Saturday, December 04, 2010

Impian Perkahwinan Tatkala Cuaca Mendung : Dedikasi Buat Rakan Yang Melangsungkan Perkahwinan.


Salam semua.
Hari ini Sabtu yang hening.
Bakal melalui suatu hari yang membosankan, sunyi tanpa suara dan kata-kata yang menyenangkan. 
Tarik nafas, hembus.
Tidak mengapa, ini demi masa depan bersama.
Bagi mencapai bahagia.
Eh, apa cerita?
Ketawa.

Hari ini ada beberapa jemputan rakan-rakan serta senior yang melangsungkan pernikahan serta perkahwinan. Malangnya banyak yang tidak dapat dihadiri memandangkan aku punya beberapa urusan peribadi berkaitan dengan keluarga serta jarak perjalanan yang jauh. Terima kasih atas jemputan dan aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat kalian semua.

http://farm4.static.flickr.com/3461/3902901234_3b2ac37bb0_z.jpg
[Gambar : Aku percaya kalian akan jadi pengantin yang cantik dan menawan]

Bila menulis tentang perkahwinan dan sebagainya, pasti ada sahaja yang menebak soalan bilakah aku akan mengakhiri pencarian cinta sejati dan pasangan bagi mendirikan rumah tangga sendiri. Soalan tersebut biasanya akan aku akhiri dengan ketawa riang kerana jawapannya bukan pada aku. Tidak mampu merancang apa-apa dan aku hanya mahu melalui hari yang bahagia. Itu sahaja.

Cuaca pagi ini mendung dan sejuk. Bila aku mahu mengemaskini status di Mukabuku pada awal pagi tadi, lambakan gambar majlis pernikahan rakan-rakan serta senior menarik minat aku. Ada sesuatu yang tercuit di hati. Bila agaknya dapat melalui perkara sebegitu? (Semata-mata mahu mengambil gambar penuh bahagia, boleh?)
Senyum.

Tema Perkahwinan - Hitam dan Putih.
Boleh kan?
Selain daripada biru, aku sangat menyukai warna hitam dan putih (sangat terbukti dengan kewujudan Sean, Adam Awraq dan Iman Kenzo) dalam hidup aku.

http://redhotbrides.com/blog/media/blogs/redhotbrides/french_black_wedding_dress.jpg
[Gambar : Mahu pakaian sebegini walaupun tahu diri gemuk dan tidak menarik. Ketawa]

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs926.snc4/73988_465673604641_666399641_5305725_2115672_n.jpg
[Gambar : Nak kek sebegini. Oh, ini dibuat oleh rakan baik aku, Chef Zam Akmal. Boleh tengok blog dia di sini. Zam, tolong buatkan kek lagi, sangat comel kek kau buat. ]

Nampak sangat menarik pula tema begini. Sungguh buat diri melonjak-lonjak mahu menikmati peluang sebegini (semata-mata nak bergambar, ketawa). 

Penggunaan Teknologi Dalam Perkahwinan.
Teruja.
Benda ini sangat menarik sebenarnya.

1. MukaMasa (baca : Facetime)
Aku ada tengok sesetengah orang menggunakan MukaMasa (baca : Facetime) iPhone untuk bertunang. Ini sangatlah menarik. Lelaki tidak menghadiri majlis pertunangan disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan, bekerja atau masih belajar, maka perkara sebegini bolehlah digunakan. Biasanya kehadiran wanita ada disebabkan mahu menyarung cincin. Senyum.

http://lisanjames.com/blog/wp-content/uploads/2009/01/small.jpg
[Gambar : Letak sebegini menarik juga sebenarnya]

2. Penggunaan video secara langsung untuk majlis pernikahan.
Ini biasanya perempuan yang tiada di majlis pernikahan atas urusan kerja ataupun belajar dan sebagainya. Nikah yang penting haruslah pengantin lelaki, wali, saksi dan sebagainya. Eh, nak kena letak rukun nikah di sini ke? Tidak perlu kot? Senyum.

Apa kata aku guna Skype untuk majlis pernikahan aku boleh?
Sungguhlah tidak pasal-pasal, calon kau orang mana Zara?
Lempang!

3. Kenangan Beku Masa - Gambar.
Oh, ini yang sangat dimahukan sebenarnya.
Senyum.

Sederhana.
Buat segalanya dalam bentuk sederhana.
Itu yang lebih baik dan moga diberkati.
Oh, impian di atas adalah lebih kepada peribadi.
Itu sahaja.

Selain daripada juadah yang aku nyatakan dalam penulisan ini, aku rasa aku tidak mahu apa-apa lagi untuk majlis pernikahan ataupun perkahwinan aku yang sendiri tidak tahu bila dan dengan siapa. Senyum. Oh ya, kenapa aku tiba-tiba menulis tentang perkahwinan selain daripada ramai rakan-rakan dan senior melangsungkan perkahwinan? Ini disebabkan satu panggilan telefon yang aku terima pagi tadi.

