenapa aku marah dan benci bila orang plagiat blog ini.
Sebab ia tentang diri aku sendiri.

Tidak Memilih Kawan, Menjauhi Lawan.
Sesiapa yang kenal aku di alam realiti dan juga maya, tahu aku tidak pernah memilih kawan. Bahkan orang sering bertanya kepada aku, bagaimana aku boleh kenal dengan mereka-mereka yang mungkin sungguh asing daripada aku. Aku seorang yang mudah. Orang buat baik dengan aku, aku juga buat baik dengan orang. Orang buat jahat dengan aku, balasannya aku akan fikirkan mengikut keadaan. Mudah kan?

http://img36.imageshack.us/img36/5958/79791948.jpg
[Gambar : Kalau orang boleh berkawan dengan aku, kenapa aku tidak boleh berkawan dengan orang?]

Dan kau perlu tahu sesuatu.
Tidaklah penting mungkin bagi kamu.
Tapi penting untuk aku.

Kalau aku sudah menyukai seseorang itu (sebagai contoh budak rambut lawa), aku memang suka sepenuh hati. Aku tidak kira apa yang terjadi pada diri.
Senyum.
Itu contoh sahaja.

Keluarga Kekuatan Diri.
Begitu juga halnya dengan keluarga.
Itu antara penyebab kenapa aku perlu kuat.
Walaupun kekuatan aku sering diuji dengan perbalahan kecil dan ujian berskala sederhana daripada keluarga, aku mengerti tanpa mereka, aku mungkin sampah yang tiada nilai di dunia.

Air mata tumpah.
Tengah hari tadi aku tewas.
Aku kalah.
Kemarahan aku membuak seiring dengan kesakitan aku.

Pertahanan diri aku dicerobohi dengan kata-kata yang memakan diri.
Aku sedar yang aku bukan baik.
Aku manusia jahat.
Orang lain semua malaikat dan aku syaitan.

Tidak.
Anak-anak saudara Puan Mulia adalah yang terbaik, rajin dan boleh diharap.
Aku ini adalah musibat yang langsung tidak akan kenal erti suka dan gembira.
Aku ini anak jahanam yang tidak pernah berjaya.
Aku kan si celaka yang tidak pernah memberikan apa-apa,
Siapa aku mahu dibandingkan dengan mereka yang lebih baik dan mulia?

Aku bukan ada nilai signifikan ataupun bermakna.
Aku cucu penuh cela.
Kisah aku dijaja.
Dari mulut orang tua kepada yang lebih muda dan lebih muda.
Bila berjumpa, semua mata serong memandang aku yang terpinga-pinga.
Ah, nasib baik masih ada yang bocorkan rahsia.
Baru aku tahu nilai aku pada mereka.

Senyum.
Kesat air mata.
Kenapa aku terlampau mengikut hati?
Biarlah orang lain mahu benci.
Aku patut mati sendiri.

Aku tidak pernah kata aku baik.
Aku tidak pernah mendabik dada kononnya aku telah berjaya.
Bahkan aku bukan apa-apa.
Aku tiada nilai dalam keluarga.
Tapi salahkah aku mahu sedikit bahagia?

Salah!
Walaupun kau dilamar pekerjaan dahulu berbanding mereka, kau tetap ada cela.
Kau pemalas, kau penuh cacat di setiap aspek pada pancaindera mereka.
Senyum, duka.
Pahitkan?
Aku telan sahaja.

http://www.gundammodelkits.com/wp-content/uploads/2010/07/IMG-3639.jpg
[Gambar : Biarkan aku bermain dan kenal kebaikan dan kekurangan aku sendiri]

Senyum.
Kuatkan diri.
Girangkan hati.

Kau tahu kan?
Aku senyum bukan kerana semuanya baik.
Tapi aku percaya semuanya akan baik kalau aku senyum.
Cukuplah.
Aku sudah lali dengan jarum halus penuh sakit dan benci.

Nota Kaki :
1. Tadi aku menangis sambil ketawa walaupun aku tahu hati aku bengkak menahan rasa hati.
2. Sejuk.
3. Aku amat perlukan tidur selepas mengambil ubat secara berlebihan, tapi matatidak mahu mengikut kehendak tubuh. Aku tidak mengerti.

Zara : Kadangkala aku tahu aku perlu mengalah. Tahan segala marah. Sebab mengalahnya aku bukan beerti aku kalah. Tapi lebih kepada kemenangan mutlak suatu hari nanti. Buat masa ini, biarlah mereka semua bergendang dan menari. Aku kurung jiwa dalam satu almari.

23 comments:

pali7x said...

Dear Tengik,

one word - ko bongok.

thousands time aku dah bgtau kt ko. manusia ni mcm mana. bila diorg tak leh lawan ko, diorg kutuk ko. diorg akan sentiasa cari point kelemahan ko yg serba sedikit utk tutup kekuatan ko.

yg ko ni buta asal?

dah tahu org guna point ko yg sikit utk tutup point ko yg besar, berbaloi utk hidup ko?

igt la dr mana ko dtg. utk sampai ke tahap ko skang, ke tahap ko jd cikgu ni skang, ko igt mcm makan abc?

come on la, aku menyampah tgk lu down. kalo down dgn org yg mmg kaw2 power aku leh tabik lg. ni dgn org yg tah hape2, aduhai...

tak semestinya diorg tua, diorg betul semua. dan tak semesti lu muda, lu salah semua.

jgn jd ngok lg. ataupun aku pindah duk bangkok terus tak balik2 dah.

Paan Ovrtd said...

