Friday, December 03, 2010

Awak, Adakah Ini Perasaan Yang Tepat Setelah Apa Yang Dilalui Selama Ini?


Senyum.
Hujan lebat di luar rumah.
Kesejukkan menghimpit tatkala mahu menulis.

Senyum.
Panggilan telefon yang diterima tatkala kilat dan guruh saling bersahutan membuatkan aku berbelah bagi untuk menjawabnya tetapi melihatkan nama yang tertera, perasaan gusar aku tolak ke tepi. Pasti ada sesuatu yang penting jika nama itu muncul di paparan telefon genggam aku. Setelah sedikit mukadimah bertanya khabar dan bertukar salam, ada sesuatu yang menyentuh peribadi diutarakan.

Kawan : Zara, aku gusar.
Aku : Kenapa?
Kawan : Aku rasa aku jatuh cinta.
Aku : Bukan kau memang ada jatuh cinta dengan orang yang kau cakap hari tu ke?
Kawan : Masalahnya aku jatuh cinta dengan orang lain pula.
Aku : Eh? Macam mana tu?
Kawan : Aku selalu cerita pada seorang kawan aku tentang aku suka lelaki itu.
Aku : Lepas tu?
Kawan : Makin lama, aku rasa aku sukakan kawan aku, bukan lelaki tu lagi.
Aku : Jadi, bagaimana sekarang ni?
Kawan : Aku tak tahu. Sangat tak tahu sebab kawan aku dah ada teman wanita.
Aku : Bahaya. Kawan kau tahu kau suka dia pula?
Kawan : Tak, kot?
Aku : Ada kot di hujung ayat kau.
Kawan : Aku tak pasti, serius aku tak tahu.
Aku : Tetapkan hati kau, tanya pada diri, siapa yang kau suka sebenarnya.
Kawan : Aku boleh hidup tanpa lelaki yang tak tahu langsung aku suka dia, tapi aku tak boleh hidup tanpa kawan aku ini.
Aku : Kau hidup sebab Allah pinjamkan kau nyawa.
Kawan : Itu betul, cuma maksud aku, aku dah terbiasa dengan kewujudan dia.
Aku : Mungkin sebab dia selalu dengar kau bercerita.
Kawan : Mungkin juga.
Aku : Tanya diri kau sendiri.
Kawan : Aku cuba. Adakah ini perasaan yang betul?
Aku : Maksud kau?
Kawan : Setelah apa yang aku hadapi selama ini?
Aku : Mungkin, cuma kau sendiri tahu apa risiko yang kau ambil nanti.

[Gambar : Adakah terdapat kebarangkalian yang tinggi kita akan jatuh hati dengan orang yang kita saling komunikasi setiap hari?]

Jujur.
Aku takut kalau aku jatuh hati dengan seseorang yang menjadi milik orang lain. Sangat takut kerana aku pernah mengalami perasaan terpaksa meninggalkan dan melepaskan cinta sendiri apabila bekas teman lelaki jatuh cinta dengan perempuan lain. Aku berada di kedudukan yang terpaksa melepaskan dengan rela hati walaupun aku tahu aku hadapi kesakitan sendirian.

Tidak mengapa.
Itu cerita dahulu.
Cerita 3 tahun dahulu.

Tapi demi kebahagiaan manusia yang aku cintai, aku lepaskan sahaja.
Bahagiakah dia?
Entah.
Cuma mungkin dia sukar untuk mencipta kebahagiaan di atas penderitaan dan air mata orang lain.
Senyum.
Itu cerita lama.

Bila kawan aku menghadapi perkara yang memungkinkan dia bakal merosakkan kebahagiaan orang lain dalam membina kebahagiaan sendiri, aku takut adakah teman wanita lelaki itu adalah dari jenis apa. Adakah akan diam dan merelakan lelaki itu pergi atau bakal menyerang kawan aku itu kembali?
Entah.
Aku mohon doa yang baik-baik sahaja.

[Gambar : Adakah kebahagiaan itu sukar untuk dicari?]

Keliru.
Aku sendiri sedang melalui perkara yang buatkan aku keliru.
Duduk termangu.
Fikiran terganggu.
Lebih banyak diam membisu.
Minda kosong dan celaru.
Sentiasa fikir, adakah ini yang aku mahu?
Adakah ini perjalanan dalam mencari sesuatu?
Diam, tunduk tengok batu.
Kaku.

