Tuesday, December 28, 2010

Kenapa Bila Nampak Dia Kahwin, Aku Rasa Kesal Sangat?


Salam semua.
Hari ini lebih baik dari semalam.
Alhamdulillah.
Si dia membebel bila dapat tahu aku mengambil ubat secara berlebihan akibat tidak dapat menanggung kesakitan secara menggila. Kelemahan aku bila menghadapi tekanan dalam bentuk kesihatan sehingga tidak berdaya akan aku atasi dengan sukatan berlebihan. Tidak baik, itu aku mengerti, cuma entah, aku sudah terbiasa dengan pengambilan bahan sedemikian.
Senyum.

Pesanan ringkas yang aku terima dari seorang kawan tadi, membuatkan aku teringat akan panggilan telefon lewat petang Ahad. Panggilan yang membuatkan aku mengerti, manusia selalunya begini. Bila kehilangan, baru kita akan mencari semula apa yang ditinggalkan.

[Gambar : Manusia akan selalu menghargai bila dah kehilangan ke?]

Kawan : Aku pergi majlis kahwin Ana.
Aku : Kau pergi?
Kawan : Dia jemput.
Aku : Oh, baik. Kuat betul kau pergi kan?
Kawan : Aku rasa aku mampu tengok, tapi tak rupanya.
Aku : Habis tu?
Kawan : Nampak dia bersanding, hati aku sebak.
Aku : Nak sebak kenapa?
Kawan : Dulu aku abaikan dia, aku tinggalkan dia sebab kejar perempuan lain.
Aku : Benda lama.
Kawan : Tahu, tapi Ana satu-satunya perempuan yang terima aku, cintakan aku sebagaimana diri aku.
Aku : Habis perempuan lain?
Kawan : Perempuan lain kenal aku bila aku dah berjaya, tak nampak aku dari susah.
Aku : Kau yang buat keputusan ni, kau tanggung sendiri.
Kawan : Pernah aku pujuk Ana, tapi hati dia dah tiada lagi pada aku.
Aku : Berapa kali kau lukakan hati dia? Banyak sangat kan?
Kawan : Ya. Aku rasa berdosa sangat.
Aku : Sudahlah. Ana dah jumpa jalan bahagia dia.
Kawan : Tiada peluang langsung buat aku kan?
Aku : Mulakan hidup baru, macam Ana buat bila kau tinggalkan dia dulu.
Kawan : Dia pernah sakit sebab aku, dia pernah masuk hospital sebab aku.
Aku : Sudahlah, jangan fikir lagi. Tumpukan apa yang kau ada sekarang.
Kawan : Aku tahu. Cuma aku perlu luahkan pada seseorang. Teringatkan kau, tu yang aku telefon.
Aku : Tiada masalah.
Kawan : Kau dah jumpa jalan bahagia kau juga kau?
Aku : Sedang melaluinya, alhamdulillah. Doakan aku jumpa penghujung yang menggembirakan.
Kawan : Pasti.

http://farm5.static.flickr.com/4085/5197699839_9991c283fb.jpg
[Gambar : Kau akan kenal kebahagiaan diri sendiri suatu hari nanti]

Sakit.
Melalui sesuatu seperti itu, aku memahami kesakitan yang pernah Ana hadapi, ataupun apa yang kawan aku alami saat ini. Bukan mudah tetapi manusia seringkali begitu. Kebahagiaan, kegembiraan di hadapan mata ditinggalkan tanpa menyedari itu yang sebenarnya yang mungkin diperlukan. Terbaca sesuatu tengah hari tadi yang membuatkan aku ingin berkongsi.

"Kita semua pelik. Manusia tidak jatuh cinta dengan apa yang ada di hadapan mereka. Mereka mahukan sesuatu yang mereka tidak akan dapat miliki. Semakin sukar dicapai, semakin menarik"
[baca : We're all weird. People don't fall in love whats in front of them. They want what they cant have. The more unattainable, the more attractive.]

 
[Gambar : Kita biasanya mengejar sesuatu yang sukar dimiliki. Betulkan?]

Lebih banyak cabaran, lebih menarik.
Begitu ya?
Senyum sinis.

Aku doakan yang terbaik buat semua rakan-rakan.
Tidak kira siapa kamu.
Kamu tetap manusia yang hadir dalam hidup aku.
Walaupun secebis waktu.
Senyum satu.
Dari manusia beku.

Nota Kaki :
1. Esok ke sekolah - pendaftaran pelajar.
2. Seronok baca buku cara penggunaan mesin memerah susu milik kawan. Dia suruh aku teka harga mesin itu, ingatkan dalam beberapa ratus sahaja, rupanya harga mesin tersebut adalah RM 1700. Peh!
3. Tahniah pada Nakama kerana punya anak saudara baru. Nak satu!
4. Tahniah kepada Busuk kerana sudah mencapai dua benda yang dia inginkan dalam masa singkat ini. Doakan yang terbaik buat kamu sahabat.

