Wednesday, December 29, 2010

Kau Tahu Apa Maksud Kesunyian?


Senyum.
Pahit.
Kelat.
Tekak rasa kesat.
Kau tahu apa maksudnya itu sahabat?
Hati sedang bagaikan disengat.

http://farm3.static.flickr.com/2691/4086423233_fd8cd96e16.jpg
[Gambar : Aku rasa benda ini betul juga, mungkin]

Pernah kau duduk menghadap makanan sendirian?
Orang akan perhatikan kau macam kau manusia asing.
Mulut berbisik-bisik bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.
Padahal, itu waktu kau untuk diri sendiri.
Manusia kan suka meneka sesuka hati.
Senyum lagi.

Kau duduk, diam.
Orang yang kau tunggu tidak muncul-muncul.
Kau termangu sendirian.
Jeling dinding biru, kau tengok waktu yang berdetik laju.
Masa bergerak pantas dan kau mula berlengas.
Ah, hati diusik tetapi kau cuba sibukkan diri bagaikan semuanya dalam kawalan diri.
Senyap.

http://farm6.static.flickr.com/5281/5262691251_19e166657e_z.jpg
[Gambar : Selalu duduk meja untuk dua orang, tetapi hakikatnya keseorangan]

Senyum lagi.
Kau bukan tahu apa itu keseorangan.
Kau tidak mengerti apa itu kesunyian.
Kau tidak alami apa itu keterasingan.
Sinis.

Minda : Masih keluar seorang diri setiap kali?
Tubuh : Ah, itu kepuasan peribadi.
Minda : Masih terima kasih dan peluk diri setiap pagi?
Tubuh : Itu tanda penghargaan, suatu bentuk apresiasi.
Minda : Makan sendirian, duduk sendirian berikan kepuasan lagi?
Tubuh : Tidak pernah berubah perkara demikian.
Minda : Sudah dicerna nampaknya kesunyian dan keseorangan.
Tubuh : Selagi minda kuat menerima, tubuh akan sama-sama ikut pikul amanah.

Sunyi.
Sepi.
Ada manusia ketawa geli hati.
Beku dan senyum nampak gigi.
Tapi, adakah hati semakin mati?
Jiwa penuh benci?
Entah, jiwa kurang pasti.
Sangsi.

Mana makanan jiwa?
Mana peluk rasa?
Mana kasih sayang tebal penuh cinta?
Mana pergi ketawa?

Diam dalam terpaksa.
Sakit, jangan kau asak dada.
Ini bukan masa mengeluh, payah susah hidup macam neraka/
Waktu ini untuk gembira.
Saat untuk gunakan semua tenaga.
Agar kekuatan tidak dipersia.
Tarik nafas dan hembus ke semesta.
Ketawa.

Nota Kaki :
1. Pendaftaran murid baru ke sekolah adalah menggembirakan. Nantilah aku cerita.
2. Selamat ulang tahun buat sahabat sama tarikh dengan aku. Jangan kacau-kacau lagi dengan kegemaran pada Faizal Tahir ya?
3. Belikan sesuatu buat diri sendiri.
4. Selamat berjuang Harimau Malaya

Zara : Berapa banyak yang kau korbankan, yang kau habiskan dan yang kau tahan selama ini pasti akan ada bayaran setimpal suatu hari nanti. Kesakitan, air mata dan keringat yang dilaburkan akan ada pulangan bila kau jujur dalam perjuangan. Hidup bukan mencari noktah tetapi di mana kita meletakkan tanda aras berhenti pada diri.

15 comments:

CikLilyPutih said...

ermm k lily pun penah rasa sama macam apa yang zara tulis nie

intanurulfateha said...

syg, ade prob ke? sabar lah k
*hugs*

piNky LuCiA said...

sabar itu indah. sebab di sisi nya terselit 1001 hikmah yang kamu tak nampak.

kuat kan semangat zara. =)

::nuRuLaDHar:: said...

huwaaaaa..bole naek gila lau hidop rse sangat sunyi..sob2

..hizamirahim.. said...

hurm.
pernah je rasa sunyi.
mase tu, mula la rindu org2 tersayang.
hehe.
XD

i.am.belle said...

Kdg2 sendirian buat kita lebih tenang :)

suffer8zine said...

yuppp sendiri lebih tenang

Terkini : Perjalanan Malaysia Sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010 | Senarai Juara Piala AFF Suzuki Terdahulu

disCo quEen said...

mintak pinjam siket words. nak post di blog. time kaseh huhu

Syafiq Rosli said...

mendalam sungguh kata-kata cik zara

diana said...

zara..
nak tanya la..
cemana nak letak kotak twitter yang kat "status cinta" tu??
entah apa namanye??
hehhe

athiea said...

di hadapan teman..

hakikatnya sorang..



yaee..sy sokong semua tu..


amat perlukan teman swaktu ini

sazali yusof said...

setiap insan psti akan menghdapi keadaan sukar dodalam hidup.. rasa sunyi itu pasti akan ad.. ap yang kita boleh buat dalah.. hadapinya dengan senyuman.. ^_^


http://neizalyez.blogspot.com/2010/12/laporan-khas-makmal-transformasi.html

MamaFarhan said...

hurmmm
selalu jer sunyi..
tapi time keja jer la...
sbb dok ofis sorang jer pompuan...

takky said...

itu hanya sunyi utk sementara...
bukan selamanya...
bagi saya ianya masih blum dianggap sebagai kesunyian....

NorHayati said...

http://sayap-kehidupanku.blogspot.com/

suka, saya selalu mcm ni sunyi, tak ramai kawan, tak ada kekasih hati,

keluarga jer pengubat sunyi saya