Wednesday, December 01, 2010

Kenapa Kayuhan Malam Tadi Membuatkan Aku Teruja Dan Gembira : Nasib Tidak Kejang Atau Kengkang


Salam semua.
Apa khabar pembaca Dunia Sebelah Zara?
Aku sudah kembali menulis setelah berpergian sepanjang petang dan malam. Tiba di rumah pagi tadi. Alhamdulillah, kayuhan yang memberangsangkan.


Kasihan tangan Charlene yang sudah hitam terkena minyak dari rantai basikal aku. Maaf kekasih gelap aku yang berkulit cerah (baca : senior aku yang baik hati)

Dan itu adalah helmet kesayangan aku sewaktu mengayuh Iman Kenzo. Alhamdulillah, Iman Kenzo bersikap sangat baik malam tadi dan membuatkan kayuhan adalah mengasyikkan walaupun mengalami sedikit kepayahan.

Sedikit kronologi kayuhan malam tadi.
  • Bertolak dari kem di Muar ke kawasan Sri Medan, Batu Pahat. Berkumpul di SK Seri Dayong.
  • Kayuhan bermula selepas Isyak, dalam jam 9 malam selepas sesi taklimat dan memanaskan badan dibuat.
  • Laluan yang dilalui boleh dikatakan mencabar. Pelbagai bentuk muka bumi ditemui - bukit, jalan rata, jalan berbatu kerikil, berpasir, batu besar, basah dan licin serta banyak lagi.
  • Aku tergelincir daripada basikal sebanyak 3 kali. Kaki terendam dalam air di lubang dan lopak air adalah tidak terkira. Ketawa.
  • Kelemahan diri sendiri yang kurang persediaan membuatkan aku menghadapi masalah dengan kawasan bukit. Beberapa kali terpaksa melompat turun dan tolak basikal laju-laju.
  • Rantai basikal terlepas akibat menukar gear terlampau laju. Nasib punya rakan-rakan yang membantu di dalam gelap.
  • Alhamdulillah tidak ditunda malam tadi. Sebelum ini di dalam Cabaran Kluang 2010, rakan sepasukan terpaksa menunda aku akibat keletihan.
  • Jarak perjalanan malam tadi adalah 60km (sedikit kurang buat yang tidak melalui kawasan tahap sukar dan panjang).
  • Engsel di siku sedikit cedera disebabkan menahan diri daripada terjatuh daripada basikal (serta merta tidak mahu beli kasut khas untuk berbasikal daripada Shimano - bagusnya kasut ini, di bawahnya terdapat besi untuk disambung dengan pengayuh)
http://bike.shimano.com/publish/content/global_cycle/en/us/index/products/shoes/road.image.-groupTextImage-Single-image.dash.512.280.jpeg
[Gambar : Istimewa kan? Kaki akan tetap pada pengayuh walau apapun yang berlaku]
  • Kawan-kawan sepasukan dan yang sama-sama mengayuh banyak memberikan aku semangat dan memberikan tunjuk ajar. Ya, benda itu tidak ada dalam buku manual kayuhan ataupun dalam video belajar mengayuh. Tiada.
  • Disebabkan tiada beg air, aku menggunakan botol basikal (terpaksa minta air pada rakan sepasukan di kawasan rehat terakhir disebabkan bekalan air habis). Ada sesiapa sini yang tinggal di Padang Besar atau Rantau Panjang? Aku nak kirim beg air - di sana lebih murah. 3 liter baru RM 45. Di sini 3 liter RM 140. Pitam.
  • Sampai semula di sekolah tempat bermulanya acara adalah pada jam 12 lebih tengah malam. Ada dalam 3 jam mengayuh malam tadi.
  • Basuh basikal dan masukkan semula ke dalam kereta.
  • Bertolak pulang ke Muar dan singgah menikmati makan lewat malam di Parit Sulong.
  • Jam 3 pagi tiba di Kem Muar.
  • Jam 6 lebih pagi tadi pulang ke rumah.
Itu sedikit kronologi kayuhan aku malam tadi. Kali pertama aku mengayuh basikal pada waktu malam sebenarnya dan bukan laluan jalan (baca : off-road). Sebelum ini biasanya pada waktu siang. Pengalaman yang banyak mematangkan aku, perlu lebih banyak belajar dan terus berusaha untuk mengekalkan stamina. Senyum. Apa ertinya sakit sedikit hari ini untuk kebaikan akan datang bukan?