Nota Kaki :
1. Melalui suatu hari yang menggembirakan dan bermakna.
2. Sudah gila minum jus epal pula. Haish, bila nak teruskan rejim minum jus pisang?
3. Ramai yang menyukai penulisan ini di Mukabuku yang ditarik daripada Tumblr aku. Mengapa ya?

Zara : Sedang mengajar diri sendiri supaya lebih tabah dalam menghadapi hidup ini. Walaupun ini bukan yang aku pernah mimpikan, aku kena terus berlari sehingga sekurang-kurangnya menyentuh sedikit bayang-bayang.

22 comments:

Yong Sofea said...

kak zara, sulitnya jatuh hati dengan milik orang. :(
saya harap kawan kak zara dapat buat keputusan yang sebaiknya.

akie said...

kalo dah jodoh xkan kemana
harungi sahaja
hehe

akie said...

kalau dah jodoh takkan kemana..
harungi saja, mungkin ada pengajaran dan hikmah disebaliknya
:)

miemen said...

hmm...
pernah...
alami bnda yg sama dgn kamu...
saketnya melepaskan...
tapi lg rela tgk dia bahagia dgn org laen...drpd menderita dgn diri ni...

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

berdoalah utk yg terbaik..huhu~

-ROCKprincess- said...

pd sy biarkan sj hubungan tue sbg kwn...
drpd merosakkan hubungan bahagia org lain...
kalau kawan tue bersabar n percaya dgn jodoh Allah...
insyallah dier akan bertemu dgn jodohnya...

A.D.A.M. said...

Andai bukan dia tercipta buat dirinya, kumohon Allah bagi kekuatan pada dia dan dirinya..

Andai memang dia tercipta untuk dirinya, kumohon kekalkanlah cinta itu sampai ke syurga..

suffer8zine said...

yeahhh setuju ngn org atas

Terkini : Gemuk Pun Popular

Namia Cinta said...

kalau boleh elak dari berkasih sayang dengan hak orang lain lebih baik elakan.. semoga akan ada bahagia di hujung cerita...

KAMIHIDUP said...

betul2 dunia sebelah zara la...cte dh mcm terbang...keep it up...

mier@merr said...

jatuh cinta dengan org yg da berpunya...adalah sangat tak best... tp kdg2 kita kena bezakn... mgkin rs jtuh cinta kt kwn tu sbb dia sntiasa ada untuk kita..dan mcm da sbhagian dr hidup... tp....sbnrnya,.. cuma perlukan dia untuk mndgr..bukan untuk dicintai...

aku penah rasa macam ni
dan aku da boleh trima dia cuma kawan..
dia ada org len
dan ada yg lebih baik untuk aku..

Dean winchester II said...

lebih baik jgn di ganggu milik org lain. biar diri sendiri tersiksa dari org lain membenci dan sakit hati. penah jugak rasa bila ada orang yang berjaya memikat hati kekasih sendiri. bila dah cinta, kita lepaskanlah dia untuk bahagia bersama pilihannya. walau sakit dan pahit untuk terima.

shera haifa said...

kdg2 apa yg kita ada sekarang xmestinya kita akan miliki selamanya. itu semua hanya pinjaman semata2

Fathiah Jasni said...

I've been in the same place as ur friend.. It's hard, it's hurt and it's make me leave everything I had with him.. Tp, itu cerita dulu..

miss asnida hani said...

maybe ur friend patut kurangkan spend masa dengan kawan die tu.. people tend to create sense of attachment with someone yg die rapat and familiar.

Eila said...

ermmm...

kita hanya perlu seminit utk berkenalan, sehari utk jatuh cinta...tp kita perlukan seumur hidup utk melupakan org yang kita cintai....

sakit dan merana....

Hariz said...

Semoga lebih tabah cik zara :) Berlari-berlari dan terus berlari.. Jangan biarkan langkah terhenti..

http://profhariz.com

Sue_Fillah said...

Salam...sangat sedih bila best fren berlainan jantina jatuh hati pada kita,org yang kta slalu berkomunikasi risiko untk jatuh cinta sangat tinggi..kerna ia membuatkan hubungan kian rengang

piNky LuCiA said...

jatuh cinta sesuatu yang sukar dijelaskan.

iLa SaHaR said...

sakit teramat sakit apabila menyintai hak orang... tapi alhamdulillah dapat menghilangkan rasa cinta itu...

ainakhani said...

jangan amik orang lain punye !

takky said...

mlm tadi terima pesanan ringkas drpd junior...
meminta nasihat coz jatuh ati kat 2 org dlm 1 mase...
x taw nk wat ape....
slain mintak wat solat istiharah...