Thursday, December 09, 2010

Apa Reaksi Bonda Jika Nak Minta Izin Bercinta Daripada Dia? : Pemikiran Anak Yang Menggelabah


Salam.
Berdehem.
Macam mana nak beritahu orang tua kita (baca : ibubapa) yang kita sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab bercinta dan seterusnya melangkah lebih jauh dengan bertunang (jika perlu) dan berkahwin? Ini suatu persoalan yang bermain dalam pemikiran aku kebelakangan ini.

Perhatian : Saya tidak mengelamun ya? Awak pun jangan mengelamun di dalam kelas. Terima kasih.

[Gambar : Hati berbunga-bunga ke sekarang ini? Berani betul orang tanya aku begini di Formspring kan?]

Masa sedang berehat.
Mungkin masa sedang berehat adalah waktu paling sesuai untuk tanya benda sebegini. Minda dalam keadaan lapang, badan sedang menikmati waktu rehat. Mungkin boleh cakap begini agaknya (Perbualan ini adalah rekaan situasi)

[Gambar : Bayangkan sedang berehat bersama Mak]

Aku : Mak...
Mak : Apa dia?
Aku : Nak cakap sikit boleh?
Mak : Cakaplah.
 Aku : Kalau ada orang suka Along macam mana?
Mak : (senyap)
Aku : Mak?
Mak : (tidur)

Ah, kacau juga kalau tanya sewaktu Mak sedang berehat. Ada kemungkinan Mak akan tertidur akibat penat. Lebih-lebih lagi tidur Mak adalah tidur berkualiti, tidak boleh diganggu. Kalau terganggu, susah nak tidur semula dan akan menyebabkan Mak bengang. Baiklah, keadaan ini tidak boleh diguna pakai.

Masa makan.
Memang betul macam drama Melayu kan?
Asal ada cerita segala, mesti nak cerita waktu makan (tak kira waktu makan apa sekalipun)
Mungkinkah perbualan begini akan terjadi kalau aku tanya sewaktu makan?

[Gambar : Kita alihkan situasi ke meja makan ya?]

Aku : Mak, nak cakap sikit.
Mak : (sambil makan) Cakaplah.
Aku : Along ada suka orang, ada orang suka Along. Boleh bercinta ke Mak?
Mak : (tersembur nasi di muka aku)

Bahaya!
Kalau tersembur nasi boleh lagi.
Buatnya tercekik?
Ah, payah!
Batalkan niat nak beritahu.

Masa memasak.
Kebiasaannya kalau memasak, hanya aku berdua dengan Mak di dapur. Mungkin boleh ambil kesempatan untuk beritahu dia memandangkan keadaan dapur hanya ada aku dan dia selain daripada peralatan yang tidak bernyawa dan haiwan-haiwan yang sudah tidak bernyawa (memanglah, dah kata masak ikan, sotong, ayam dan sebagainya).

http://farm5.static.flickr.com/4092/5042244842_1bae13bc25.jpg
[Gambar : Mari kita lihat dari perspektif kalau aku bersama Mak di dapur]

Aku : Mak, kita masak apa hari ini?
Mak : Sambal sotong.
Aku : Baik (sambil siang sotong). Mak, nak cakap sesuatu boleh?
Mak : (sambil siang ikan) Cakap apa?
Aku : Kalau Along bercinta, boleh ke?
Mak : (pisau terpelanting jatuh atau terbang ke dinding)

Dapur kawasan bahaya!
Gila.
Tak mahu cakap di dapur.
Macam mencari maut pula lagaknya.
Batalkan hasrat!

Masa memandu.
Ini antara masa yang aku habiskan dengan Mak sepanjang hari kalau bekerja. Aku memandu ke sekolah dan akan hantar dia ke sekolah setiap hari sebelum aku bergegas ke tempat kerja aku pula. Dah kata masing-masing cikgu (Abah pun), dan laluan masing-masing adalah sama, kecuali ternyata aku paling jauh.

[Gambar : Mari kita bawa situasi ini di sini. Boleh?]

Mak : Sejuk pun buka penghawa dingin ke?
Aku : Panas kot? Mak tutup yang tepi Mak tu.
Mak : Lagu apa yang kau dengar ni Long?
Aku : Along buka perlahan sahaja ni.
Mak : Cuba-cubalah dengar benda yang menjadi makanan jiwa.
Aku : Tadi dah dengar Ikim.
Mak : Lepas tu dengar lagu-lagu lagu macam ni?
Aku : Mak...
Mak : Kenapa?
Aku : Kalau Along ada suka orang, dia nak jumpa Mak boleh?
Mak : (angkat brek aku sebab terkejut)

Tak boleh!
Sangat bahaya beritahu benda begini di atas jalan raya.
Sumpah tak sesuai.

