Sunday, December 26, 2010

Bila Bekas Teman Lelaki Datang Kembali...


Salam semua.
Semoga kalian sihat sahaja hendaknya.
Cuaca hari ini baik sahaja dan disebabkan aku cukup tidur, maka aku lebih gembira daripada biasa. Boleh atau tidak?
Ketawa.

Sambil menikmati susu segar pagi tadi (sudah jadi kebiasaan pula minum susu walaupun Nescafe tidak akan sesekali aku abaikan), aku menerima panggilan telefon dari seorang rakan. Ah, awal pagi pula dan pastinya ia menimbulkan tanda tanya. Telefon dicapai dan perbualan berlangsung.

http://farm4.static.flickr.com/3356/3509932598_8e85484a0f.jpg
[Gambar : Persahabatan itu tetap yang terjamin nilainya walaupun jauh di mata]

Kawan : Apa khabar?
Aku : Baik, kau pula?
Kawan : Fizikal baik, mental dan emosi kurang.
Aku : Kenapa pula? Eh, sekejap, kau telefon aku dari mana?
Kawan : Dari tempat aku.
Aku : Mahal tu.
Kawan : Tak mengapa. Nak tanya pendapat kau sedikit.
Aku : Apa dia?
Kawan : Tahu kan sekarang aku dengan siapa?
Aku : Tahu, ada kau beritahu aku hari tu. Kenapa?
Kawan : Ingat tak aku cakap yang teman lelaki aku nak datang sini?
Aku : Bekas teman lelaki maksud kau?
Kawan : (ketawa) Ya, bekas teman lelaki aku nak datang sini, sengaja nak melawat kawasan 4 musim ni.
Aku : Ingat, kenapa? Bukan dia kata dah tak jadi datang hari tu?
Kawan : Hari tu kata tak jadi, ni nak datang pula sebab tiket tak boleh tukar.
Aku : Huh?! Dah tu macam mana?
Kawan : Aku kena sambut juga, sebab dia bukan kenal sangat tempat ni.
Aku : Yang teman lelaki sekarang tahu?
Kawan : Dah beritahu dia.
Aku : Apa reaksi dia?
Kawan : Dia kata boleh sahaja, lagipun sebab dia percaya aku.
Aku : Masalahnya berapa lama bekas teman lelaki kau nak ada di sana?
Kawan : Dalam dua minggu.
Aku : Gila kau! Dua minggu kau nak teman dia?
Kawan : Mungkinlah, sebab masa itu aku cuti peperiksaan.
Aku : Teman lelaki sekarang?
Kawan : Entah. Nak ajak dia teman, tapi bekas teman lelaki aku tak beri.
Aku : Nak cakap sedikit boleh?
Kawan : Apa dia?
Aku : Jangan jadi bodoh boleh? Belajar bertingkat-tingkat, tolonglah jangan jadi bodoh bertingkat-tingkat.
Kawan : (ketawa) Aku dah agak kau akan kata aku bodoh.
Aku : Jangan simpan dalam hati, cuma aku nak kau buka mata sedikit, itu sahaja.
Kawan : Aku tak nak sia-siakan yang ada sekarang. Yang dulu itu suatu kesilapan mungkin.
Aku : Kalau kau tak nak buat silap lagi, tolonglah jangan terima kedatangan bekas teman lelaki kau tu.
Kawan : Habis tu, siapa yang nak tolong dia di sini nanti?
Aku : Agensi pelancongan banyak. Dan kalau terpaksa, kau bawa kawan kau.
Kawan : Baik. Kau kedengaran risau.
Aku : Kau tahu sekarang musim apa kan?
Kawan : Ya.
Aku : Banyak buruk dari baik jika difikirkan, aku tak mahu apa-apa jadi pada kau.
Kawan : Faham. Terima kasih.
Aku : Bukan satu masalah.
Kawan : (ketawa) Kau tetap kuat membebel dan bagi nasihat kan?
Aku : Demi kebaikan kau.
Kawan : (ketawa) Aku tahu. Sayang kau.
Aku : (ketawa) Terima kasih.
Kawan : Dah tiada ucapan sayang aku semula macam dulu?
Aku : (ketawa) Ya, aku sayang kau juga.
Kawan : (ketawa) Sekurang-kurangnya aku tahu si dia kau tak bawa kau pergi dari aku.
Aku : (ketawa) Mengada.

