Wednesday, November 03, 2010

Mabuk Peperiksaan #2 : Seronok Meniru? Baiklah. Markah Dapat Dibahagikan Kepada Bilangan Peniru.


Kelakar.
Bila budak meniru dan menyalin segalanya tanpa memikirkan apa-apa. Ah, kalau mahu meniru sekalipun, sila gunakan otak. Ini tidak, demi kasih sayang pada kawan kononnya, marilah kita salah bersama Begitu?

http://arkarthick.com/wp-content/uploads/2010/06/4-cute-funny-danbo-cardboard-box-art-bullying-around.jpg
[Gambar : Kalau nak meniru guna otak boleh?]

1. Meniru bulat-bulat tanpa fikir apa-apa.
Ini banyak aku jumpa dalam kerta peperiksaan hujung tahun (termasuk juga kerja sekolah). Memang lawak budak yang meniru begini disebabkan mereka fikir mereka tidak akan dapat ditangkap walaupun meniru. Hebat. Dengan satu perkataan sahaja, aku dapat tahu mereka meniru.
Contoh : Ejaan loceng, dieja sebagai LONCENG. Ada lebih kurang 5 kertas yang aku jumpa dengan ejaan yang serupa dan contoh yang serupa.
Penyelesaian : Bulatkan dengan pen merah dan catatkan nama mereka di kertas yang aku sediakan di tepi. Senarai nama budak yang meniru.

2. Meniru daripada buku.
Bila masa peperiksaan, mulalah tangan meraba-raba buku bawah meja nak baca buku. Masa sebelum peperiksaan tak pula nak baca buku kan? Kadangkala diselitkan di bawah tempat duduk dan dengan sedaya upaya akan mencari jawapan dalam buku.
Contoh : Meniru bahagian yang senang. Soalan kesan pencemaran. (baca : Mabuk Peperiksaan #1)
Penyelesaian : Nak bagi 0 markah ataupun bagi markah? Sekali meniru pun jawapan salah, nak buat apa? Ketawakan?

3. Cubaan meniru dengan menggunakan nota yang aku sediakan.
Yang ini memanglah sangat lawak. Nota itu aku yang buatkan, mestilah aku sangat memahami di mana isi-isi penting yang aku sediakan. Boleh pula kamu buat alas kertas soalan semasa peperiksaan? Nasib baik bukan aku yang tangkap. Kalau aku tangkap, memang kertas jawapan kamu dah koyak aku kerjakan.
Contoh : Pengertian untuk proses pengaloian (sebab ada soalan dwibahasa). Boleh kau salin ayat bulat-bulat daripada nota macam menghafal pula? Nampak sangat menipu.
Penyelesaian : Aku suruh budak tu berdiri dan aku tanya secara lisan selepas peperiksaan. Terketar-ketar tak boleh jawab.

4. Nak tolong kawan.
Ada sesetengah kes, orang bagi kawan dia meniru disebabkan kawan dia minta. Disebabkan rasa kasihan, dan dia lebih bijak sedikit, maka, beri jawapan dalam kertas pada kawan dia. Bagus. Orang macam ini memang kena ceramah dengan aku dalam kelas selepas peperiksaan semalam.

Aku : Awak beri kawan awak meniru sebab kasihan? Bagus! Awak musnahkan masa depan dia, awak musnahkan masa depan awak sendiri. Sila berdoa agar bukan saya jadi guru kelas awak tahun depan.
Budak : Kenapa cikgu?
Aku : Sebab di sijil berhenti sekolah awak nanti, saya nak tulis kelakuan 'Sederhana'.
Budak : Kenapa kalau tulis macam tu cikgu?
Aku : Sebab percayalah cakap saya, yang tiada siapa akan ambil awak bekerja nanti. 
Budak : Tulislah kelakuan 'Baik' cikgu.
Aku : Nak tulis 'Baik' di saat awak meniru masa peperiksaan? Dalam mimpi.

Banyak lagi sebenarnya. Tidak banyak jawapan mengarut disebabkan banyak soalan yang berkisar mengenai fakta, cuma ada satu dua sahaja manuskrip yang bagi jawapan berunsur kurang ajar (pastinya aku tak boleh letak di sini disebabkan lucah nanti jadinya). Tunggu minggu depan hari Isnin, budak itu harus bersedia untuk dibasuh oleh aku.




Nasib baik tiada lagi yang begini seperti masa peperiksaan setengah tahun.
[Gambar daripada hasil penulisan sini]

Aku seorang yang mudah.
Maka, sebagai pemudahcara, disebabkan aku malas nak beri markah sifar, aku dengan gembiranya mahu menjadi murah hati dengan membuat formula baru untuk peniru-peniru tegar ini.

Bilangan peniru = Kira bilangan yang sama jawapan.
Markah dapat = Pilih kertas yang ada markah paling rendah daripada peniru-peniru.
Markah sebenar = Markah paling rendah dibahagikan dengan bilangan peniru.

Boleh tak?
Mari kita masukkan contoh untuk lebih jelas cara pengiraannya.

Bilangan peniru = 5
Markah dapat = 60, 55, 40, 45, 66 (Kita pilih 40 disebabkan paling rendah)
Markah sebenar = 40 bahagi 5 = 8.

Yeah!
Lebih baik daripada dapat sifar kan?
Ketawa.

Nota Kaki :
Hari ini sudah mula cuti. Oh, banyak yang perlu diselesaikan dan aku mahu mengayuh basikal pagi ini. Cuaca nampak baik dan terang. Terima kasih atas ulasan kalian tentang penulisan semalam. Bukan aku yang mahu menarik minat pembaca lelaki, tetapi kawan aku, seorang lelaki yang bertanyakan soalan itu.

