Thursday, November 25, 2010

Musim Mengawan Sudah Tiba : Apa Yang Aku Suka Dan Tidak Suka Bila Musim Ini Menjelma?


Salam semua.
Musim mengawan sudah tiba.
November dan Disember adalah musim mengawan, kata seorang pensyarah aku sewaktu di tahun akhir dahulu. Memandangkan kami semua adalah bakal guru (ketika itu), beliau menyatakan bulan November dan Disember biasanya akan dipilih oleh guru-guru disebabkan cuti sekolah dan juga musim mengawan terbaik - kelahiran boleh dijangkakan dalam bulan Oktober atau November tahun berikutnya. Ceh!

http://farm3.static.flickr.com/2431/4095934350_f456c55710.jpg
[Gambar : Apa kau ingat kotak tidak boleh berkahwin? Ada nafsu juga bila bercium]

Perkembangan teknologi yang pesat menyebabkan kehadiran kad undangan ke majlis perkahwinan hanya dihantar kepada rakan-rakan rapat. Yang lainnya akan dihubungi melalui telefon, pesanan ringkas (SMS) ataupun cara paling terkenal sekarang ini adalah ditanda di Mukabuku. Teringat perbualan aku dengan beberapa orang rakan sejawatan yang mengeluh tentang hal ini.

Kawan 1 : Aku ni tak dapat kad kahwin lagi sekarang. Semua guna SMS.
Aku : Saya lagi sedap, guna Mukabuku sahaja.
Kawan 2 : Aku dapat, orang telefon. Tapi betul, ramai yang suka hantar di FB.
Kawan 1 : Kalau macam Zara yang menghadap Internet setiap hari takpe, ni kita ni?
Aku : Saya pun kadang-kadang tak sedar orang jemput sekadar guna FB ni.
Kawan 2 : Rasa macam tak ikhlas.
Aku : (ketawa) Ikhlas tapi jauh. Nak jimatkan kos.

Pastinya, bila aku bertugas di kem ataupun mengikuti kursus, aku tidak menggunakan Internet. Jadi, kalau dijemput, aku sendiri tidak pasti dan mendapat panggilan telefon secara tiba-tiba supaya menghadiri perkahwinan, sudah menjadi satu kebiasaan pula. Ketawa.

[Gambar : Sudikah awak menjadi ratu hati saya? Wah, main suka aku sahaja]

Perkara yang aku suka (dan kurang suka) bila musim mengawan muncul :

1. Peluang untuk bertemu dengan kawan-kawan serta saudara mara yang entah dari ceruk rantau mana adalah tinggi.

Maka, berbual dan berkenalan jika baru kali pertama bertemu. Macam-macam yang akan dikorek, dari pekerjaan hinggalah benda yang berbentuk peribadi.

Kalau jumpa rakan-rakan lama :

Kawan : Kau kerja apa sekarang ni?
Aku : Kerja cikgu.
Kawan : Gilalah! Tipu!
Aku : Serius aku kerja cikgu.
Kawan : Tipu! Budak ganas macam kau mana boleh jadi cikgu?
Aku : Gila. Dah setahun aku jadi cikgu.
Kawan : Aku ada terlepas baca surat khabar ke?
Aku : Kenapa?
Kawan : Sepatutnya dah ada budak yang cedera kau pukul.
Aku : Ceh!

Kalau jumpa saudara-mara :

Makcik-makcik : Bila nak kahwin?
Aku : Tengoklah nanti. Muda lagi.
Makcik-makcik : Kalau kahwin nanti jemputlah.
Aku : Ya, insyaALLAH.
Pakcik-pakcik : Nanti kalau kahwin lambat sangat, tiada siapa nak tolong lagi.
Aku : Eh, tak mengapa.
Pakcik-pakcik : Kenapa?
Aku : Saya nikah di pejabat agama, lepas tu kita semua pergi makan KFC boleh?
Pakcik-pakcik : Macam itu pula.
Aku : Air boleh tambah, makanan tak boleh (ketawa)

Keji kan?
Ketawa.