[Gambar : Aku pasti tidak akan lupa jalan yang pernah kita lalui bersama dulu]

Kawan.
Tolong buat keputusan terbaik.
Aku tidak mahu kau tersilap langkah yang akan memusnahkan apa yang kau sedang bina semula ini.
Senyum.

Kuat teman.
Aku tahu kau boleh lakukan.
Beritahu sahaja yang kau tidak boleh menjadi peneman.
Masih banyak lagi agensi pelancongan.
Ah, jangan jadikan tidak kenal orang lain sebagai satu alasan.
Ini bukan zaman dahulu yang sempit pemikiran.
Kita dalam dunia tanpa sempadan.
Ah, hati panas dan rasa mahu meroyan.
Tahan diri, kentalkan iman.
Ukir senyuman.

Nota Kaki :
1. Maaf tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan dua rakan maya. Maaf sanga-sangat.
2. Perlu melunaskan urusan keluarga.
3. Semalaman berhempas pulas mahu mengatur semula waktu melelapkan mata.

Zara :Sedikit pertanyaan dari Emak tentang si dia membuatkan aku tertanya-tanya, apakah Mak menunjukkan tanda setuju atau tidak setuju. Ah, bingung tetapi aku yakin, peluang terbuka dan terpulang kepada aku dan si dia untuk mengisinya dengan kepercayaan keluarga.

17 comments:

cokiedacomot said...

bagus nasihat anda , suker suker :)

zaira said...

ex bf tu pun satu. boleh pulak tak bagi kawan tu bawak bf dia.

sungguh kojaq.

dah la tgh winter kot. kang dia buat benda2 tak senonoh lak.

AiDa AzRyN said...

comel la katun kotak tu.. XD

Kehoe Cheong said...

What an awesome blog you have! I just can't stop myself from scrolling down.

Well,keep on writing because I'll keep reading!

..hizamirahim.. said...

betul jugak cikgu zara cakap.
dua minggu terlalu lama.
dalam masa tu, apa apa pun boleh jadi.
cinta lama pun boleh berputik semula.
XB

NuR 'aQiLaH said...

dah ludah xkn nak jilat balek ye dAk?
eh related x? huu

cahya indah said...

mak tanya ape?

hans said...

aku sangat2 menyokong nasihat kau tu zara
bagi aku bekas teman lelaki kawan ko tu macam tak ikhlas
sebab kalau betul dia ikhlas kenapa dia xbenarkan kawan ko tu bawa bf baru dia
haih
bagitahu kawan ko silalah jangan teman bekas bf dia tu
haih
macam2

P/S : Final Piala Suzuki AFF 2010 : Malaysia Vs Indonesia....Siapa Menang?

P/S : Azam Tahun 2011

IllianaHidayah said...

bagus nasihat tu..
sometimes kena kasar skit utk selamatkan kawan..kawan yang baik bukan sekadar mampu bermanis mulut kan?

Eri-chan said...

kepada sesiapapun, berkawan dengan bekas teman lelaki tak bagus sebenarnya. kerana aku telah mengalaminya sendiri.

tutup buka lama, buku baru isi dengan kenangan indah dan mesra serasikan hubungan itu.

takky said...

btul 2...
skunk nie blambak TA kat m'sia nie....
ex-bf 2 ngade2 lebih...
huh...
swuh kawan kak zara bagi sebiji kat muke dye...
baru dye taw brape tgkat dye jumpe nty...
hihihihihi

jinkamen said...

sokong kamu

Cik Dara said...

aiyoo..ex dtg balik..2mggu mcm2 boleh jadi..kang tba2 masuk jarum balik,parah2..hehe

athiea said...

sangat betol..


tapi andai Allah jadikan bekas itu jodoh kite..


mungkin kite tak boleh mlawan qada' dan qadarnya..:)

ijat_asni said...

jemput-jemput la datang menerjah
http://ijatasni.blogspot.com

^________^

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

betulll.. setuju.. internet bnyak utk mencari info sebelum sampai ke destinasi... agensi perlancongan juga bnyak... tempoh masa 2 minggu itu kalau diteman setiap hari siang malam memacam boleh jadi.. baik jaga hubungan yang ada sekarang dari ingat kembali kenangan yg lepas.... semoga kawan memilih jalan yang betul... :D

Anonymous said...

Good advice..=)