Monday, November 22, 2010

Perkara Yang Membuatkan Aku Menekan Butang X Dengan Laju Bila Melayari Internet


Salam semua.
Hari ini Isnin. Ya, Isnin yang ceria dan cerah.
Malangnya, disebabkan kebebalan melampau sesetengah manusia (dan juga sikap kepura-puraan yang tinggi) menjadikan hari aku sudah hampir mencapai rasa menyampah yang bukan mainan.

http://tomopop.com/ul/14101-/tumblr_l4z54gy1v61qbo5xoo1_500-550x.jpg
[Gambar : Aku tidak akan bawa kamu sebagai beban lebihan]

Kadangkala bila aku melayari Internet, aku akan terjumpa dengan perkara-perkara yang penuh dengan ujian. Ya, ujian kesabaran dan juga ujian mahu memaki orang dengan penuh perasaan (baiklah, istighfar perlahan-lahan).

1. Buka Mukabuku, dapat permintaan (baca : request) untuk suka (baca : like) halaman mengarut.
Ini memang selalu sangat. Sampai sudah ada beratus (atau mungkin juga beribu), permainan atau halaman atau entah apa-apa lagi yang aku halang diakses ke dalam akaun aku. Kecuali benda itu betul-betul penting dan menyeronokkan serta apa yang aku minat, yang lain aku akan abaikan dan halang daripada di akses ke dalam akaun aku. Oh, pernah juga seorang kenalan dalam Mukabuku menghubungi aku.

Kenalan : Kenapa tak main permainan itu?
Aku : Nak buat apa?
Kenalan : Seronok main ramai-ramai. Boleh tukar-tukar hadiah.
Aku : Hidup aku bukan nak santak duduk main permainan di Mukabuku.
Kenalan : Seronok, boleh ketagih bila dah mula main.
Aku : Sumpah tak minat.
Kenalan : Eleh, berlagak.
Aku : Ini bukan soal berlagak, cuma aku tak suka.
Kenalan : Buang je kau dari senarai kawan aku.
Aku : Suka hati kau.

Sebelum kau padam aku, aku dah padam kau dulu. Boleh?
Jangan meracau macam orang gila bila orang tak nak sertai permainan kau bersama-sama. Bukan semua orang suka.

2. Buka Mukabuku, orang tanda (baca : tag) dengan perniagaan entah apa-apa.
Baiklah. Mukabuku (FB) memang digunakan oleh ramai orang. Penggunanya bertambah setiap hari dan itu tidak dapat disangkal lagi penggunaannya. Cuma bila digunakan sehingga buat orang lain rasa nak memaki dengan bersungguh-sungguh, aku pasti strategi kau perlu diubah.

Contoh : Berjuta kali aku ditanda dengan tudung, anak tudung, pin tudung, baju, seluar segala. Ya, kan Mukabuku sudah jadi tempat perniagaan yang berleluasa. Tapi kan? Kalau dalam satu album ada 120 keping gambar dan kau tanda aku semua, soalan aku, adakah kau gila?

http://4.bp.blogspot.com/_GNU93HeSzVI/SgSES14erhI/AAAAAAAACBo/TYLvKZrAbso/s400/Sponge+bob+pants+wallpaper+1024x768.jpg
[Gambar : Kau tanda aku dengan seluar dalam lelaki kenapa? Sebab aku lelaki?]

Buat orang yang suka tanda aku dengan benda-benda pelik, ini laluan yang tersedia buat kamu sebagaimana yang termaktub dalam peraturan hidup aku.

  • Tengok benda (atau perniagaan itu)
  • Kenal pasti sebagai benda pelik.
  • Buang pos tersebut.
  • Buang tanda tersebut.
  • Dikeluarkan dari senarai rakan.
  • Dilaporkan sebagai ancaman.
Sudah jadi kewajipan untuk buang orang yang tidak faham bahasa.
Senyum.

Pelik dengan orang yang menanda aku dengan seluar dalam lelaki, ubat-ubatan yang tidak diluluskan Kementerian Kesihatan dan juga pelbagai benda lagi. Oh, yang menanda dengan ubat yang kononnya boleh memanjang, menegang, mengecilkan, membesarkan serta entah apa-apa lagi, adakah anda rasa anda pernah lihat anggota badan setiap orang yang anda tanda?

Kawan aku pernah ditanda dengan geng penjualan Viagra, padahal umur dia baru 24 tahun.
Piang.

3. Baca blog orang lain, tapi rasa macam tengok blog sendiri sebab orang meniru blog kita. 
Dah tak larat nak kata apa-apa lagi. Kita jumpa di akhirat nanti ya? Pada N.A., anda tidak sedar bahawa anda yang saya maksudkan? Apakah saya perlu letakkan pautan? Baiklah, tidak perlu. Buat apa bagi anda peluang untuk muncul di sini. Baik saya bagi ruangan khas untuk golongan yang kurang bernasib baik.

http://farm3.static.flickr.com/2558/4052342057_eaf404c322.jpg
[Gambar : "Zara, saya tak tiru. Betul. Saya ceduk je. Kebetulan pos saya ada tentang hantaran 20 ribu. Kebetulan sangat kan? Kebetulan saya ada perbualan serupa tentang kawan. Kebetulan tu semua Zara"]

Malas nak kata apa-apa lagi.
Lebih membencikan, orang begitu masuk ke blog ini, mahu jemput ke blog dia juga.
Dik, dah meniru pun berani nak ajak ke blog lagi?
Salah tampal pesanan ke?

