Friday, December 24, 2010

Katalog Lelaki Idaman, Sepasang Kasut Dan Dongeng Lamaran.


Salam semua.
Badan keletihan dan aku masih tidak keluarkan lagi barang dari dalam kereta.
Ya, bagus betul, rasa nak lempang diri sendiri yang sudah ada tanda sakit sejak malam tadi.
Ah, itu bukan sesuatu yang penting dan yang ingin dikongsi.
Sengih, geli hati.

Dalam kepenatan, aku segan sebenarnya mahu menjawab panggilan telefon disebabkan suara aku pastinya kedengaran garau dan penuh kesengsaraan kepada telinga pemanggil. Tetapi, tidaklah tidak menjawab langsung kan?
Senyum.

Kawan : Aku ada baca blog kau.
Aku : Terima kasih.
Kawan : Sudah ada si dia ya?
Aku : (ketawa) Apa kau telefon sebab ini?
Kawan : Telefon sebab rindu pada kau pun ya.
Aku : Ya lah tu kan? Kau kan dah ada tanggungjawab lain, ingat dah lupa aku.
Kawan : Mana boleh lupa kau? Waktu begini kan dulu adalah awal semester, waktu kita keluar dapatkan sesuatu untuk diri sendiri sebelum kuliah bermula.
Aku : (ketawa) Tepat sekali, zaman yang dirindui.
Kawan : Tak sangka aku.
Aku : Tak sangka apa?
Kawan : Anak gadis nakal yang lebih sanggup duduk membaca di MPH ataupun habiskan masa di sudut kedai kopi, sudah ada orang yang dicintai.
Aku : (ketawa) Perubahan yang drastik ke?
Kawan : Tidaklah, sebab aku tahu lambat laun kau akan tempuhi alam begini juga.
Aku : (ketawa) Terima kasih atas tawaran keji katalog cinta dulu.
Kawan : (ketawa) Sengal! Kau ingat lagi rupanya.
Aku : Sumpah tak boleh lupa sebab kau akan buat katalog lelaki kegemaran bila duduk minum bersama-sama.
Kawan : (ketawa) Sekarang katalog dah tiada sebab aku sudah dapat yang terbaik.
Aku : Sudah tentu. Pemilihan terbaik dan sudah dapat pulangan menarik.
Kawan : (ketawa) Tak macam keji pula ayat kau.
Aku : Dah lebih setahun, dari berdua, sudah bertiga kan?
Kawan : Metafora kau tinggi, aku tertanya-tanya, adakah si dia itu mengikut dongeng yang kau impikan dulu?
Aku : Dongeng yang mana satu?
Kawan : (ketawa) Adakah dia datang hulurkan kasut yang mengikut saiz kaki?
Aku : (ketawa) Ah, tidaklah.
Kawan : Dulu kata nak tunggu yang begitu?
Aku : Sudah aku nyatakan, itu hanya mimpi. Bahkan, aku bukan seorang puteri.
Kawan : (berdehem) Kau puteri sulung keluarga.
Aku : Itu kan metafora.
Kawan : Bolehlah terima.
Aku : (ketawa)

http://farm5.static.flickr.com/4036/4264035040_6fbbfc7d4a_z.jpg
[Gambar : Warna kasut-kasut ini semua adalah merah]

Aku ketawa girang selepas kawan itu meletakkan telefon.
Kegilaan aku kepada kasut adalah sesuatu yang aku rasa tidaklah segila aku kepada aktiviti luar sejak kebelakangan ini. Himpunan kasut milik aku sejak kebelakangan ini sudah dikuasai oleh kasut aktiviti luar dan tidak lagi citarasa keperempuanan yang aku cuba cipta.
Sengih.

http://farm3.static.flickr.com/2756/4164759025_da547a9341.jpg
[Gambar : Aku suka dengan gambar kasutnya]

Dan ya, aku teringat apa yang si dia (berdehem) selalu ingatkan aku bila berbicara tentang kasut dan cara pemakaiannya. Ya betul, dia seorang yang sangat mengambil berat dan bila hal berkaitan dengan kesihatan, silalah jangan bantah kerana dia akan beritahu kesan-kesannya secara teknikal juga. (Angguk kepala setuju)