Zara : Melalui dua malam yang menggembirakan. Rasa bahagia menyelinap di dalam hati walaupun ternyata, belum termakbul apa yang dihajati. Senyum. Apa pun, aku bertugas menjaga rumah sepanjang ketiadaan Abah yang menghantar adik lelaki ke UPSI untuk temuduga pada hari ini (3 Nov). Abah ke sana semalam.

21 comments:

Rahika Wahidah said...

Ya Allah zara. Macam-macam hal budak-budak ini.Kena menanda masa mood baik lah agaknya. Kalau mood x baik, memang koyak kertas itu agaknya..Btw nak tanya pasal penempatan posting . Dulu Zara, dieorang hantar kat negeri pilihan Zara atau x da dalam pilihan.

ima said...

semarah-marah cikgu tetap baik kan? tetap nak bg markah walau[un da tiru. =)

Amni said...

awlnya cuti? apasal student ko tulisan amcam budaks ekolah rendah? ko mengajars ekolah rendah ke? haha... biar betul ada soalan tentang aloy dan segala bagai... ekekeke....

rindu ko weyh!

Yusoff said...
This comment has been removed by the author.
Yusoff said...

1st!!

tergelak baca bebelan awak.
bekas cikgu sekolah sy pun selalu merungut benda yg sama. kadang2 sampai sakit perut dengar cikgu2 ni bising perihal 'copy-pasta' ni.

untuk pengetahuan awak, perangai ni boleh terbawak2 sampai ke IPTA.

ada jek budak sekelas sy yg meniru dalam final exam. terkantoi then buat lagi.

si pelakunya sorg perempuan. nota2 disorokkan di tempat2 'strategik'. celah baju, diselitkan kat pinggang lah.

bygkan 3 sem meniru baru dpt tangkap! masa tu cgpa dia dah 3.00 sumtink!

tak campur lagi perangai tiru 'assgmnent' sejibik2! =))

LORD ZARA 札拉 said...

Rahika :

Itu antara sebab kenapa Zara akan menanda kertas sambil dengar lagu dan sebagainya. Supaya mood tidak akan terjejas kalau ada unsur2 tak best atas jawapan~
:)

Oh, Zara minta Sabah, tak dapat. Dorang bagi ikut negeri kelahiran time tu :)

Ima :

Hahaha.
Kena bagi juga lah kan?
:)

Tini :
aku ajar sekolah menengah la. Dah kata aku ambil kimia dulu. Aku ajar Sains Form 4, memanglah ada tajuk alloy~

Yusoff :
Ouch!
Meniru dnegan gigih tu manusia begitu~
>.<

Hazzy Ishak said...

siap ada calculation sendiri bagi budak2 meniru.

lawak lah

azmiroy said...

zara > jika dilihat pada trand sekarang orang semakin kurang membaca, terbawa2 dari sekolah sehingga ke universiti, oleh itu kita dapati ramai yang layari internet bagi mencari bahan rujukan bila dapat copy dan paste kemudian modified sikit2 dan keluar hasil kerja mereka.
Lahirlah jenerasi yang meniruuuu

Paan Ovrtd said...

Takde skill langsung! Hahaha! Aduh adik2ku....

En iLham said...

macam2 ragam sungguh budak2 sekarang ni. tapi dulu pun ada juga. huhu. yang meniru sampai ke universiti pun ada. memang lagi parah lah kalau kantoi dengan pengawas peperiksaan. terus kene keluar dewan kot

Latifah said...

salam zara, first time di sini.
datang-datang ada entri pasal meniru ni.
emmm benda ni dah jadi budaya, jika di sekolah lagi sudah buat, memang akan terbawak-bawak kat IPT nanti.
Kalau Latifah jadi invigilator untuk Test, sebelum mula pesan je kat student tentang keberkatan ilmu dan kesan jangka masa panjang.
Mana yang terkesan memang tak meniru, tapi yang x faham bahasa, akan meniru jugak...
huhhhh... x suka sistem pendidikan sekarang...

Cik Liyana said...

arak=air kencing setan...hahah byk sangat pengaruh luar nih. cikgu tetap bagi markah kan wlupon kosong.

zackque said...

just like my student... universiti level lg... klu lab report smpai 10 kumpulan bg lab report yg sama... setiap org akan dpt markah yg sama... mcm yg awak buat... at least x dpt kosong... baik ati kan??? kui3...

Amni said...

aku baru tau sekolah menegah dah start cuti.. ahihh... rupanya...

ARC™ said...

hhahahaha SIltan......
mane diorg dpt idea meniru eh

Ryoki said...

hahaha... tringat dl time skolah... da soklan tentang lithium, sodium n potassium dalam kala berapa.. then da kwn2 yang pegi jwb kala jengking, kala(colour) merah n etc... mmg lawak la coz cikgu bc jawapan die dlm kls.. mmg kena basuh r pas2...

YobSumo said...

hahahhaha. macam2 lah Zara budak2 sekolah ni. tapi yg aku tahu nak meniru ni panic sbb tu sampai boleh terkantoi.... mcm pernah meniru je aku ni? kihkihkih...


p/s: mmg ade entri baru, baru je kuar. tadi leaking sikit connection ;)

fatimah zaharah said...

Cikgu, jawapan air kencing siltan tu memang kelakar.haha.

Tapi ni subjek apa ye?Sivik?

syaftome said...

hmmm~soklan pertama tue...
camner budak tue tahu perkataan "minuman keras"...
ish2 budak2 zaman sekarang nie...
hairan aku...

takky said...

drpd lulus...
trus gagal....
tu la balasannya...

Nur Hasyimah said...

pdpt sy, kalau gurunya baik hti slalu bg markah wlupn hakikatnya xlayak dberi markah, plajar xkan rsa trcabar ..and xkan br usaha utk dpt markah ..