Dik, jangan salahkan Kak Zara kalau tiba-tiba dapat amaran daripada Blogger ya?
Senyum.

4. Orang yang berikan komentar (tak kisah blog atau Mukabuku) dengan sinikal secara tiba-tiba.
Orang sebegini yang dikatakan lubang punggung (baca : asshole) dalam bahasa Inggeris. Tidak tentu pasal datang beri komentar menghina dengan konon-kononnya lupa minum susu badan sebelum menghadap komputer. Eh awak, seronok ke tulis begitu? Eh, seronok kot? Dah kata penulis juga kan? Mestilah konon-konon nak sarkastik juga. Tiba-tiba sangat nak jadi serupa. Geli lah. Geli. (Ketawa gedik secara nyaring)

http://25.media.tumblr.com/tumblr_l4g00hfh4z1qzqxmfo1_500.jpg
[Gambar : Nak aiskrim dik? Jangan meracau, beli sendiri]

Ada tempat nak bergurau.
Kalau peribadi bolehlah. Ini dibaca oleh semua orang. Otak jangan letak di punggung. Ke dah terberakkan otak itu di dalam mangkuk tandas? Seksa tahu otak yang besar itu nak lalu ke dalam tangki najis? Kasihan betul. Eh, ke dah sampai ke pembentungan? Habis tu guna otak siapa sekarang? Mesti guna otak lembu lebihan korban hari itu kan?

Otak lembu sedap dimasak lemak pedas.
Itu fakta.
Otak manusia yang dah sampai ke tempat pembentungan?
Lebih mulia otak Spongebob.

http://www.buyit-sellit.com/ebay01/auc00719/85164-1.jpg
[Gambar : Sekurang-kurangnya otak Spongebob Plankton nak kuasai, otak kau? Otak hang!]

Awak ingat semua orang suka lawak awak?
Tidak.
Awak ingat cubaan awak untuk jadi sarkastik itu berhasil?
Awak nak saya tunjukkan laluan ke lohong hitam?
Atau jalan terus ke tempat paling panas pernah dicipta?
Awak tentukan.

5. Orang yang rasa dia tahu segalanya sebab dia baca blog atau Mukabuku kita setiap hari.
Aku dah tidak sanggup dengan orang yang bagi kenyataan begini.
Sudahlah, itu tidak membuatkan aku gembira kerana aku bukanlah seorang yang terkenal hingga kau mahu kagumkan dengan kenyataan begitu. Aku ucap terima kasih dan tersenyum. Tetapi senyuman itu pudar dan kelat secara tiba-tiba apabila soalan-soalan berikut keluar.

  • Zara, awak kerja apa?
  • Zara, awak mengajar mata pelajaran apa?
  • Zara, tinggal di mana? (Aku tidak pernah letak lokasi tempat tinggal menipu)
  • Zara, awak tulis blog setiap hari?
  • Zara, ada Mukabuku? 
  • Zara, muka awak macam mana ya?
  • Zara, awak ini lelaki kan? (Ini sumpah lawak - Ya awak. Nama sebenar saya Zahrin)
  • ... dan macam-macam soalan lagi.
Apapun, pendekatan aku serupa. Tidak kira di alam realiti atau alam maya (kecuali Dua Alam), aku akan buat begini sahaja. Senyum.

http://3.bp.blogspot.com/_wBwKV2_Jd-Q/TJ3a-9rgfKI/AAAAAAAAAc8/T7yHs991SCk/s1600/danbo.jpg
[Gambar : Saya senyum sebab saya tahu semuanya akan baik-baik sahaja bila saya senyum]

Ini semua pandangan peribadi aku.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
1. Hujan lebat.
2. Hari ini Hari Keputeraan Sultan Johor di Johor. Semua orang cuti.
3. Siapa yang menegur sapa di Twitter, terima kasih yang amat sangat. 

Zara : Melewati suatu tahap di mana akan sentiasa ketawa walaupun ada laluan yang kurang digemari apabila meneruskan kehidupan sebagai seorang manusia. Ah, kekalkan sahaja senyuman dan bersikap sarkastik bukan?

30 comments:

suffer8zine said...

wow, terbaek

Terkini : Bukan untuk wanita sahaja

Jard The Great said...

rilek2 zara =)

cik EPAL said...

penah jugak masuk blog orang, tapi rasa macam masuk blog sendiri. ayat sebijik. tapi tu dulu la. sekarang takde dah kot. ilek ilek chill. hehe =)

Awi said...

Sarcastic is baddd attitude.. >_<..
Some people like to be told directly, while some like to be told 'berlapik'.. though sarcasm give satisfaction to the max.. xD

Tn.Punya said...

alamak aku orang johor juga.. boleh ke aku ambil juti ari ni.. tapi keje dekat KL.. hahaha

||| PöJìé PööH ||| said...

