Monday, December 27, 2010

Kecelaruan Orientasi Seksual Di Twitter?


Salam semua.
Selamat hujung minggu, Ahad yang ceria.
Apa khabar teman-teman kesayangan aku yang singgah di dunia manusia beku ini?
Harap semuanya tersenyum bahagia.
Ketawa.

Ah, terima kasih atas doa dan sokongan moral yang kalian berikan kepada aku. Sedang melalui suatu fasa yang agak sukar sebenarnya, tetapi aku percaya, ini apa yang aku mahukan dalam hidup saat ini. Pernah menjadi manusia beku (dan masih lagi sejujurnya), aku sedang bergelut dengan keinginan dan impian serta permintaan penuh provokasi beberapa manusia yang penting buat aku.
Senyum.

Aku senyum sebab aku tahu semuanya akan baik bila aku ukir senyuman.
Kekuatan itu harus dikumpul bukan?
Tarik nafas, lepaskan.

[Twitter aku : @zara_syed]

Twitter - Gelanggang Permainan Setiap Hari.
Untuk orang yang mengenali aku di dunia maya ini, pastinya sudah biasa dengan kegilaan aku di Twitter. Ramai yang merungut aku jarang membalas pesanan di Mukabuku dan sebagainya hanya disebabkan aku lebih suka menggunakan Twitter dan ya, di Twitter tidaklah orang akan tanda (baca : tag) dengan gambar-gambar mengarut yang tidak punya nilai signifikan dengan aku.

Di Twitter, aku kenal rakan-rakan baru dan biasanya perbualan akan bersilang dengan sesiapa sahaja dan mampu berkomunikasi dalam apa jua topik. Itu yang baiknya dan kadangkala kita tidak tahu siapa sebenarnya yang membaca garis masa (baca : timeline) Twitter kita, kecuali kau melindungi (baca : protect) Twitter kau. Oh ya, jangan merungut kalau apa yang kau tulis tiada balasan bila kau sebenarnya melindungi Twitter kau.
Senyum.

[Gambar : Di Twitter juga aku sering dipanggil MAC Ori oleh KNizam, Kak Kujie dan Zakiah]

Punya kenalan yang sering berbual di Twitter sebenarnya melegakan tekanan dan terima kasih buat pembaca yang telah mengikuti aku di Twitter. Sungguh bermakna bila ditegur dan boleh bertukar pendapat di Twitter. Oh ya, beberapa nama yang sering menegur aku, terima kasih banyak ya?

Orientasi Seksual Dipersoalkan.
Ini sungguh buat aku ketawa sebenarnya. Memang aku suka berbual dengan sesiapa sahaja dan ya, di Twitter jugalah geng pemburu arnab masih meneruskan misi mereka. Ketawa. Oh ya, di Twitter, ramai perempuan yang berbual dengan aku dan kegemaran kami adalah menyamar dan membuat kerja gila.

  • Menjadi kekasih gelap wanita lain

  • Memainkan peranan sebagai suami kepada rakan wanita lain.

  • Berbual dengan golongan yang dikenali mempunyai orientasi lain dari aku.

Sebenarnya bukanlah suatu masalah disebabkan aku seorang yang normal. Oh, mestilah normal dan terima kasih kepada yang dengan seronoknya mengajukan soalan berbaur  provokasi pada aku, mungkin lepas membaca atau mengikuti Twitter aku.

  • Zara, awak lelaki ya? - Ya, nama saya Zahrin.

  • Zara, awak ada buat pembedahan tukar jantina ke? - Saya tulen nokks (kan dah tulis begini)

  • Zara, awak ni suka perempuan ya? - Saya suka dua-dua. Boleh?

[Gambar : Suka dengan robot sekali boleh?]
Paling seronok, ada orang di Twitter yang fikir aku lelaki. Alahai.
Bahagia eh?
Ketawa.

Kawan : Twitter kau seronok.
Aku : Kenapa?
Kawan : Emosi kau berubah-ubah.
Aku : Manusia kan?
Kawan : Cuma satu benda aku musykil.
Aku : Apa?
Kawan : Kau pernah tweet Arnab tak?
Aku : Ada, mungkin.
Kawan : Tapi kau tak pernah 'mention' dia kan?
Aku : Ada juga rasanya.
Kawan : Habis, kenapa tak jumpa dia lagi?
Aku : Sebab jarang aku berbual dengan dia di garis masa awam (baca : public timeline)
Kawan : Guna DM ya?
Aku : Mestilah!

[Gambar : Kalau aku tulis begini di garis masa, ramai pula yang muntah nanti kan?]

Selamat berhujung minggu semua.
Aku sedang menikmati suatu situasi yang berbeza hari ini.
Doakan sahaja aku selamat ya?
Senyum.

Nota Kaki :
1. Esok adik aku mendaftar di UiTM Puncak Alam.
2. Esok dah mula sekolah - mesyuarat.
3. Esok juga mungkin peluang terakhir untuk derma darah bagi tahun ini.

Zara : Dihujani dengan persoalan oleh Puan Mulia membuatkan aku mengerti yang sebenarnya dia sungguh berhati-hati dalam melihat aku memilih yang terbaik dalam meneruskan keturunan dan legasi. Jangan risau Puan Mulia, yakin dengan anakmu ini dan doakan yang terbaik ya?

19 comments:

Encik Tikus said...

twitter tak berapa aktif laa

luthfi said...

hang laki? hehehhee

ppuan kot :p

Hafiz Ismi said...

Xreti guna twitter.. =(

Anem arnamee said...

erm, saya separuh wanita ! .hihi

nama.aku.lynn said...

saya suka tweet2 dgn @zara_syed!haha~

p/s:sory klau2 ad2 part yg rasa @namaakulynn mnyibuksss..haha..=)..anyway..best2 tweet dgn cik kaks..=)

izulman DKDM said...

selalu bukak twitter pakai handfone skrg tk bleh sb takde wireless kt rumah, sedih tk blh bace timeline n menggile kt twitter. :(

anyway, hi zahrin u hot la, i suke~~

yours truly,
jessica alba

lol!!!

En iLham said...

memang suke bace twitter akak jugak walaupun tak selalu tweet pun. baca timline orang memang boleh buat saya gelak.

emymilia said...

dunia zara penuh dengan misteri la..hik hik hik...:)

hans said...

hahahhaha
sama macam aku lah
twitter kadang2 memang best
ekkekekek

P/S : Drama Antara Garisan Memang Layak Ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010

Imzainieyzulkipli said...

lain mcm jek
hahaahah

ainakhani said...

x geti gune twitter.

NuR si CiKGu RiBeNa said...

sampai skrg takda twitter...

huhu...

eiela said...

tak active sangat twitter, tak reti nak guna.

Latest Entri :
Menteri Tegur Artis Berpakaian Seksi
Survey Kepada Blogger

SyedMuzzamir said...

=D

Anonymous said...

enjoy twitter, jd bergaya

http://keretamayat.blogspot.com/2010/11/fatwa-kaum-beruk.html

Bro Framestone said...

he...23x ade2 je ek huhuhu

noorafzan said...

saya nak tukar henset baru aktif twitter,.
skang ni jarang leh twitter.

neyra shazeyra said...

hai kekasihku!

piNky LuCiA said...

semua best. ngeh3.