Sunday, November 21, 2010

Malam Hujung Minggu Bersama Kembar - Otak Biasanya Tidak Stabil Bila Waktu Melepasi Jam 2 Pagi


Hujung minggu tiba lagi.
Aku rasa masa kamu semua baca ini, aku sudah bergerak ke kem. Bertugas untuk satu program yang dianjurkan oleh satu badan kerajaan. Tidak tidur di sana semalam disebabkan kebetulan aku baru balik berkursus dan ya, Bonda kurang sihat. Pagi ini kesihatan Bonda sudah kembali pulih, maka, aku boleh bergerak ke sana.

Senyum.
Malam tadi aku berbual dengan kembar aku (yang terabai tanpa sengaja sewaktu aku berbual dengan kawan pendiam). Berbual dengan kembar memang akan penuh dengan segala macam emosi dan di situ aku sering merasakan, berbual dengan manusia yang memahami menjadikan aku lebih manusia daripada selalunya. Kembar berjaya buat aku rasa begitu.

http://farm4.static.flickr.com/3353/3245461328_6764c4efb8_m.jpg
[Gambar : Selalu nampak kembar datang dengan simbol epal. Ha ha ha]

Disebabkan perbezaan waktu antara aku dengan kembar adalah agak besar dan dia di belakang sebanyak beberapa jam, maka waktu untuk komunikasi selalunya akan menjadi lewat tengah malam (agak bertuah kalau kelas kembar habis awal dan dia sudah berada di bilik tanpa giliran memasak). Dan ya, aku punya kembar yang sangat mengambil berat termasuk kuat membebel (batuk-batuk, nasihat sebenarnya).

Kembar : Dah mengantuk ke? Awal lagi kot?
Aku : Boleh tengok jam sikit?
Kembar : Kan malam minggu?
Aku : Ya betul.

Tapi, selang berapa minit selepas itu...

Kembar : Pergilah tidur, tak baik tidur lewat.
Aku : Eh?
Kembar : Kena dapatkan tidur yang cukup, jaga kesihatan.
Aku : Tadi cakap lain.
Kembar : Cikgu kan kena tidur awal, itu fakta.
Aku : Ceh! Jurutera nak suruh aku tidur pula, tadi kata hujung minggu la, apa la.
Kembar : (ketawa) Nanti awak mengantuk. Bangun lambat, Mak marah.
Aku : Jadi tolong kejut saya, boleh?
Kembar : Ceh!

http://s3prod.weheartit.netdna-cdn.com/images/3446973/danbo_trudges_to_work_by_majgreen_large.jpg?1282209788
[Gambar : Kembar kata, sedikit masa lagi salji akan turun di tempat dia]

Kembar : Musim sejuk hampir tiba.
Aku : Seronoknya! Saya nak kirim salji.
Kembar : (ketawa) Nanti saya kirim, kalau boleh sampailah.
Aku : Saya nak lima kilo.
Kembar : Apa awak nak buat dengan salji?
Aku : Buat makan ABC.
Kembar : Di Malaysia senang nak cari ABC lah!
Aku : (ketawa) Saja, suka-suka.

http://fc09.deviantart.net/fs71/f/2010/009/a/1/a10b3b8db228ac585e72b7aa61650392.jpg
[Gambar : Nanti aku tanya kembar jika dia ada buat orang salji ke tidak]

Dengan kembar, boleh dikatakan ada sahaja pertengkaran kecil (yang biasanya sebagai suatu bentuk gurauan). Dah kata kembar, perangai masing-masing adalah sama dan tiada siapa mahu mengalah. Baiklah, kembar mungkin akan mengalah setelah aku menerapkan beberapa nilai psikologi dalam proses dibuli. Ketawa. Dan ya, kami memang kejam. Silap, aku lagi kejam.

Kembar : Ada orang marah.
Aku : Mana ada.
Kembar : Ya, ada orang marah, ada orang bengang, ada orang sakit hati.
Aku : Saya kalau ikut marah, sakit hati, mesti dah bunuh-bunuh orang tu. Culik keluarga dia, bunuh kawan dia beramai-ramai, cederakan kekasih dia.
Kembar : Itu kejam.
Aku : Mana ada kejam?
Kembar : Kejam!
Aku : Itu cara saya manjakan orang.
Kembar : Gila! Manjakan orang mana ada tendang orang?
Aku : Tak boleh ke?
Kembar : (ketawa) Awak memang kejam.
Aku : Sama-sama kejam. Sebelum saya buat tu semua, sila wasiatkan kamera awak pada saya.
Kembar : (ketawa) Ceh! Itu yang awak nak. Kejam betul.
Aku : (ketawa)

Sebenarnya, dengan kembar aku memang banyak ketawa. Sama seperti wujudnya budak rambut lawa. Kehadiran dia buat aku banyak tersenyum dan kurang menjadi beku bila aku keseorangan. Bukan, itu bukan sebab cinta. Itu lebih kepada nilai persahabatan yang aku sayang dan jaga. Dan malam tadi, bila jam sudah melebihi jam dua, otak aku mula merepek. Entah apa aku cakap dengan kembar, kenapa aku rasa aku macam merajuk dengan kembar eh?

Gila.
Ya, aku tahu.

http://3.bp.blogspot.com/_LBjzTkDxVc8/THOELe2gY5I/AAAAAAAAAEA/KR4TkhcG-24/s1600/4599739602_0edcfaa9ef_z.jpg
[Gambar : Apa pun kembar, saya tetap sayang awak. Awak kembar terbaik!]

Kembar : Apa khabar bakal teman lelaki awak?
Aku : Saya mana ada bakal teman lelaki?!
Kembar : Baiklah, teman lelaki awak.
Aku : Lagilah tiada!
Kembar : Ya, ada. 
Aku : Tiada!
Kembar : Ya lah, tiada lah (simbol jelir lidah)
Aku : Huh!

Penyimpan rahsia aku.
Itu kembar aku yang nakal dan suka buli aku.
Ya awak, saya tahu awak cuba jadi sarkastik dan sinikal lebih daripada saya.
Awas, malam ini (kalau ada lagi), saya tidak akan kalah!

Nota Kaki :
1. Budak rambut lawa tidak muncul semalam.
2. Mendengar lagu sambil berbual dengan orang kadangkala menenangkan.
3. Bakal mengayuh lagi. Gembira!

Zara : Aku tahu, lagu yang didendangkan hanya disebabkan lagu itu mungkin menyeronokkan, dan ya, aku ada dengar lagu yang sama minggu lepas. Ah, dengar daripada penyanyi dan kawan sendiri adalah tidak sama, tapi punya perasaan yang serupa. Senyum.

6 comments:

apezs shah said...

wah sayang is sayang hehe... boleh x?
panjang cerit yg berbeza. nak makan abc tetiba nie.

apezs ada tag kamu. singgah nanti yea.

hans said...

super duper active betul ko zara
kem lagi?
hahaha

P/S : Kenangan Di Hostel : Bila Tiba Waktu Hari Minggu

suffer8zine said...

wow! nice!

Panas!!! : ENTER

Encik Tikus said...

aigo~ sape budak rambut lawa tue ? keh keh, jeles nie LOL =p

takky said...

seronok bile ade yg same kpale...

seven_eleven658 said...

adakah kembar= bunny???hehhe