Wahhh Zara marah benor.. Erm, setuju semua tuh esp yang main tag2.. Erk, malas kata apa remove jer.. Lagi satu rasa cam nak klik X bila ada blog pasang lagu, rasa annoyed giler kot!

Love,
PojiePooh Abdullah

goJiRa said...

:)

Paan Ovrtd said...

Kepada tukang plagiat, GO DIG YOUR OWN GRAVE, PATHETIC! Aku cuma baca satu sahaja DSZ, jangan nak di-duplicate-kan. Penampar mahu?

Haha! Main pin-point macam ni senang kan kak? Tunjuk betul2 apa benda yang kita nak sampaikan, pastu terangkan dengan nada brutal. Kompem terkesan.

Hariz said...

Fuhh.. panjang berjela... Sangat mantap :)

http://profhariz.com

Irine Nadia MaRceLLo said...

arituh ada orang tagged irine lingerie! hahahah..cam hampehs taw.yela kann..kot yew pon irine mmg nak beli, share kat dalam inbox fb x leh ke? HAHAHA... ;p

miss asnida hani said...

i prefer to make something general rather than being sarcastic. :)

Fara said...

Uishh.. jgn garang2 dik oitt, mmg patut pun remove from fren list.. nyemak je, kadang2 smp dah tak larat nak remove tah haihhh

Fara said...

Uishh.. jgn garang2 dik oitt, mmg patut pun remove from fren list.. nyemak je, kadang2 smp dah tak larat nak remove tah haihhh

mier@merr said...

aku pun da tak larat nak remove tag..tah pape je...

stakat ni tak penah lg la terpengaruh ngan bisnes kt pesbuk tu..

Pejuang Kesenian Extreme said...

Orang top biasalah nak ditag dengan anak tudung la,mak tudung la..

Yang ditag dengan barangan lelaki tu,sy kurang pasti ye..mungkin kesilapan teknikal kot..hahah

avid gunner said...

yeah! entri rage!

and to awi: being sarcastic is a bad attitude?

it's not when you know exactly what you're doing.

::wan fadhilah:: said...

salam kak zara.. huhu.. entry yg btul2..eerrgghh.. xtaw nak cakap apa.. hehe.. apa2 pun, yg blog mcm kak zara ni sya pernah jelajah. rasanya betul kot sbb nama dia pun N.A.. cara penulisan sama, siap ngan gambar kotak2 lagi tu.. first2 bukak ingtkn 2nd blog kak zara, tapi rupanya bukan.. adei~~ macam2 orang skrng ni.. apa2 pun, kak zara sabar je la.. suka dengan setiap entry yg kak zara tulis.. =)

Wan Gerrard said...

Gerrard pun tak suka di-tag bnda2 xde kaitan dengan Gerrard..adoi2

Sumijelly said...

selalu RT jer... datang membac ala pulak..

eh..terkomen la pulak....hehehehe

Sumijelly.com

anis madu said...

uishh, kak zara.. garangnya..
hee.. chill kak zara..
takut anis nak komen.
eh, mcm first time je komen sini..

senyum.. ya, senyum boleh buat semua tu baik-baik saja. :)

HEMY said...

ada satu je yg aku boleh rumuskan di sini..ko mmg popular..ehehehe

Azrul Hisham said...

cool dik....hehe..

kalau si plagiat tu tak reti bahasa lagi, tak tau la...something wrong with her mind... :P

sarah-najwan said...

salam..

semua yg disenaraikn mmg berlaku..paling xsuka tagged suka2 ati..baygkan ditagged gambar motor buruk nama kita..pahtu berpuluh komen naik kat notification..huhu

padahal xde kaitan..yg tagged bab bisnes..tok sah ckplah..semak betul..

saya pe lagi..remove je..senang citer..kdg2 kwn gak..terasa hati sb remove..im sorilah..

nana said...

luahan hati zara ya. kalau kat fb, plg x suka bila kena tag yang kat gamba duit tuh. geram! oh betol ke ada org tanya zara ni laki ke. erk O.O"

Tuan Din said...

UUMakk ai.. panjangnya entry... Salam perkenalan..

Emora Valeria said...

saya dapat rasa kemarahan akak bile baca.
And kepada plagiat,oh god..takde life ke?

e-liex said...

terasa kemarahan tapi tetap dalam ketenangan. respek! :)

KimiCnoL said...

realks je..smile ;)

JOM BACE ENTRY BARU
"Kelebihan Ayat Ruqyah"

nama.aku.lynn said...

bab2 tag tu,mmg stujuuu abess!tah pape tah gmbr yg dtagnye..pnat nk mendelete..
nak pulak tu,kalau tak bukak fb byk ari,tgok2 je dah bratussss komen pasal gmbr yg tah pape tu..mmg panasss je hati nak mendelete email bagai...hmm~~

sharamli said...

sangat taksuka jugak 0rg yang tag2 tak tentu hala..

eh..zara ni laki ke p0mpuan..ha3