2. Juadah yang pelbagai.
Ini sudah tentulah kan?
Siapa yang tidak suka makanan?

http://farm5.static.flickr.com/4038/4531264252_6a2e7c8a9e.jpg
[Gambar : Kalau dah dekat sepuluh buah rumah sehari, memang aku datang minum air sahaja]

Datang makan biasanya sebab orang suruh makan, maka jamahlah sedikit. Di kawasan aku, sejak kebelakangan ini, juadah sudah menjadi pelik (dan mencabar keimanan orang yang mahu menjamah sedikit sahaja). Antara yang disediakan :
  • Nasi minyak dan lauk-lauk yang biasa.
  • Nasi beriyani kambing (yang aku dengan laju terus capai pinggan) dan beriyani lain.
  • Ayam golek atau ayam panggang.
  • Murtabak
  • Soto
  • Laksa
  • Lauk-lauk yang agak pelik : Ikan keli goreng, ikan keli bakar masak lemak, ikan keli masak macam-macam dah.
  • Pencuci mulut : Dari kuih yang biasa sampailah ke cendol, ABC, air 9 jenis, aiskrim dan banyak lagi.
  • Otak-otak.
  • Ikan bakar
  • Kek cawan
  • .... senarainya berlanjutan sehingga boleh membunuh perut.
3. Pening nak beli hadiah.
Bila begini, memang pening kepala nak belikan apa. Ada yang kawan rapat mungkin lain sedikit dengan kawan jauh. Ada majlis yang tidak dapat dihadiri, maka hantar hadiah atau telefon sahaja pengantin. Ada yang suruh datang juga.

Kawan : Tak kira, kau kena datang juga majlis aku.
Aku : Ada kursus.
Kawan : Tinggalkanlah kursus sekejap, datang majlis aku.
Aku : Jangan jadi gila. Aku hantar hadiah ya?
Kawan : Tak nak hadiah! Nak kau datang.
Aku : Aku kursus.
Kawan : Datang juga!
Aku : Aku kursus di Muar lah! Gila kau nak suruh aku lari ke KL semata-mata nak pergi kau kahwin?
Kawan : (ketawa) Bolehlah.
Aku : Kalau kau kahwin lagi sekali, aku datang.
Kawan : Oit! Maksudnya aku dah jadi janda kalau aku kahwin lagi sekali!
Aku : Eh? Ha ha ha. Maaf.

[Gambar : Bagi ini sebagai hadiah boleh?]

Apa pun, buat semua yang menjemput aku ke majlis mereka, terima kasih banyak-banyak. Aku sangat menghargainya.

Nota Kaki :
1. Tuan punya DKDM sudah pulang ke Malaysia. Selamat pulang Archie!
2. Disuntik sedikit kegembiraan. Adrenalin bergerak lancar.
3. Senyum dapat minum susu campur pisang.

Zara : Ada kalanya kita perlu melalui semua itu sebagai satu bentu ujian agar kita lebih matang untuk menghadapi masa hadapan. Mungkin juga.

10 comments:

izee said...

hahaaaa beshh bc story ko ni Zara!! kawen mkn kfc mmg sempoiii..hihiiii
n'way salam kenal dr aku newbie ! @Lovely_Izeeak la tu.. tgur2 la taw.. =)

mier@merr said...

haha...aku hepi sebab dpat g knri syawal n k.normi..

ko cr org utara je lah yer..
smpt la aku kejar g yg dkt2 cni,..

nazihahisa said...

tapi kalau dah banyak sgt kenduri kendara pon sesak napas juga nk pergi. tak pergi kang majuk. kalau perhi. alahai.. tak larat :p

=MissRynn= said...

yup..musim mengawan yg memeningkan utk menyediakan hadiah.. psffff

Eazy Izzuddin said...

kasi alamat..
nk htr wedding card...
xD

gurau2 ja

takky said...

x taw plak yg kfc boleh topup air...

nak senang bagi adiah jam loceng...
pas 2 set la jam 2 b4 bgi kat pengantin...
wat jht skit...
hihihihihiihihi

nama.aku.lynn said...

-ayat kawan LZ best!haha..'dah ada budak cedera kena pukul'..hahah
-boleh pulak kawen p kfc kan?!hahahhaha

Paan Ovrtd said...

Bab yang jumpa sedara-mara tu yang lemah tu...tak berapa sangat la nak jumpa sedara mara ni. Tambah2 plak yang baru first time jumpa.

suffer8zine said...

eh boleh ke?kfc?

Terkini : Terperangkap 3 minggu dalam tandas

Hazzy Ishak said...

kalau masakan kat kenduri tu guna ikan2 air tawar memang tak makan dah. tak suka.