Friday, November 12, 2010

Zara, Awak Seorang Yang Pendiam Kan? - Kewujudan Kembar Aku Sangat Bermakna


Ketawa.
Aku tidak tahu bagaimana orang boleh kata aku pendiam.
Kenyataannya aku mungkin seorang pemendam dan kadangkala pendendam (oh, ini agak ngeri bunyinya kan?).
Senyum.

Entah.
Aku masih mahu ketawa sekuat hati.

http://www.photographyblogger.net/wp-content/uploads/2010/10/danbo12.jpg
[Gambar : Bila agaknya dapat keluar minum dengan kembar aku?]

Kewujudan kembar.
Ya, aku punya kembar. Kembar yang sangat unik. Dia dilahirkan pada tarikh sama dengan aku (ternyata memang kembar harus lahir pada tarikh yang sama bukan?). Seorang yang suka bercakap seperti aku, dan membahagiakan, boleh mendengar apa yang aku cakapkan dengan baik serta memberikan reaksi yang menyenangkan (walaupun dia kejam juga seperti aku).

Teringat perbualan dengan kawan aku semalam semasa kembar membuat panggilan menggunakan Skype. Ah, maaf pada kembar. Panggilan Skype kami disulami dengan panggilan telefon kawan-kawan yang mahu aku menyertai mereka dalam aktiviti lasak cuti sekolah ini.

Kawan : Tengah buat apa?
Aku : Berbual dengan kembar aku.
Kawan : Kau bukan anak sulung ke?
Aku : Ya.
Kawan : Celah mana kau ada kembar?
Aku : Kembar aku pun anak sulung.
Kawan : Kau lahir bulan Ogos, kembar kau?
Aku : Aku lahir 29 Ogos, kembar aku pun lahir 29 Ogos.
Kawan : Tahun 1987 juga?
Aku : Walaupun kembar, kami agak berbeza.
Kawan : Maksudnya?
Aku : Dia lahir tahun 1989, aku lahir 1987.
Kawan : Dia sama macam kau?
Aku : Maksudnya?
Kawan : Jantinanya?
Aku : Kembar kena berlawanan jantina sebab ini bukan kembar seiras kan?
Kawan : Personaliti?
Aku : Bergantung, hampir sama aku rasa.
Kawan : Sarkastik?
Aku : Itu aku pasti.
Kawan : Kejam?
Aku : Itu aku terlampau pasti (ketawa)
Kawan : Memang kembar nakal macam Edgar dan Ellen ni.
Aku : Ceh!

http://www.readallaboutit.open-books.org/wp-content/uploads/2008/10/edgar-and-ellen.jpg
[Gambar : Aku dan kembar aku begini ke? Yang pasti huruf depan kami sama - S]

Isu pendiam.
Aku manusia yang suka bercakap. Ya, itu memang aku. Suka berbual dan sesiapa yang berkawan ataupun pernah berjumpa dengan aku, pasti tahu aku seorang yang kuat bersembang. Senyum. Jadi apabila aku menerima surat elektronik sedemikian rupa, aku tersenyum sendirian. Bagaimana mungkinaku pendiam dan duduk diam?

Ketawa.
Aku ceritakan pada seorang kawan tentang apa yang aku terima.

Kawan : Kau pendiam?
Aku : (ketawa) Ajaib kan?
Kawan : Ajaib gila kalau kau pendiam. Aku teringat lagi yang kau pura-pura nak jadi pendiam masa di universiti. Habis semua orang ingat kau sakit.
Aku : (ketawa) Masa tu kamu semua suruh aku pergi klinik kan?
Kawan : (ketawa) Kau pendiam dan pemalu adalah dua perkara mustahil dalam dunia ni.
Aku : Ceh! Tu puji ke kutuk?
Kawan : Benda mustahil macam tu, aku tak boleh hadam guna otak.
Aku : Hadam guna perut tolong.
Kawan : (ketawa) Gila!
Aku : (ketawa) Macam tak biasa kan?

Ya. Aku pernah membuat cubaan untuk menjadi pendiam. Oh, memang gila. Boleh kejang rahang mulut aku tidak mengeluarkan butir bicara. Alangkah menulis pun tidak boleh berhenti, apatah lagi bercakap?

Kembar : Ceritalah lagi.
Aku : Eh, saya sahaja kena bercakap? Mentang-mentang saya cikgu.
Kembar : Memang kan?
Aku : Bukan semua saya cakap ada orang dengar. Budak-budak jarang dengar kot?
Kembar : Kenyataannya memang begitu. (ketawa)

Kegiatan Baru.
Adik lelaki maya aku mahu mengadakan satu projek baru. InsyaALLAH jika terlaksana, mungkin kalian tidak akan jumpa lagi Zara yang sinikal atau sarkastik secara berlebihan. Mungkinlah, dan ia tertakluk kepada keadaan. Aku tidak kritis kepada sosial? Eh, fuh (sambil tiup nafas)

Nota Kaki :
1. Musim hujan sejak kebelakangan ini membantutkan langkah dan membatalkan beberapa rancangan yang telah diatur.
2. Terdapat kemungkinan akan bertemu seorang penulis blog yang singgah di rumah kakaknya hujung minggu ini. Moga-moga hasrat tercapai kerana sudah lebih daripada 2 tahun mengenali Si Jambu itu (dari masa aku aktif menulis dalam Bahasa Inggeris)
3. Mendapat khabar usrah daripada seorang teman membuatkan aku termenung sendirian. Sudah lama aku tidak bersama dengan mana-mana jemaah seperti zaman belajar di kampus selatan. Alahai.

Zara : Dalam hidup ini, aku tahu, bermain tarik tali demi kepuasan dan kesenangan manusia disekeliling aku adalah amat perlu. Biarlah aku dianggap rugi tidak dapat menyertai perkara yang aku minati, tetapi demi senyuman seorang wanita yang melahirkan aku, aku sanggup kehilangan segalanya.

10 comments:

joegrimjow said...

bulan 12 ni nak jumpa zara la
heheheeee

Paan Ovrtd said...

Saya ada dua kembar - Shahrul Azri & Pais. Hahhahahaaha!

Anonymous said...

andaian org memang pelbagai dan melucukan. tapi zara lebih tau diri zara kan? *wink2

kak naa

..hizamirahim.. said...

hehe.
cikgu zara tak pendiam.
daripada gaya cikgu zara berbual dgn saya masa telefon tu, dah tahu cikgu zara petah berkata2.
XD

miss asnida hani said...

bahasa sgt abstrak!!! i susah nak pikap but really nice.. lain dari yg lain.. :)

||| PöJìé PööH ||| said...

Hahaha suka statement "boleh kejang rahang" tuh. tau xpe. Pojie pun dulu seorang yang banyak bercakap, outspoken, hype, so bila 1 hari sakit tekak tahap kronik sampai xde suara, cam nak nangis rasa tak boleh bkata2.. kawan2 pun rasa kesepian xdgr hilai tawaku. Hahahah!

Love,
PojiePooh Abdullah

chentaMAYA said...

wehee! sy pun punya kembar!

Wanita Mutalib said...

kiter takde kembar.. :p

nyibuk aje kan hahahaha :p

mier@merr said...

kau pendiam kalu nga wat keje...tak heran da sape lalu depan ko pun...

takky said...

*best ye ble jumpa org yg same kepale...
*akak pendiam???? rase ye org yg kate begitu blum dgr lagi celoteh akak secare live agak ye....
*kdg kala kite perlu bermain tarik tali terutama bile ianya berkaitan dgn org yg kite sayangi...itz hard to do but we have nothing choice...