Monday, November 15, 2010

Satu Perempuan, Enam Lelaki : Pelantar Sinikal Dan Sarkastik Diri.


Sinikal.
Sarkastik.
Tapi masih berlapik.
Awas, aku tidak merepek.

http://static.desktopnexus.com/thumbnails/328548-bigthumbnail.jpg
[Gambar : Setiap orang ada sisi gelap masing-masing. Aku ada, kau?]

Blogbusters : Satu Perempuan, Enam Lelaki.
Ini projek di bawah ilham adik lelaki maya aku, Paan yang menghimpunkan tujuh orang penulis blog dalam satu blog. Masing-masing mempunyai perwatakan berbeza, dan cara berbeza. Aku merupakan satu-satunya penulis perempuan (Paan, sila berikan kenyataan mengenai ini) dan berdiri bersama enam lagi penulis yang lebih hebat daripada aku. Ya, mereka hebat dengan gaya mereka sendiri.
Satu penghormatan sebenarnya berada di kalangan mereka dan gaya aku menulis nampaknya masih sukar untuk diadaptasi. Seperti aku katakan, kami sekarang membuat permulaan dengan menulis di bawah Blogbusters.

Pelantar sinikal dan sarkastik diri.
Kewujudan kembar aku yang mempunyai sikap sarkastik dan sinikal sebenarnya menjadikan hidup aku lebih kuat. Tidak termasuk pergaulan aku bersama dengan mereka yang memenuhi kegiatan lasak aku dengan aktiviti luar yang mencabar. Di situ aku belajar, betapa sinikal dan sarkastiknya aku, menahan kesabaran dan ketawa (serta mengenakan balik jika punya kesempatan) adalah perlu.

http://j-deception.net/joyjhr/wp-content/uploads/2010/11/1270092896.png
[Gambar : Mungkinkah aku dan kembar akan punya kesempatan begini?]

Atas beberapa perkara yang tidak sengaja berlaku, sesuatu menyebabkan aku dan kembar boleh bertelagah (baca : bergurau serius) tentang kesalahan siapa dan siapa.

Aku : Saya salah.
Kembar : Bukan, salah saya.
Aku : Salah saya.
Kembar : Salah saya.
Aku : Salah saya.
Kembar : Dua-dua salah.
Aku : Mana boleh dua-dua? Mesti salah seorang. Jom undi.
Kembar : Jom! 
Aku : Tak, awak yang salah. Denda awak.
Kembar : Ya, salah saya. Denda apa?
Aku : Menyanyi.
Kembar : Tidak! Itu gila.
Aku : Menyanyi.
Kembar : Kejam.
Aku : Kalau awak tak menyanyi, saya letak nama awak dalam Twitter.
Kembar : Itu kejam, menyalahgunakan teknologi.
Aku : Awak menyanyi, kalau tak nak, menyanyi dan buat video.
Kembar : Kejam. Cikgu kejam.
Aku : (ketawa) Ataupun awak nak saya tag awak di FB? Saya ada beribu kawan dan peminat (baca : fan page) di situ.
Kembar : Gila! Kejam-kejam!

Dan perbualan gila (serta panggilan) yang penuh dengan unsur buli kedua-dua belah pihak berlangsung dengan keadaan seperti sediakala. Ya, dia manusia sinikal yang akan mengenakan aku balik. Dengan tulisan, aku mungkin kalah, tapi dengan berbual aku mungkin menang. Lawan kata, tikam bicara!

Jangan pernah buat ayat sesuka hati.
Bacaan penuh di sini dengan tajuk : Ayat permulaan keji hanya mengundang maki.

Aku tidak pernah menganggap diri aku terkenal. Tidak pernah sesekali, dan aku tersenyum penuh ucapan terima kasih jika ada sesiapa yang beritahu aku mereka mengenali aku daripada blog picisan aku ini. Ah, aku manusia yang terlampau biasa dan beku sentiasa. Cuma semalam ada sesuatu yang buat aku ketawa sendirian.

Dia : Saya pembaca dan pengikut setia blog awak.
Aku : Terima kasih sebab sudi baca.
Dia : Setiap hari saya baca. Zara, awak kerja apa ya?
Aku : (tersentak) Oh, saya kerja cikgu. 
Dia : Oh, kerja cikgu. Awak mengajar matapelajaran apa ya?
Aku : Saya mengajar Sains, Kemahiran Hidup Perdagangan, Sivik, Sejarah, Seni dan juga Kimia sekejap hari tu.
Dia : Oh, sekolah menengah ke sekolah rendah?
Aku : (tersentak lagi) Sekolah menengah. Ada Kimia ke sekolah rendah?
Dia : Eh, betul juga kan? Tapi Seni, Sivik semua sekolah rendah ada.
Aku : Tak mengapa.

http://www.petebarnesphotography.co.uk/wp-content/Danbo-Walks-the-Line-IMG_0506-Edit.jpg
[Gambar : Berjalan seorang diri acapkali akan buat mata aku lebih terbuka]

Sebab tu aku selalu kata, kalau kau setakat baca tajuk penulisan aku dan terus utarakan komentar, kau buat silap. Itu sahaja.

Nota Kaki :
1. Esok perlu menghantar Adam Awraq untuk diperiksa. Sudah terlewat dua hari.
2. Sekolah masih berjalan lagi minggu ini.

Zara : Tersenyum riang dengan pujian seorang teman. Betul, hati keras ini disebabkan selalu menerima tekanan dan tidak pernah menerima pujukan. Riang?

7 comments:

fadh ^_^ said...

oke
itu dahsyat
bace tiap2 ari tapi xtaw keje ape
sekali bace pon dah tau kot

Azrul Hisham said...

cikgu..cikgu..cikgu kerja apa ye???
gyahahaha...

opss...jangan sentap dik...nanti kucing datang mengiau...ekeke :P

Paan Ovrtd said...

Stalker yang tidak professional atau pembaca setia yang dangkal? Meh... nak tunjuk konon-konon ada nama jugalah kot. Haha!

qila~ said...

haha..kimia di skola rendah,apekah~

..hizamirahim.. said...

seolah2 si dia tak tumpu perhatian masa ngah chat tu kan ?
XD

g0m0k9enDek said...

benarkan aku tertawa sekali lagi selepas di mukabuku mu! kah! kah! kah!

takky said...

pasti pembace 2 tidak pakai kanta pembesar semasa membace entry akak???
huhuuhuhuh