Ketawa.
Situasi di atas semua adalah rekaan aku.
Mesti kamu akan kata aku yang berani ini sangat penakut kan?
Mahu cakap benda begini dengan Bonda sendiri walaupun sudah berumur 23 tahun pun takut.
Jadi, selepas berguling-guling sebentar tadi, aku jumpa jalan penyelesaian terbaik.
Mungkinlah.

[Gambar : Kita suruh si dia datang jumpa keluarga terus, boleh?]

Aku : Mak, ada kawan Along nak datang rumah.
Mak : Siapa?
Aku : Nanti dia datang, Mak kenallah dia.
Mak : Siapa pula ni?
Aku : Kejutan!

Main ikut suka hati aku kan?
Ketawa.

Ada sesiapa punya cadangan lebih baik?

Nota Kaki :
1. Esok akan ke Melaka Wonderland (9 Disember), mari semua. 
2. Menunggu teman aku membalas pesanan ringkas akan sesuatu yang penting.
3. Uruskan hal kemasukan adik ke universiti.
4. Sedang membaca tesis sepupu, dia minta aku buat penambah baikan. Tajuknya adalah sangat mengujakan!

Zara : Tolong jangan buat aku kehilangan senyuman dengan kata-kata kamu yang hanya mahu menikam belati dari belakang. Ah, betapa kau tidak suka aku mengukir senyuman kepada dunia ya? Bukankah kau sudah menjadi pemilik senyuman pada suatu masa yang lama?

35 comments:

Namia Cinta said...

kalau sudah betul-betul yakin dengan apa yang kita pilih seharusnya kita beri tahu ibu bapa kita...

banyak kesempatan yang boleh kita cari untuk beritahun mereka.. contoh nya masa perbualan famly ker...

semoga bahagia selalu yer... perasaan sayang pada seseorang akan datang dengan sendiri tanpa kita sedar bila tiba masanya...

shzya said...

nty bgtau melaka wonderland tu best ke tak okay hehehe

Cikgu Mizi said...

kena bagi rasuah beg LV dulu sebelom bagitau.. kih3..

IRAH HAJERAH AZMAN said...

ar, senior. eh! cikgu. aku ada cadangan baek jugak.

Teruskan surprise tu. Aku dah plan nanti kalau dah rasa nak serius aku nak temukan dorang dengan cara macam tu. Tu pon kalau cita-cita aku nak kawen dengan kawan baek tak kesampaian.

Tapi kan weh, y not ko soh lelaki tu call mak ko, cakap elok elok. omg, freaking sweet xD

Hunny said...

Sweet entry. I guess u know your mom better than us, and when is the right time to tell her. Selamat berjaya!:P

mier@merr said...

mak aku open...so dr start bcinta smpai lah skng..mmg takde hal...mmg sllu dok borak ngn mak sbb sllunye kitorg bdua je ada lam uma..

ms pes time knal..aku sllu cite pasal dia..

mak..kakak ada sorang kawan.. dia keje ni..dia duduk ctu....

da smiggu asek cite pasal dia tu je.. mak pun da paham...haha...

mak suh bwk jumpe..

zirconia said...

jumpa terus memang idea bernas.

Rara Farah said...

slalu pilihan yg terakhir tu plhan rara..haha...malu la nk ckp...

haha..yg time kt meja makan tu lawak....

Nazirul said...

haha.ni pompuan.kalau laki nak cakap kat ayah macam mana eh?mesti kena smackdown ni.haha

piNky LuCiA said...

ajak mak dan ayah bermesyuarat. haha. macam yang mak aku buat. lalala~

Fatin Sakura said...

lucu giler yang part angkat brek tu,...alahai...nak je mintak mak sakura duk blakang jer nntie...ahaha

Nana said...

wahh. dengan siapa nii? haha.

cik fiza said...

masa skrg ni bkn sy yg nk bgtau.. tapi mak sy yg paksa2 nk tahu ada kwn ngan sesapa nk suh org tu masuk meminang... huhuhu sungguh ssh!!

noorafzan said...

hoyeh..zara betul2 dah jatuh cinta rupanya.
Rasanya better bagi mak zara baca entry ini.
Mesti dia ketawa je kan.
lalala~

aripsamat.... said...

