Saturday, December 11, 2010

Lelaki Hantaran 30 Ribu Sudah Ada Kekasih Baru - Kali Ini Pilihan Ibu Sendiri


Salam semua.
Hanya mahu menulis secara pantas disebabkan mendapat panggilan telefon tengah hari tadi. Ya, sangat gembira sebenarnya apabila menerima panggilan daripada Don yang memaklumkan berita gembira pada aku tentang kawan aku [Hantaran Perkahwinan]

Ini rentetan peristiwa buat mereka yang terpinga-pinga.
Don : Pergi rumah Incik Bulat minggu depan?
Aku : Tak pasti lagi, kenapa?
Don : Kawan kita nak bawa kekasih baru dia, Mak dia pilihkan.
Aku : Wah! Nak tengok!
Don : Pergi rumah Incik Bulat kahwin nanti.
Aku : Betul buat aku teruja tahu?
Don : (ketawa) Mesti kau nak telefon dia kan?
Aku : Nak telefon kawan aku dulu. Nak kejut pergi kelas.
Don : Bunny Twitter?
Aku : Kau mengintai ke apa?
Don : Aku hebat.

[Gambar : Tiba-tiba aku bertukar menjadi penyiasat atau lebih tepat lagi wartawan]

Jadi, selepas mengejutkan si dia (berdehem) yang bangun dan tidur semula sehingga selepas satu jam masih tidur (hujung bulan saya hantar bil telefon pada awak untuk tuntutan ya?) - aku menghantar pesanan ringkas pada kawan itu, bertanyakan dia di mana. Kebetulan dia di rumah, maka, meminta izin dari dia untuk membuat panggilan. Sebelum sempat dia jawab, dia telefon aku terlebih dahulu.

Kawan : Apa khabar?
Aku : Baik.
Kawan : Kenapa tanya boleh telefon ke tak tadi?
Aku : Sebab kau dah jadi kekasih orang kan? Jadi harus berhati-hati. (ketawa)
Kawan : Mana dapat cerita ni?
Aku : Agak-agak kau siapa antena paling laju?
Kawan : (ketawa) Encik Don Bulu.
Aku : Bijak. Jadi, tahniah sebab sudah ada pengganti.
Kawan : (ketawa) Mak aku carikan. Anak kawan dia.
Aku : Dengkinya!
Kawan : Nak dengki apanya? Ada orang tu dah ada arnab comel kan?
Aku : Arnab apakah?
Kawan : Di Twitter, siapa yang kau selalu tulis?
http://farm4.static.flickr.com/3506/3192990575_06f31548c3.jpg
 [Gambar : Tiba-tiba muncul cerita arnab, apa benda ni? Sambil jeling-jeling kesat peluh]

Aku : Eh, ini bukan pasal aku, ini pasal kau.
Kawan : Kau segan ke?
Aku : Tak faham apa kau cakap.
Kawan : (ketawa) Apa yang kau nak tahu?
Aku : Bila mak kau kenalkan?
Kawan : Adalah. Rahsia.
Aku : Nanti aku korek dengan Don.
Kawan : Sampai gugur semua bulu Don pun kau takkan tahu.
Aku : Kenapa?
Kawan : Sebab aku pun tak beritahu Don. Nak suruh kamu tengok sendiri nanti.
Aku : Punyalah berahsia, macam artis dah.
Kawan : (ketawa) Aku bukan artis, kau artis.
Aku : Ceh! Nanti minggu depan kau bawa ya?
Kawan : Ya. Dia pun cuti masa tu. Kecuali ada 'on-call'.
Aku : Dia kerja hospital ke?
Kawan : Eh?
Aku : Kau dah terlepas cakap! Dia kerja doktor?
Kawan : Entah, tak tahu.
Aku : Ya, mesti punya.
Kawan : Kau jangan cakap dengan Don Bulu.
Aku : (ketawa) Tengoklah.
 Kawan : Nanti aku cari siapa arnab.
Aku : Carilah. Kau takkan jumpa.
Kawan : (ketawa) Perempuan hebat simpan rahsia.
Aku : Mungkin.
Kawan : Doakan aku kali ini berjaya. Mak kata boleh masuk meminang dalam raya Cina.
Aku : Dengki!
Kawan : Jangan dengki, suruh arnab datang awal.
Aku : Huh!