Dia : Jangan pakai kasut tinggi.
Aku : Nanti nampak pendek kalau tak pakai.
Dia : Tak baik untuk kesihatan.
Aku : Kalau 'wedges'?
Dia : Yang itu boleh, tapi cuma waktu pergi kerja ke apa. Kalau keluar, jangan. Nanti kaki sakit.
Aku : Saya pakai tak sakit pun.
Dia : Sekarang mana nampak kesan lagi? Nanti ada kesan, saya ketawakan.
Aku : Ceh!
Dia : Kalau keluar dengan saya, jangan pakai kasut tinggi eh?
Aku : Kenapa?
Dia : Sebab saya kuat jalan, nanti awak tertinggal di belakang.
Aku : Saya pun jalan laju juga.
Dia : Nanti kita tengok siapa menang.
Aku : Baik!

http://farm4.static.flickr.com/3169/2594356523_5713315cde.jpg
[Gambar : Aku kalau pakai kasut warna merah jambu begini, sumpah, amatlah di luar kebiasaan. Ketawa.]

Jadi, sila lekatkan dalam otak. Kalau keluar dengan Arnab, jangan pakai kasut tinggi dan bersedia untuk perlawanan jalan kaki secara maraton atau jogaton atau apa lagi lah. 
Ketawa.

Baiklah.
Itu sahaja, mungkin.
Ketawa.

Nota Kaki :
1. Lambat menaip hari ini. jari jemari tiba-tiba kejang. =_=
2. Tidak boleh pergi ke kedai basikal, boleh gila dibuatnya tengok harga dan mengekang nafsu dari membeli benda-benda yang mengiurkan. Ada 'crank' basikal yang harga RM 8888, kalaulah dapat kan? (menitik air liur)
3. Sudah ada nama baru disebabkan kawan-kawan aku dengar aku mengejut Arnab sewaktu di kem hari itu. Ceh!

Zara : Pengalaman akan memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita mimpi akan berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan membuatkan kita berjaga dan menjadikan kita tidak mahu alpa walaupun hakikatnya kita masih terleka.

13 comments:

nama.aku.lynn said...

cik kak'sss..makin hari entri kamu makin suwweett...and u make me non-stop smiling laa..hahah~

Azrul Hisham said...

Dik...cuba try pakai kasut boot kuning pua chu kang...sesuai tak ngan kamu....ekeke :p

NuR si CiKGu RiBeNa said...

zara
kelainan yg dicipta memberi kesan

cumel kasut pink tu..

NuR si CiKGu RiBeNa said...

zara
kelainan yg dicipta memberi kesan

cumel kasut pink tu..

tomatokering :) said...

sumpah sakit kaki lame2 law pakai high hills ! huhu XD

Tuan Din said...

Perempuan pakai high heel lama2 badan akan jadi seksi... sumpah tak tipu...

Emora Valeria said...

kak z,kirim salam pada si dia ye ^_^
oh suka gambar kasut.sangat unik.
saya suka pakai wedges.nampak diri tinggi ^_^

..hizamirahim.. said...

setuju dgn lynn.
hehe.
XB
kisah cikgu zara makin manis dibaca.
cikgu zara ada berapa kasut tumit tinggi ?

hans said...

lepas ni zara aku nak call ko juga lah
hehehehehe
weih,adakah nanti ekau akan letak wajah si dia di sini?
teringin mahu tengok

P/S : Kenapa Kau Pakai Baju Warna Merah Nih? Kau Tak Takut Dengan Si Connie Ker?

jinkamen said...

salam..

cantik kasut pink tuh,,

fyna said...

tomey2 je kasut tue...

Cik Kamoo said...

salam…iklan sebentar

Siaran langsung Piala Suzuki AFF di Dataran Putrajaya

http://secretwordfromheart.blogspot.com/2010/12/aff-suzuki-cup-2010-tayangan-di-dataran.html

taz said...

comelnyeee kasut pink tu :D

jom join contest and share tips untuk study :)