Wednesday, December 15, 2010

[Gambar] : Hidup Zaman Dahulu Yang Penuh Keriangan Dan Warna - Keperluan Pelajar


Salam semua.
Kebosanan yang melanda pagi ini membuatkan aku menyelongkar gambar-gambar silam sewaktu menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Ah, dunia itu sesungguhnya penuh warna dan kenangan yang membuatkan aku sangat mahu kembali menggalas buku masuk ke dewan kuliah. Ironi bukan? Ramai yang mahu mengejar kerjaya, tetapi aku masih mahu menikmati rasa itu (di samping tidak mengabaikan kerjaya)

Baiklah.
Mari aku senaraikan benda ataupun makhluk yang wujud dalam hidup aku sebagai seorang pelajar. Oh, sudah tentunya aku berusaha menulis dengan bersungguh (sementara di hujung benua ada orang sedang menikmati tidur malam dalam himpitan kesejukkan - walaupun dalam biliknya panas)
Ketawa.


[Gambar : Tiba-tiba rasa mahu menyanyi satu lagu boleh?]

Ingat-ingat itu remember,
Jangan lupa itu don't forget
Saya sayang kamu, I love you
Hanya engkau, only you.

Sarapan pagi.
Ini adalah wajib bagi aku. Bukanlah makan dalam erti kata makan (disebabkan aku biasanya di dalam bilik), tetapi lebih kepada pengambilan minuman yang ternyata menjadi ketagihan memuncak aku sehingga kini. Dah diambil sejak zaman matrikulasi, apa kau ingat sewenangnya boleh berhenti?

Ya, aku makan emping jagung dengan air Nescafe. Bagus bukan?

Kawan : Kau ada lebih Milo tak?
Aku : Milo? Mana ada Milo? Nescafe dan teh ada.
Kawan : Dah kau ada benda tu (sambil jari tunjuk balang emping), kau makan dengan apa? Susu?
Aku : Dengan Nescafe.
Kawan : Gila kau.
Aku : (sengih)
Kawan : Badan penuh kafein la perempuan ni.
Aku : Tunggu musim peperiksaan nanti, baru ada Milo.
Kawan : Memang penagih tegar budak ni.

Dalam teori Kimia yang aku belajar, semua benda kena seimbang. Maka, pengambilan Nescafe yang memudaratkan itu ditimbal balik dengan makan emping jagung yang berkhasiat dan minyak ikan kod (dah lama tak ambil sejak berhenti belajar)
Serta merta kau kata teori Kimia kan Zara?
Sengih.

Alatan menulis yang comel dan warna-warni.
Tak padan dengan diri sendiri kan?
Nak sahaja benda comel walaupun diri tidak comel mana (sambil duduk termenung di tangga mengenangkan nasib diri yang tidak memenuhi kriteria menjadi pemilihan watak puteri raja *tiba-tiba*)


Nak sahaja benda comel dan warna warni. =_=


Kelihatan balang Milo dibelakang (Nampak sangat musim peperiksaan)

Sangat bersemangat mahu belajar apabila barang-barang adalah comel dan berwarna warni. Keyakinan diri bertambah (dan rasa comel tiba-tiba). Entahlah, cuma hidup aku ada sedikit sebanyak dipengaruhi oleh unsur sedemikian rupa.

Kawan : Ada orang guna barang warna merah jambu.
Aku : Gadis bilik sebelah bagi.
Kawan : Berbunga-bunga pula tu.
Aku : Rasa comel je.
Kawan : Siap ada tulis Barbie lagi.
Aku : Ini cubaan untuk gaduh ke?

Dan ya, aku masih guna bekas pensel itu ke sekolah.
Senyum.

Buat tugasan dengan gembira.
Ini adalah satu keperluan.
Buat sesuatu dengan perasaan gembira walaupun sukar bakal membuatkan kita akan melaksanakan sesuatu itu dengan sedaya upaya (teringat ada orang yang asyik gosok muka dan main rambut ketika serabut melaksanakan tugasannya).

Semangat betul peta minda aku ni kan? Saiz A3 di bawah tajuk Elektrokimia (baca : Electrochemistry)


Ini harta intelek aku. Terima kasih.