Ini...ini...terlalu menyayat hati ayat2nya....

:(

I*K*T*I*R*A*F said...

puitis!

Azrul Hisham said...

banyakkan bersabar k...adik kesayangan abang kena kuat tau (^_^)


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

Anonymous said...

kak zara dear.

entry yang ni sangat tacing. dan sangat mewakili perasaan hati saye jugak.sobs =(
tak mudah nak bahagiekan sume orang.
ye bekawan ramai itu bagus.
tapi bejaga tehadap lawan itu juge perlu.
tak sume kat dunie ni mulie dan berhati murni bukan?

ouh. kite perlu kuat ok. sangat kene kuat dan tabah. sile jangan down ok.
you are superwomen yang even catwomen kalau lawan pun tak boleh menang ok.=)

kalau ade satu yang nak jatuh kan you sis. there a lot of ppl actually yang hulurkan tangan to hel you out!

be strong ok kak zara.

you ade fans that heart you much.remember that.

smile like always okay!
=)

Gadisses said...

jgn terlalu rasa down.. smua sama di mata tuhan... kita kena kuat,minta petunjuk cmna nak yakin diri... hidup nie sementara, so live it at the fullest potential! kalo kamu nak berubah, jadilah perubahan itu. Ingat nie : tuhan yg memegang hati setiap manusia,jd berdoalah agar tuhan jadikan hatimu tenang,jauh dr kegelisahan dan dihilangkan sifat2 negatif..DAN tuhan tdk pernah memungkiri janji!

The Poyo Me said...

Mana butang 'like' ni?
gua nak like Pali7x punya comment.
direct dan betul.
cik zara, kita manusia yang unconventional.
kita lain dari arus.
tetnunya ada cara kita yang agak asing dari cara mereka.
dan tentunya ada cara kita yang menimbulkan salah faham, read: cercaan, kepada mereka yang lain.
tentunya tak berbaloi untuk menangisi hati yang dilukai mereka; lebih baik kutip cebisan hati itu dan bergerak ke hadapan.
tinggalkan mereka di belakang!

zirconia said...

zara,
utk senangkan hati semua orang memang payah. kuatlah, sebab ramai lagi yg akan terpengaruh dgn ketabahan anda menghadapi semua masalah.

NAA said...

syedihnyer.. cheer up eh :)

suffer8zine said...

wow tersentuh

Terkini : Burger Daging Ular

mier@merr said...

biarlah apa orang nak kata...cukup untuk jadi apa yang kita mahu...apa yang kita perlu..kita hidup untuk kita...bukan untuk mereka2 yang cuma tau mengata..tahu memandang tapi tidak merasa..

avid gunner said...

tak salah bina dinding. yang penting jangan bagi dinding tu buat kita paranoid dengan orang lain.

ijatnuar87 said...

hidup ni xsemestinya adil...kerana hidup pasti akan menganiaya orang yg tak bersedia...aper2 pom halangan yang datang,tabahkan ati...u can do it...

rabiatuladawiyah said...

kak zara, senyum + sembuhkan luka di hati~ :)

hysman said...

kenapa perlu ade dinding??
bkn ke kita dae kelebihan sendiri..
tak semestinya ape yg kita ade org lain ade..
anggap ia sbg kelebihan bkn kekurangan..
dah jgn down2 lg ye...

Namia Cinta said...

sebenar nya ujian sebegitu buatkan kita membina kekuatan diri... ada masa nya memang susah nak gembirakan orang di sekeliling kita dan dengan mudah kita sakiti mereka walaupun tanpa kita sedar...

manusia biasa nya hanya akan nampak keburuk kan orang lain berbanding kebaikan....

jangan mudah mengalah dan jangan pernah putus asa dengan dugaan yang menimpa.. Allah sentiasa bersama dengan hampa nya sekali pun hampa nya sering kali lupa pada NYA ...

tak salah pun membina dinding pertahanan supaya tak akan ada siapa yang akan mencederakan hati kita walaupun ada masanya dinding itu mampu di ceroboh..

apa pun semoga zara sentiasa tabah menhgadapi dugaan sebegitu.. masih ramai lagi yang percaya akan kebaikan yang zara lakukan.. masih ramai lagi insan yang sayang kan zara

g0m0k9enDek said...

kata2 seolah down itu hanya pengubat sementara lara itu. itu tidak mengapa. sangat normal orang melakukan itu!

kamu lebih kuat dari apa yg kamu fikir!

cik EPAL said...

kak zara cayang. heee. lately, post akak asyik sedih sedih je. cheer up! sometimes kita kena mengalah untuk menang =)

░♥si lampu neon♥░ said...

UNTUK HIDUP KAT DUNIA NI BUKANNYA SENANG. HARI HARI TAK SELALUNYA INDAH..AKU BELUM TEMUI BAHAGIA AKU..KONFLIK DIRI BIASALAH TU..DONT FORGET TO WAKE UP GIRL

zino said...

kena yakin dengan kekuatan diri sendiri.. menyedari kelemahan .. sentiasa waspada dalam sebarang keadaan tetapi tidak perlu menjauhkan diri..

syaftome said...

walau apapun yang tiba...
tak kira suka atau duka...
kau patut bersyukur dan berbangga...
ada sahabat yang sanggup menanggung derita...
bersama-sama...
tidak kira waktu dan masa...
walau dimana jua kau berada...

Anonymous said...

sgt slalu mrasakn yg sama.
sgt slalu trlebih pil mnahan rasa.
senyum dan senyum.

gInk sOwt said...

serupa dengan kisah hidup saya . terbaek arh kak zara