Zara : Melalui fasa kehidupan sekarang ini membuatkan aku teringat apa yang dikatakan oleh Busuk. Tengok dua tahun lepas, dan tengok mana kita sekarang. Tengok banyak mana kita berubah dan tengok macam mana kehidupan kita. Ya betul Busuk. Terima kasih kerana sama-sama melalui kehidupan yang penuh warna ini sahabat.

29 comments:

hudahazwani said...

jangan amalkan pengambilan bahan demikian berlebihan kak..tak elok tuk kesihatan..effect di kemudian hari ^__^




http://hudahazwani.blogspot.com/

ciput said...

setuju.

manusia tak pernah bersyukur dengan ape yang Allah kurniakan.

begitu juga dengan saya =.='

cOnfuSeME said...

nice entry...sesuai tuk kisah lama aku....:|

..hizamirahim.. said...

entah.
lumrah manusia mungkin?
sebab tu tercipta pepatah yang dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran.
:)

titirara said...

Jangan sedih2 :)

Jangan sebak2 :)

Ktorang kan ade . HEhe

Yong Sofea said...

entah kenapa rasa sebal bila baca penulisan akak yang ini :'(

NuR si CiKGu RiBeNa said...

bila hilang baru kita sedar benda tu berharga atau tidak...

syaftome said...

hmmm...we'll try to get something we can't...thats a challenge...
we got what we want...not so much...
because life with no challenge...
its not fun...
and it'll eat you inside...
and its killing you...

sarah said...

hebat kawan zara tu.. gagah kan diri ke majlis..tapi hati ni milik Allah.. kite sendiri x dapat kawal biarpun kite rasa kite mampu.. moga kite mampu untuk terus ke depan..

cikpepel said...

orang lebih suka cari apa yang dia mahu..bukan apa yang dia perlu...

Asidah said...

sakitnya yang amat.
tapi,hidup mesti diteruskan.

Anwar Suran said...

Memang lumrah kehidupan manusia macam 2.. dah hilang baru terhantuk..

FaLiSha said...

lebih kurang pengalaman ni tp versi nya len kit...bukan aku yg sebak tp owg yg kwin 2 sebak..huhu

FaLiSha said...

lebih krg cme len versi nye...tbalik...bukan aku yg sebak tp owg yg kwin 2 yg sebak...huhu

::nuRuLaDHar:: said...

nice n3..suke! =)

setuju,kalaw depan mate kite blom tentu kite nampak...kan? kan? hurmmm

nama.aku.lynn said...

cik kaks.kamu skit ke?jg ksihatan okis..

slmt jmp pljr2 yg mndftr..=)

izulman DKDM said...

Lepaskan yg pergi, hargai yg dtg, IA yg terbaik itu adalh yg menerima kita seadanya :)

HEMY said...

manusia...sume penah lalui kesalan selepas melepaskan sesuatu pergi..baik kecik atau besar

Hamba Allah said...

memang betul, bila dia dah pergi dari sisi kita,barulah kita sedar yang kita sayang dekat dia :(

takky said...

kita hanya akan berubah pabila sesuatu yg kita hilang itu perkara yg kita sayang...
kdg2 kita x sedar yg benda kita benci itulah yg kita syg.....
dah terlewat...
nasi sudah menjadi bubur...
semoge si dia dpt jodoh nty...
insyaAllah...

hans said...

memang patut si dia bising dekat ko zara
makan ubat selalu tak baik untuk masa akan datang
:)

P/S : Chak De! Malaysia....Amin!

rossoneri said...

huuuu baru dengar kawan citer dia menangis bila tgk bekas bf dia kawin, walaupun dia kata dia menangis bukan sebab sedih,dia sendiri xtau kenapa dia sebak

athiea said...

betol..

aku pernah cuba untuk tinggalkan seseorang atas ape yg dia mahu..

tetapi bile dia mlihat aku bahagia mnjalani hidup sendiri..
dia mahu pulang ke tapuk asal..


manusia selalu begini..

tak hargai bila bersama..
tapi bila hilang baru mulai terasa..

Ain Atika said...

alaaa...kesiannya...xpe,,sabar ye...lain kali jangan ulang silap yang sama...hep2!

piNky LuCiA said...

bersyukur apa yang ada adalah lebih baik. hehehe.

aku bersyukur dengan semua perkara yg aku miliki skrg. =)

noorafzan said...

"Kita semua pelik. Manusia tidak jatuh cinta dengan apa yang ada di hadapan mereka. Mereka mahukan sesuatu yang mereka tidak akan dapat miliki. Semakin sukar dicapai, semakin menarik"

yeah, agree with this statement!

lia said...

manusia memang begitu.tamak haloba.semakin lama mencinta semakin sakit yang dirasa. bila dia tiada, sangat terasa kehilangannya.

aah.persetankan semua.cintailah yg Esa. Dia sentiasa ada. :)

Anonymous said...

cik zara sy pon penah rs juge.
tetibe nk mngade sebak rs nk nanges
huhu padan muke diri sdri

Anonymous said...

situasi akak sama mcm saya.....yg beza nya dia dh kwin ngn pmpuan len tp still xnk lepaskn saya...kdang2 kita xthu apa yg kita nk....cinta tu pelik...