Monday, December 06, 2010

Janganlah Sarkastik Sangat Sayang, Nanti Semua Orang Kamu Ganyang.


Salam semua.
Hujan lebat yang sangat membahagiakan.

Ya, Isnin adalah hari yang menggembirakan.
Walaupun hakikatnya ada air mata yang sedang dikawal di tubir empangan.
Tabahlah hati, benda ini semua ujian.
Mana ada saat manis akan tetap utuh bertahan?
Ukir senyuman.
Dongak kepala ke langit.
Tahan lima minit.
Lenguh leher, sakit.
Jangan menjerit.
Nanti tekak perit.
Senyum lagi, lidah jangan gigit.

http://farm5.static.flickr.com/4153/5191880364_1536709f8c.jpg
[Gambar : Pagi tadi marah dengan orang yang selalu jenguk blog ini dengan simbol Epal, tapi sekarang dah baik semula. Terima kasih sebab ikut kata hati saya yang marah dengan bertahan dalam cuaca sejuk menggila untuk pujuk saya]

Senyum.
Ya, sumpah aku senyum betul.
Gila punya senyum sampai entah nak kejang.
Sampai rasa nak terbang.
Melayang.
Gila bayang?
Mabuk kepayang?
Siapa teka lagi aku terajang.
Perempuan ini garang.
Ketawa sampai nampak rahang.

Kadangkala, bila aku tulis sesuatu, ada orang makan dalam lebih.
Aku tidak menulis pada mereka. Entah.
Senyum lagi (Jiwa kacau pun boleh senyum? Hebat!)

Kalau aku tak puji diri sendiri, siapa mahu puji kan?
Siapa mahu motivasikan diri aku yang kadangkala lemah ini kan?
Haruslah diri sendiri.
Peluk Arnab kuat-kuat, bisik pada telinga dia - Arnab, saya cinta kamu, terima kasih jaga saya.
Betapa terpaksa motivasikan diri begini.
Kalau tiba-tiba arnab melompat dan kata, "Saya cintakan awak juga Zara. Awak kena kuat!"
Memang aku pitam sendirian.
Eh, apa kena mengena dengan arnab?
Senyum lagi.

 http://farm2.static.flickr.com/1255/5141519570_ab6bac5aa0.jpg
 [Gambar : Kalaulah boleh ada Arnab yang bercakap, nak suruh dia makan coklat dengan aku]

Arnab pakai cermin mata comel sekali.
Suka duduk bermain menghiburkan hati.
Manjakan dengan beri susu dan pisang setiap hari.
Tinggal di negara bersalji.
Suka berguling dengan epal sebab tinggal di safari.

Tiba-tiba tulis pasal arnab kan?
Gila aku.
Mentang-mentang lahir tahun arnab.
Senyum.

Kawan : Twitter kau sepanjang hari ini sarkastik.
Aku : Sarkastik ke?
Kawan : Status FB pun.
Aku : (ketawa) Mana ada?
Kawan : Ramai orang sentap.
Aku : Aku spesifik pada orang tertentu, bukan semua.
Kawan : Bahaya kau.
Aku : Orang yang aku maksudkan gelak-gelak dengan aku tadi.
Kawan : Ye ke?
Aku : Dia lebih kenal aku bagaimana.
Kawan : Perahsia.
Aku : Mungkin, cuma aku tidak bijak bicara.
Kawan : Si keletah ini? Ajaib!
Aku : (ketawa)

Nota Kaki :
1. Aku memang gila kalau aku marah.
2. Senyuman akan terukir sepanjang hari ini, aku janji.
3. Sesiapa yang ikut aku di Twitter, terima kasih.
4. Sesiapa yang baca Tumblr dan ketawa, terima kasih juga.

Zara : Aku sudah menghentikan suatu perjalanan apabila terlampau ramai yang menjerit di persimpangan. Ah, keji manusia beku ini tidak tergamak dia mahu membunuh beberapa keping hati. Cuma satu aku pinta, kau jangan main ikut suka hati.

13 comments:

Paan Ovrtd said...

Twitter ftw!

suffer8zine said...

ayat bawah tu best!

Terkini : Seluar Dalam Kalis Bom | Fakta Bukan Auta | GIVEAWAY Lumayan

SyahmiFikri said...

lorh.. cool la.. takperlu la marah2 okaii~!!

piNky LuCiA said...

cool. baru nampak macho. haha.

Fyzal said...

marah itu biasa.. kalau tidak marah, mana mungkin kita dipanggil manusia. comel gmbr cokelat tu.. macam smarties je.. hehehe..

neyra shazeyra said...

bertenang kekasihku

ainakhani said...

jangan marah marah .
nanti timbul kedut jadi tua .

xP

chittysarah said...

hehehe..
same lah..
law marah jadi giler~~
even cam orang sewel kot~~

samanosuke_04 said...

hehe, nie tengah marah laa nie.. best kot kalo ko marah, tengok post ko jadik cam puisi dah aku tengok.. kemarahan ko berjaya mengeluarkan kekreatifan yang terpendam kat dalam tue.. hahah

hans said...

sapa2pun yg tengah marah mesti gila lah zara
aku pun cam tu
hahahaha

P/S : Review Filem : Aku Tak Bodoh Memang Tak Bodoh! Love F.A.M.I.L.Y!

P/S : Cek Nuffnang Dah Sampai..Yehaa!

intanurulfateha said...

bunny? :P

Johari Hamzah said...

sabar yea.. kemarahn itu kalau kena pada tempatnya tak apa.. :)


semoga hari ini lebeyh baik dri semalam..

Eila said...

zara....
senyum sampai ke telinga...tp jgn lama...nnt muka bolei kejang...

jgn marah nnt dahi berkerut...boleh jadi tua sebelum usia....

senyum...

" Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit "

pinjam lirik lagu malique...