Ini membuatkan aku sudah membuat senarai permintaan (baca : wishlist) pada diri sendiri.
  • Beli seluar khas untuk mengayuh : Malam tadi aku pakai 'tight' untuk berenang - di mana ia lebih banyak memberikan keselesaan di pinggang berbanding ia sepatutnya melindungi bahagian punggung iaitu kegunaan seluar khas basikal.
  • Beli baju khas berbasikal : Malam tadi aku pakai baju berbasikal juga, tapi disebabkan aku segan ia ketat dan betul-betul berguna menampung diri - aku cuma perlukan baju khas untuk bahagian luar. Yang malam tadi aku pakai baju lain di luar. Ketawa.
  • Beg air : Ini wajib ada. Wajib!
  • Lampu suluh basikal kualiti lebih baik : Ya, aku perlu yang lebih baik berbanding yang aku ada sekarang. Ia juga perlu sesuai untuk diletakkan di tengah-tengah pemegang basikal, bukan hanya muat di sebelah kanan basikal aku.
  • Tayar dan rim laluan jalan raya : Yang sekarang ini adalah lebih sesuai dengan aktiviti lasak seperti malam tadi. 
http://farm5.static.flickr.com/4118/4941051592_56340f91e4_z.jpg
 [Gambar : Sudah siap basuh basikal secara agak sempurna]

Perancangan terdekat untuk mengayuh dalam bulan Disember ini :
  • 11 Disember : Pencarian harta karun berbasikal Muar-Ledang.
  • 12 Disember : Jambori Melaka-Linggi 40 km, bukan laluan jalan (baca : off-road)
  • Tarikh belum ditetapkan : Berbasikal dari Muar ke Melaka.
Dan disebalik kesakitan kaki yang mula terasa akibat cuaca sejuk, aku mendapat panggilan telefon daripada seorang kawan.
Kawan : Dah balik?
Aku : Dah.
Kawan : Macam mana?
Aku : Menarik.
Kawan : Bagusnya. Ada kejang macam hari tu?
Aku : Alhamdulillah tidak. Hari itu kan pertandingan, memang berkejar gila-gila. Yang malam tadi mungkin agak santai walaupun laluannya bukanlah santai.
Kawan : Berkejar pun dapat nombor dua kan?
Aku : Berbasikal nombor dua, johan keseluruhan masih kami.
Kawan : Turun basikal kengkang kaki?
Aku : (ketawa) Tidaklah.
Kawan : Basikal sendiri yang dikayuh kan?
Aku : Ya betul!

Malam tadi ada beberapa 'kuda liar' juga.
Oh, kuda liar itu adalah istilah untuk pengayuh yang bawa basikal secara gila-gila dan sangat bertenaga (tidak termasuk sangat laju dan bersemangat amat).
Kagum dengan stamina mereka.
Senyum.

Nota Kaki :
1. Keletihan tetapi tidak boleh tunjuk letih di rumah.
2. Jiran kepada seorang rakan kehilangan basikal dia yang berharga RM 12 ribu. Gila kan?
3. Aku boleh pula berlatih tidur lambat berbanding berlatih mengayuh basikal. Ketawa.

Zara : Benda terakhir yang kita nikmati itu adalah nikmat yang tidak terhingga serta tidak ternilai harganya. Hargai sementara masih punya masa kerana senyuman yang diukirkan di sebalik timbunan kenangan itu membuatkan insan lain akan terjangkit secara tidak sengaja.

11 comments:

hans said...

ko dah boleh masuk sukan Sea dah zara pasnih dalam acara lumba basikal
hehehehe

oit,basikal apa jiran ko hilang?
RM12 ribu?
gila bapak mahal
motosikal pun baru 4 ribu lebih

P/S : Kelab Bola Sepak Kalah 55 - 0.....Ini Main Bola Ker Apa? Hahahaha

..hizamirahim.. said...

wah.
berbasikal drpd muar ke melaka ?
haha.
boleh singgah rumah zami sekali.
XD

ada mokhtar said...

bestnye.. dah lama tak berkayuh macam tu. tapi muar sri medan jauh tu...

Yong Sofea said...

bestnya kak zara! best best. suke dengar cerita kak zara yang ni. XD

deenz said...

teringin untuk berbasikal tetapi tiada pilihan basikal yang `affordable', cik zara beli basikal dimana ya? mungkin boleh kongsi idea?

Salmia said...

mak aihh.. jauhnya kayuhan! terbaikk!!!

izulman said...

ade persatuan berbasikal ke kt johor?

♥-- emieysandra --♥ said...

bagusnyer cikgu zara ;D

ijatnuar87 said...

wohooo...cam seronok jek...tapi kan,besikal aper yg rega 12 ribu ek...

Amir Said said...

pengalaman berharga tu.. mesti best. :-)

sero said...

welcome cikgu zara to basikal world.. best kan kayuh basikal... untuk info jual/beli basikal & aksesori, sile lawati website tersebut..

http://www.bicyclebuysell.com/

P/S-berhati2 sikit coz penipu ade je kat mane2... n enjoy cycling