Senyum.
Dan apa yang menjadi keperluan, itulah yang menjadi keutamaan.

Kawan-kawan.
Siapalah kita di universiti tanpa kawan-kawan bukan?
Aku gelak bila ada orang kata dia boleh hidup seorang diri.
Tidak perlukan orang lain.
Baguslah.

Aku ada soalan nak ditanyakan sebenarnya pada orang sebegini rupa takburnya.

  • Adakah anda tanam makanan sendiri? - Jangan beli makanan di kedai, sebab di kedai ORANG yang masakkan.

  • Adakah anda belajar sendiri? - Pensyarah kau bukan ORANG? Kawan-kawan sekuliah, sekelas bukan ORANG ke?

  • Baju yang anda pakai adalah hasil menanam kapas, menenun benang ke? - Jangan beli barang di pasar raya sebab ORANG yang jual barang, ORANG yang hasilkan barang. Boleh?

  • Nanti meninggal dunia, anda tanam sendiri ke? - Sebab nanti ORANG yang tolong mandikan, kafankan, solatkan dan kebumikan. 

... dan banyak lagi sebenarnya.
Itu cuma sedikit sahaja soalan.


Dua jejaka yang lebih tua (batuk-batuk) adalah teman membuat tugasan kumpulan.
Seorang lahir tahun 1985, seorang lagi 1986, aku lahir 1987.
Gadis tinggi itulah teman sebilik yang baik hati (dari kursus arkitek)


Muka-muka makan malam bersama. Oh, teringat cubaan mereka mengenakan aku di Bintang Duit (baca : Starbucks) yang tidak berjaya. Ketawa.

Baiklah.
Itu sahaja.
Edisi mengimbau kenangan lama sebenarnya.
Senyum.

Nota Kaki: :
1. Arnab comel macam tidak bangun tidur lagi.
2. Minum susu memang membuatkan aku tidur lena sepanjang malam.
3. Main teka teki dengan adik boleh bikin hati panas.

Zara : Menerima segala daripada orang yang menyayangi kita sepenuh hati bukanlah sesuatu yang akan berjalan lancar tanpa kita juga memberi yang sewajarnya kepada dia. Oh, kisah dongeng dan bahagia itu memang ada, cuma riwayat kita, perlu ditulis sendirian.

12 comments:

Eila said...

waaahhh...seronok tgk peta minda zara...
zara boleh jer kalu nk gendong beg masuk dewan kuliah walaupun berkerjaya...eila skrg pun masih melakukannya..as stundent, worker, wife n ofcouse mama wif One cute lil boy's...

seliparbiru said...

dewan seri iskandar

aMy said...

Walaa rindu waktu2 belajar kat UTM dulu. bilik kat k9, mak jah hahah

Peminat Katie Holmes said...

aku suka ayat:

Badan penuh kaffein la perempuan ni. haha

Panglima Muda said...

aku nak sekolah balik.... dah tua pulak..

mier@merr said...

pergh....nota EC aku tak penah cenggitu...haha.... cayalah!


yg taun 1985 tu penah jd teman tugasan aku juge :)

Chuckie Cotton said...

Peta Minda kamu tera la. Banyaknya color. Dulu masa aku belajar pun pernah buat peta minda, tapi takla besar sampai macam ni.



Join Exabytes Angel Program now and get RM50 bonus upon sign up.
http://exabytes.com.my/partners/angel/

piNky LuCiA said...

cantiknya peta minda....

Paan Ovrtd said...

Entri ini rare, kak!

Oh, timbunan tesis itu kelihatan gah dan *cough* boleh jadi menyakitkan hati juga *cough*...

rossoneri said...

hoho tiba2 teringat tesis yg sudah dijilidkan tuh

hans said...

hahahaha
tiba2 aku gelak bila tgok gambo peta minda tu
sebab aku punya peta minda rasa2 paling buruk dalam sejarah
xada kaler pun
hahahaha

P/S : Traffic Minggu Nih! Tutorial Letak Link Entry Anda! Ada Sesiapa Suka Shawls Yang Cantik!

syazana said...

ijazah kita sama. tapi sy konvo setahun awal lagi ;)

anyway, tahniah cekgu zahra