kalau berpacaran..jangan tunggu lama2...hantarkan rombongan meminang dengan segera...~lalalal~..mungkin ini yang terbaik kot...hehehe

HEMY said...

dengan mak tak perlu sume tu...bila ko stat hepi len macam, mak ko mesti paham

izwan1129 said...

lol xsusah la..awk bwk je dy jmpe time raya..suh dy dtg ngn kwn2 tp jgn rmai..so time tu awk inroduce la dkt fmly awk yg dak ni sape2 n skian sal dy...satu lg..awk ckp r tlfon ngn dy..then awk bg mak awk bckp ngn dy..ckp r kwn nk ckp ngn mak..so bg je..time yg pling ssuai..lepas mkn mlm..wktu tgk tv brsme kluarga...tu yg pling baik..xpn time pas smyg n telekung smyg xbuang lg..msti xle mrh sbb ade air smyg lg hahah..gud luck!

MamaFarhan said...

zara...
sweet entry...kalu eila...baik suh laki tu dtg, kenal2 ngan family...bg mak tgk dulu..
then baru ty yer," mak ok x kawan along tu..."
hehehhe...sbb eila buat cm tu dulu...
kdg2 mata org tua kita ni lain sikit...

so, selamat maju jaya...

Amir Said said...

suka entri ni... :D

lea said...

tak pernah pk pun...bagus jugak cik zara buat sy terpk sal ni..hehe

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

sumi xyah mula tnya2 dah.. mami yg sibuk bertanya..

Paan Ovrtd said...

Terus tarik hand break tu yang bahaya tu. Mau tersedak stereng dibuatnya.

xD

najwa's said...

ngeh3..aku pun malu2 meow nk cakap. tp, better tak payah ckp kot. nnt nak kawen, bru gtau... :D

hans said...

wow
dalam diam2 tu Zara

P/S : Syurga Coklat Dan Gara - Gara Semangat Coklat Buat Aku Merepek Sekejap...Hahaha!

tulipsufie said...

aku sk kau buat suprise yg last tu..like me!
mak..minggu ni ada kwn nk dtg..
mak jwb : dtg je lah, bkn ke kwn2 ko klu nk dtg tak payah ckp mak.
aku jwb : kwn lain skit dr kwn lain..
so, mak diam..tunggu smpi hr kejadian :D

suffer8zine said...

wahhh ade pape ke ni

Terkini : Rumah Berbentuk Telur | 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia

izulman said...

haha tersembur kak oi tersembur! XDDD

Ps: tgh nak bagitau mak ke yr life? amboi, dh nk hilang status hot single! XP

Atiqah said...

sy gtau 'masa sedang berehat'..terus ckp isu 'nak jumpa keluarga and dtg umah'..si umi, x jd terlelap...dan cpt2 nk tgk gmbr si jejaka..hehe

Eazy Izzuddin said...

bonda ku layans saja...
xD

2+2=5 said...

i liiikkeeee ...ngeeeeee...lawak sunguh siutuasi tu..tak leh dpratikkan ni...nnt naya ja...kekekekek

hamzah ian said...

nnt gua nak kawin gua rujuk balik netry ni. hehe

::nuRuLaDHar:: said...

hahahaa...lucu ahh..but yg last part is better,jumpa tros kn sng... =)
smoga berbahgia ye...

shera haifa said...

time sntai,,tngok tv dtg dr belakang peluk mak..time tu bisik2 lah..hehe

rossoneri said...

mak kita tanya kita ada lah 'xada boyfren ke masa kat U', 'kenapa tak ada bf lagi'..memang dah terlebih bagi green light..kalau kita cakap kita dah ada bf,kita rasa mak kitalah orang paling happy, kalau kita kata kita nak kawin dia lagi happy agaknya..walaupun umo kita baru 23..

Anonymous said...

ahahaha..mmg klaka.tap dlu sy pun mcm zaza jgak.dsbbkan dlu mak ayah x kasik brcinte mse skolah trus dgr kate smpai dh bsar pnjg umo pun dh bleh kawen ptutnyer.dsbbkn jrg sbut psal laki kalu skali sbut msti mak sy pelik n sengeh sengeh.so untk nak bgtau mak tu si bF ni dtg umah.and mase ckap lah dgn mak ade kawan nak dtg.dah nme nyer pun mak msti die pham yg dtg tu bf anak die.ad baik nyer jgak.at least mak ayah kte tau dgn sape kte brcintan cintun.nmpak lah skit laki tu gentle n serius nak kwan.hee..