Kak F : Zara, dah tengok gambar kahwin kak?
Aku : Dah. Maaf tidak dapat datang.
Kak F : Tak mengapa, nanti Zara kahwin, kak tak datang pula.
Aku : Ceh! Balas dendam.
Kak F : (ketawa) Terima kasih atas hadiah.
Aku : Sama-sama, benda kecil untuk rumah bahagia kamu kak.
Kak F : Terima kasih, sangat comel. Suami kak terkejut tengok kak lompat-lompat suka.
Aku : (ketawa) Kak tak berubah.
Kak F : Haruslah tidak berubah. Lelaki itu menerima kak seadanya, jadi selagi dia suka diri ini, pasti kak akan tetap selamanya menjadi apa yang dia suka.
Aku : Ini boleh tulis dalam blog.
Kak F : Tulislah, tapi jangan letak gambar. Tak nak terkenal.
Aku : Aiceh.
Kak F : Sebenarnya kak telefon sebab teringat kamu. Malam tadi mimpi kamu.
Aku : Mimpi apakah?
Kak F : Mimpi kamu kahwin dengan adik akak.
Aku : Wah! Gila!
Kak F : (ketawa) Kak pun terkejut sebab adik kak dah ada teman wanita dah.
Aku : Adik kak pun saya tak kenal.
Kak F : Sudahlah adikku baru umur 20 tahun.
Aku : Apa tak boleh kahwin lelaki muda ke?
Kak F : (ketawa) Tiba-tiba terasa sebab kak pun kahwin lelaki muda kan?
Aku : Muda beberapa bulan je pun, umur sebaya.
Kak F : (ketawa) Muda juga.
Aku : Eh, nak pergi buat sarapan.
Kak F : Pagi ini suami buat sarapan. Jangan cemburu ya?
Aku : Ah, nak seorang juga!
Kak F : (ketawa)

Boleh pula mimpi begitu?
Kambing betul Kak F.
Ketawa.

Dan, aku terjumpa ini di Internet.
Senyum.

http://thebridesguide.marthastewartweddings.com/wp-content/uploads/2010/08/Black_and_white1-428x829.jpg
[Gambar : Menyimpan sedikit impian apa salahnya bukan?]

Nota Kaki :
1. Mendapat nasihat yang sangat berguna daripada Nakama. Terima kasih Nakama. (sambil tunduk malu)
2. Perlu mengatur jadual tidur yang baru - demi memastikan badan aku betul-betul bersedia untuk menderma darah semula. Oh, jaga kesihatan kata kembar aku. Ya, baik.
3. Terlupa jiwa aku dalam kenangan beku masa terperangkap oleh masa. Ya, kebanyakannya tidak pernah aku tunjukkan pada dunia.

Zara : Mengajar diri untuk lebih kuat dan bertenaga demi mencapai apa yang aku mahukan dalam hidup. Doa yang terbaik buat diri dan semua manusia yang sering menyokong diri ini. Takdir pernah menghukum aku dengan teruk sekali dan aku berharap agar jika diberikan kesempatan, tiada lagi kesakitan rasa dikhianati.

9 comments:

Amir Said said...

cantik je baju pengantin kaler hitam ni. nampak stylo je...

bagus kan, suami yg buat breakfast. hehe.

nama.aku.lynn said...

saya suka hitam juga..=)
ber cita2 nak kawen nnt smuaa itammm..ahhaa

Paan Ovrtd said...

Bertunang x semestinya pasangan lelaki kena datang. :)

But yelah, bak kata orang "sayang tunang, datang-datang masa bertunang".

Ok tipu. Itu bidalan buat sendiri. :D

aTan aHmad said...

Post Terbaru = CELCOM Promo!!!!

Bila hujan, semua kelam kabut.. Photographer pun sama.. kekeke

Fakhrur Razi berkata said...

bukan kau jer
aku pun cemburu juga
hahahaha xD

sekarang dh jdi trend oh video masa perkhawinan..
nnti sblum kawen bole la survey2 nk syarikat mana yg watkan video..
ye lah kalau sndri buat mngkin xlah secantik yg depa buat ;P

bole smpan smpai ke anak cucu ok apa

suffer8zine said...

huhu ngam2 lapar ni

Terkini : Ini Fakta Bukan Auta

A.D.A.M. said...

cantik! :D

hans said...

baju tu cantik weih zara

oit,chef tu buat kek ekk?
gila best
cantik kut

P/S : Apa Yang Terangkat Bila Ada Kakak/Abang/Adik Angkat!

takky said...

album gamba konfem lebih dari 1...
tyme nie la tokei album gamba dpt untung...
kikikikikiki