Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H - Muka Teruja Makan Kek Comel Sampai Lupa Lembu


Salam Aidil Adha semua.
Selamat hari raya korban.
Apa yang anda semua korbankan tahun ini?


Ini muka lepas balik solat raya dan dapat kek comel. Gila kan?

Mungkin kurang jelas apa yang aku sedang pegang dengan muka teruja amat itu. Tidak mengapa, aku pinjamkan gambar dari Mukabuku tukang buatnya yang comel memakai baju Melayu merah di pagi raya. Seperti yang dijangka, walaupun sudah berkawan selama 12 tahun, belum pernah ada gambar kami bersama. Aneh bukan? Senyum.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs495.ash2/76795_464918759641_666399641_5298014_6745103_n.jpg
[Gambar : Ambil dari Mukabuku Chef Zam Akmal Zach Max)

Nampak sedap?
Hakikatnya memang sedap wahai kawan-kawan pembaca Dunia Sebelah Zara sekalian.


Ini yang aku beli, ada sesiapa teruja nak satu? Ni kek wahai kawan-kawan.

Pengorbanan.
Aku percaya setiap daripada kita ada membuat pengorbanan masing-masing. Mungkin tidak sama di bahagian apa, tetapi yang pastinya mesti ada sesuatu tidak kira wang ringgit, masa, kehidupan dan sebagainya. Berbual dengan seorang kawan, membuatkan aku tahu, dia melalui pengorbanan yang bukan sedikit.

Kawan : Tahun ni korban lembu lagi Zara?
Aku : Alhamdulillah, ada.
Kawan : Buat di Kemboja lagi?
Aku : Tidak. Kali ni di kampung sendiri sebab Mak ajak masuk kumpulan dia.
Kawan : Oh, raya mana?
Aku : Rumah. Macam biasa.
Kawan : Aku macam biasa, raya di hotel lagi.
Aku : Tak nak raya rumah aku?
Kawan : Segan aku.
Aku : Apa yang nak disegankan?
Kawan : Ini masa dengan keluarga.
Aku : Alahai. tiada salah pun.
Kawan : Aku ada keluarga, cuma belum masanya mereka dapat terima aku.
Aku : Aku tahu kau berusaha, dan aku yakin kau akan berjaya.
Kawan : Nanti Krismas aku datang jumpa mereka. Buat tak tahu sahaja.
Aku : Bagus, tunjukkan akhlak yang baik dari agama kita.
Kawan : Aku faham.

Bila berhadapan dengan keluarga, acapkali berhadapan dengan dilema antara agama dan keluarga. Kawan aku memilih agama sebagai yang pertama dan berusaha meletakkan keluarga sama penting dan dekat pada dia. Aku cuma berharap dia berjaya menikmati kasih sayang keluarga (kasihan dia terpaksa berselindung di hotel ataupun mana-mana tempat tertutup untuk bertemu ibunya)

Doakan dia ya?

Nota Kaki :
1. Tahun ini juadahnya nasi ayam.
2. Hantar juga juadah itu pada chef yang buat kek aku ini. Senyum.
3. Bakal bertemu dengan datuk saudara dan sepupu-sepupu Abah yang datang dari Mekah, Madinah dan Jeddah selepas ini. Ah, aku tidak bisa bicara bahasa Arab!

Zara : Kesihatan aku terjejas sedikit hari ini. Doakan aku cepat sembuh ya? Esok petang aku harus melapor diri menghadiri kursus pula. Raya kedua dah mula kerja semula. Senyum.

16 comments:

Amira Amair The Poyos said...

eH..Abah kau jugak ada keluarga di sebelah sana??Sama tmpat tu..
Entah-entah datuk saudara hang berjiran dengan tok sedara aku..
hahahahhaha

nazihahisa said...

alahai comel benor lah kek nye... hoho bagi lah saya hadiah :)) hahha

Atiqah said...

wow yummy and cute...nk order kat chef tu la..hehe

Adziim said...

Ingakan lolipop versi besar..haha~
Selamat hari raya Qurban.

syarifah radiah ibrahim said...

masyaAllah, besar betul pengorbanan dia
insyaAllah tuhan akan balas sesuatu yang lebih berharga buat dia nanti.

salam eidul adha

;)

nunama said...

Selamat Hari Raya kak Zara. :)

alaaa tunjuk kan kek je, nape x post kan terus. haha. ;p
ops! gurau2. =D
p/s: saya teruja tgk kek comel tuh. mcm lolipop.

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

lama xdtg menyinggah..
Slamat Hari Raya Qurban!

NurLuLu said...

Salam.
Terliur betul tengok kek tu. Teringat kek mama saya kat Sarawak. Haha. Zara, awak nampak agak berisi dalam gambar tu.

deus X machina said...

saya korbankan cuti raya haji kak, sob sob sob

aman said...

salam aidiladha. =)

takky said...

melihat gamba 2 buat perut saye lapar balik....
huhuhuhu

mier@merr said...

ko jaga SPM ke?

Paan Ovrtd said...

Saya korban memerang je kak. Jadi la...lembu mahal.

Dan saya terharu dengan pengorbanan Deus... T_T

Iela said...

zara,
nak satu boleh...hehehehe
sian kawan zara tu...moga suatu hari nnt dia dpt apa yang dihajati...

syaftome said...

antara agama dan nyawa...
agama lagi penting...
apatah lagi dengan keluarga...
mudah2an dia diberi kesenangan dunia dan akhirat...

fadh ^_^ said...

ade sorang kawan muslim,
parents and adik bradik laen kristian.
kesian tengok die.
die xbagitau lagi family die yg die muslim.
die takot.
sebab die anak lelaki tunggal
T.T