[Gambar : Semoga berbahagia kawan]

Alhamdulillah.
Dari gelak ketawa kawan itu, aku tahu dia sudah sudah menemui apa yang dia cari selama ini. Mungkin hari itu ujian kecil buat dia. Semoga dia terus melangkah ke hadapan demi mengejar impian.

Senyum.

Nota Kaki :
1. Sudah tiada kotak jeritan di tepi blog. Tinggalkan sahaja apa-apa di Borang Anjal.
2. Terbaca di Twitter, seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Betulkah?
3. Hari ini cuaca nyaman dan terasa gembira apabila dimanjakan (aku manja? - ada sesiapa percaya?)

Zara : Seringkali ada pendapat yang menyatakan, ujian yang mendatang adalah cabaran untuk kita terus maju ke hadapan. Jika tidak pernah diuji, kita mungkin tidak akan pernah berubah dan sedar akan kekurangan serta kelebihan diri. Itu sahaja.

21 comments:

syazana said...

alhamdulillah, bertemu juga bahagia ;)

syafiq.net said...

Kawan : (ketawa) Aku bukan artis, kau artis.

aah aku setuju!

aha~ cukup pendek komen aku. maksudnya mendalam lebih 7 kaki

Azrul Hisham said...

Alhamdulillah....happy for him.. :)

Yusoff said...

rentetan entry ini yang membuatkan gua stuck di blog ini.

kehkehkeh

Miela Tahril said...

Blog Baru (2010) Pilihan??? kalau berbesar hati untuk undi saya. UNDI N0.108. nak tahu lebih lanjut? tekan sini http://miela-tahril.blogspot.com/2010/12/blog-baru-2010-pilihan-undi-no108.html

Cimot said...

salam.
suka gaya tulisan kamu. :)
erm.
pasal suami peluk isteri tu, betul rasanya sebab pernah terbaca juga.
mengikut kajian kalau tidak silap.
:)

s1t1 2uL41k4 said...

alhamdulillah.. tiap2 kita ada jodoh sendiri kan. cuma kena tunggu bila masanya.

tapi, gelaran 'lelaki hantaran 30 ribu' tu agak best jugak kan? heheh

lilacfla said...

aduh, harus tunjuk gambaq depa kawin nanti na!

Farah said...

Aduh , teruja baca entry yang ini :) Alhamdulillah , datang bahagia buat insan itu . Hehe =]

Nawza said...

wah...akhirnyer de gak peganti..taniah tuk kawan 2..

takky said...

congratz 2 u fwend kak zara...
x sia2 dye buat keputusan dulu....

The Poyo Me said...

Good for him!

I say after this he should send the Engagement Invitation Card to the 30 000 Ringgit Girl.

Let her burn in regret. Hahahahah!

neyra shazeyra said...

malas nak baca kusyuk sgt.

soalan: kau bila nak kawen haha

Miss Shizu said...

yeayyyy..suker2...tahniah kawan untuk kawan kaw zara..doktor lagi tuh..puas ati kalau mintak 20k

Emora Valeria said...

tahniah buat kawan kak z.
lepas ni turn kak z nak kahwin bile? =p

Fina Fento said...

akhirnya. suka suka :D

~fiM-uNdefiNed~ said...

happy for him...;)
semoga berkekalan..

piNky LuCiA said...

tahniah. =)

hans said...

alhamdulillah
bertemu bahagia

P/S : Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 39

Hasrol Nizam said...

seronok dia bila bercakap2 tentang kekasih baru tu. mudah2an berjalan lancar lah =)

Pendapat anda?
Kenangan cuti sekolah aku dulu-dulu

ijatnuar87 said...

alhamdulillah...padan muka minah kilang tu...dapat doktor plak tu...aper lagi nak,hehehe